Thursday, October 7, 2010

"ive learnt a lot from u.."


Pagi semalam aku ada set appointment kali kedua untuk berjumpa dengan orang Chester Property Cawangan Kota Damansara. Kali pertama jumpa sebelum ni, aku dapat borak dengan staff admin sahaja. Banyak citer pasal teknikal things macam tangga komisyen, background Chester etc. Aku tak berapa puas hati sebab tak dapat tanya banyak pasal staff admin ni pun bukan negotiator. So aku request nak jumpa dengan one of the bosses. Staff admin ni dengan baiknya pun tolong setkan new appointment untuk jumpa one of the partner iaitu Mr Sean Yong.

Oh ya, citer ni basically sambungan cerita sebelum ni pasal aku berminat nak jadi real estate negotiator... so lepas ni boleh la aku explore bidang subsale n new development pulak. Dah tiba masanya aku upgrade ilmu aku ni supaya aku dapat offer service yang lebih baik untuk korang :)

So tepat pukul 10am, aku dah terpacak kat opis Chester Kota Damansara ni tapi Mr Sean ni terlewat plak. Tade hal la sebab aku pun bukan ada rushing nak kemana2 pun. Mr Sean ni terlewat 30 minit. Dia mintak maaf banyak2 kat aku sebab terlewat. Aku ok je sebab dia mintak maaf. Tak sombong.

So bila dah berjumpa tu , macam2 la benda kitorang borak. Aku lebih banyak diam dalam sessi perbualan tu sebab aku yang nak belajar. Rupanya2 Mr Sean ni berpengalaman luas dalam bidang lelongan. Dia dah start main rumah lelong 8 tahun lepas rupanya. Dia kata dia buat banyak duit dengan rumah lelong. Beli jual beli jual (tetiba teringat kat sifu pie hehe). Time dulu dia kata nak dapat below 30% dari market tu benda senang je. Sekarang ni below 10% pun orang sambar. Pastu banyak la lagi die citer pasal pengalaman dia dulu2. Time masa bidding dia naik emotional etc.

Sekarang ni dia dah slow dah dengan lelongan n start to venture into subsale n new development. Dia pun start awal2 dulu as negotiator gak n pelan2 maju. Sekarang ni dah ada agency sendiri. Bersemangat plak aku dengar citer dia time tu.

So lepas dah puas berborak, aku pun nak mintak diri. Tanak la kaco time orang lama2. Sure dia ni jenis orang bz punya. Time nak bersalam balik tu, tiba Mr Sean ni cakap kat aku " Ive learnt a lot from U" .. perghh...terkujat gak aku..Aku balas balik yang aku la patut cakap macam tu sebab sepanjang borak tadi, aku yang banyak diam n bertanya.Dia yang banyak cakap. Punya la humble si Mr Sean ni. Memang aku kagum. No wonder la Chester property yang baru 4 tahun ni dah boleh berkembang sampai ada 4 cawangan.

Buat masa ni aku masih belum decide agency mana yang aku nak join...masih nak bagi diri aku masa untuk dapatkan feel. Cuma aku target by next week aku dah decide la. Tanak la delay lama2 nanti lemau plak...


4 comments:

sourplum said...

bro. nti nk join ko pegi kursus die

mdizone said...

ko join chester ke sourplum?

sourplum said...

xde la
lom join mana2 realtor lg

Fauzi said...

ko patut jumpa bos aku, gary chester branch dataran sunway..btw, keep explore, and choose the best