Monday, October 11, 2010

Puncak Alam dah ada McD!

Wau! Aku baru perasan puncak alam dah ada McD...

Aku ingat lagi dulu time masa aku datang puncak alam ni...apa pun tade beb...kawasan yang macam tak berpenghuni...orang pun tanak duduk sini sebab agak jauh dari bandar...dah masuk dalam kawasan kuala selangor pun...

Puncak Alam ni sebenarnya satu kawasan perumahan yang dibangunkan oleh pihak Puncak Alam Housing Sdn Bhd. Dah lama dah area ni rasanya ada la dekat 10 tahun. Dulu ramai orang pakat beli area ni sebab kononnya UITM kampus induk nak dibuka time tu. Memang fames area ni dulu.

Malangnya UITM tidak dibuka secepat yang disangkakan..selepas bertahun2, baru la sekarang ni ada intake yang masuk. Ramai gak yang sangkut bila beli awal2 dulu dan ramai juga yang tak mampu nak servis loan. So banyak la rumah lelong kat puncak alam ni. A few years back, rumah apartment 20k pun tade sapa nak beli..hehe

Sekarang ni lepas budak2 UITM dah masuk, perghh permintaan untuk perumahan puncak alam macam roket naiknya..Sapa yang masuk setahun dua sebelum ni la untung. Beli rumah murah2 menerusi lelong. Apartment rm20-30k, landed below rm100k..Sekarang dah masyyukkkk...harga rumah mula naik disebabkan permintaan untuk rumah sewa meningkat..

Ni antara gambar2 yang menunjukkan perkembangan pembangunan di sini...siap ada McD tu beb!

Ada sorang sifu aku cakap...kita takyah pening2 nak study direction development sampai beli peta berjela2 dari unit perancang ekonomi...just tengok je McD bukak kat mana..pastu invest la dalam area sekitar 1.5km radius dari McD tu..

Haha...sudah bocor rahsia....

Econsave di Pusat Komersial Alam Jaya

UOB Bank

Kaw Pembangunan baru (orang cakap nak buat Tesco..warning: spekulasi)

Pintu masuk UITM

McD drive thru

4 comments:

Anonymous said...

Bro,nko dah tak buat job multimedia lagi?nampak mcm full time kat hartanah?

mdizone said...

masih buat lagi..cuma sekarang ni slow skit...tapi masih ada running job yang tengah jalan sekarang ni...

sourplum said...

sewa rendah lagi kwsn ni
hospital pon belom buka kan?

mdizone said...

sewa dah boleh tahan sekarang ni...nak dapat positive cashflow mmg dah lepas...kalau ada hospital n other development, lagi la masyuk...

tp as long kita dah dapat positive cashflow, those extras dah jadi bonus...