Monday, October 4, 2010

Sessi Knowledge Sharing Bersama Aidan Group

Seronok betul aku hari ni. Permulaan minggu yang baik.

Pagi tadi aku telah dijemput untuk turut serta dalam sessi perkongsian ilmu berkenaan hartanah bersama dengan team Aidan group. Actually plan asalnya, knowledge sharing ni untuk internal Aidan sahaja tapi dengan tidak malunya aku menyuarakan hasrat untuk turut serta dan Alhamdulillah, diterima pula.

Sessi ini dilead oleh mr Bird yang merupakan salah seorang direktor dalam Aidan Group.Bird ni mmg dah kira otai juga dalam bidang hartanah tidak kira dari segi subsale mahupun lelong. Nampak biasa je orangnya tapi asset dah berlambak ni. Ntah2 dah level jutawan. (ye ke Bird? :P)

Banyak betul topik yang dicover. Bermula dari kenapa pilih hartanah,pastu citer plak pasal pengalaman beliau sedikit sebanyak. Pasal OD pun dikongsikan juga. Senang citer, kalau nak buat open seminar, memang dah boleh sangat dah. Memang tak lokek ilmu sungguh. Walaupun ada banyak perkara yang aku dah tahu, tapi aku tetap dapat manfaat dalam sessi ini. Kira macam refreshment course la untuk aku. Untung betul sapa2 yang berada bawah Aidan. Siap dapat ilmu pasal hartanah lagi. Padahal core bisnes diorang adalah dalam bidang pendidikan sains dan IT. Pergh bos mana yang kasi ilmu macam ni kat staff diorang?Tempat keje lama aku dulu jangan harap la nak ada sessi macam ni.

Yang tambah seronoknya, aku dapat berjumpa dengan En Jalil aka Hiven. Kalau korang tak kenal, En Jalil ni merupakan salah seorang pelopor awal bidang pemborongan barang dari China. Dah lama aku tak jumpa si Jalil ni. Last sekali jumpa rasanya dah 2-3 tahun dahulu. Lepas tu lost contact. Hanya sekadar update di blog sahaja (aku follow blog). Sekarang ni Jalil dah hebat dah. Dah jadi tokey besar..kete pon besar..sesuai la dengan orangnya..hehe

Kalau korang nak tips2 keusahawanan, boleh singgah blog Jalil di sini

Aku harap la sessi perkongsian ilmu ni dapat diteruskan oleh Aidan untuk manfaat bersama. Banyak lagi topik yang boleh dicover macam ilmu kewangan peribadi, ilmu bisnes, motivasi etc etc.

Kalau ada lagi sessi seterusnya, sudi2 la jemput aku lagi. Iallah aku memang looking forward nak join n berkongsi2 ilmu sebanyak yang mungkin. Sebab ilmu ni kena banyak dikongsi, baru la kita dapat manfaat ilmu tersebut...



Orang2 kuat Aidan Group

Mr Bird sedang tekun memberi kuliah


Eh Sifu Bri pon ada?


3 comments:

Matjoe said...

kelihatan sifuu bri disitu

Bird said...

izwan.. thanks sudi hadir. banyak yang korang share jugak.. in the future, kena bagi peluang sifu-sifu bercakap lebih ni hehe..

insyallah, kalau ada next session, kami akan invite lagi..

mdizone said...

thanks bird...actually ko pon dah lebih tere dari aku...aku yg patut berguru dengan ko hehe...