Tuesday, October 12, 2010

Kisah Lelongan Puncak Alam

Hari ni aku ada sessi lelongan di Ehsan Auctioneer...

Ada perkara menarik yang berlaku tadi.Pada sessi lelongan ni, ada banyak unit rumah apartment puncak alam yang dilelong. Harga memang murah2 dan area puncak alam ni dah mula menarik perhatian ramai pembida disebabkan adanya UITM Puncak Alam di situ.

Dalam banyak2 unit tu, aku memang dah buat survey untuk client aku ni dan aku tergerak untuk suggest satu unit ni yang memiliki reserve price yang paling tinggi iaitu rm60k berbanding unit2 lain yang puratanya hanya rm40k sahaja untuk unit yang sama jenis. Reason aku ialah rumah2 murah yang lain konpem akan ramai pembida dan harga akan naik tinggi (ni berdasarkan pengalaman2 aku sebelum ini). Selain dari tu, rumah2 yang reserve murah ni, bank tak cover tunggakan. Lepas aku cek, average tunggakan pun ada la dalam rm4.5k jugak. Tapi unit yang reserve tinggi ni, bank akan cover tunggakan.

So berdasarkan point tu, aku suggest la kat client aku untuk masuk unit ni dan abaikan unit2 lain yang murah2 tu. Kira gamble la jugak ni. Aku pun tak budget apa yang akan terjadi.

Ni la part yang bestnya. Ada satu unit yang sama jenis dengan unit yang client aku nak bid ni. Reserve RM 44k je. Memang murah gile. Rumah pon kondition cun (rumah yang client aku masuk ni pun cun jugak). Rupanya 11 bidder berdaftar nak bid rumah yang reserve rendah ni. Pergh.Ok la tu. Memang dah budget ramai.Tup2 last price naik sampai RM68k. Giler betul! Bank tak cover tunggakan plak tu ( dalam rm4.5k). Diorang ni lawan memang ikut emosi sungguh ( aku rasa la)..

Bila tiba turn unit yang aku masuk ni, sekali aku sorang je yang daftar.Terkejut gak aku. Hehe..tak sangka percaturan aku menjadi plak kali ni. Menang RP pada RM 60k, pastu bank cover tunggakan, rumah cun..Agaknya diorang sumer tak budget nak masuk rumah yang reserve tinggi ni sebab konon2 ada harapan nak dapat rumah murah.Client aku gak yang bergerak off the radar n strike the best deal.

So pengajarannye, kalau nak beli rumah lelong, tak perlu la tunggu harga reserve tu sampai terlampau murah. Kalau agak2 harga reserve tu dalam lingkungan budget kita ,sambar je terus. Takyah tunggu sampai murah sangat. Sebab bila dah terlalu murah, orang lain pun akan berminat nak masuk juga. Last2 lawan sampai naik harga ngarut2.Gigit jari je la nanti...


13 comments:

Farid Adam said...

best betul...dah lama tak masuk auction...tengah kumpul modal lagi nih...huhu

semang said...

cayalah bro!!!!!

mdizone said...

tq semang :)

Aku memang akan buat yang terbaik untuk client semampu mungkin...

Matjoe said...

kalau area ni aku xleh manage sendiri. jauh nun disana

mdizone said...

memang agak jauh matjoe...aku pon rasanya kena pasang kaki kat sana untuk manage..once dah ada orang tolong manage, boleh layan 10 bijik oo...buat style hostel..upah orang untuk jaga je..bayar bulan2...perghh masyukkkk

sourplum said...

pandai eh ko
btw. tahniah bro
=)

bird said...

congrats..
technique yg bagus..

mdizone said...

haha habis la lepas ni...sumer orang dah tau teknik aku... :P

Anonymous said...

bro, ada org kata UiTM puncak alam nanti, student2 wajib duduk on- campus (sbb kampus luas la katakan), so jgn berharap sgt la yg sewa puncak alam meningkat sgt, kecuali kat pelajar2 senior yg mana x dpt duduk dlam kampus...

amacam?

mdizone said...

as per said..."orang cakap"...so kita pun taktau apa yang akan terjadi di masa akan datang..

bila buat pelaburan, mesti ada risiko...kalau dah buat calculation (calculated risk), then boleh la invest...kalau tak berani, jangan invest...risiko diri kita sendiri yang tanggung...

kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, kena handle sendiri and cepat2 cari penyelesaian...jgn pula menuding jari...hasilnya tak ke mana..

aku pun dapat satu insider information gak ni...baru je dapat tadi, tp biar la aku simpan dulu maklumat tu sbb aku pun takleh verify betul ke tidak...tapi aku boleh hint la info tu mmg best hehe...lalala...

sourplum said...

bile nk buka eh hospital uitm tu

muallim said...

saya duk puncak alam gak..ari tu target yg apartment 60k tu gak tapi last minute tahu..hehehe..xsempat dah..

anyway..kalau nak help psl rumah kat puncak alam, boleh contact sya gak...muallim 0193473849

Anonymous said...

puncak alam tu kalo nak ikut kan bukan stakat nak invest tuk rumah sewa je..or rumah yang kita simpan n tunggu bila harga naik kita jual...

di puncak alam tu kepada mereka yang nak buka bisnes produk pun bleh jugak..tu pun good investment jugak...mmg bleh naik la sape yang wat bisnes area tu..nak2 lg kalo wat bisnes kedai fotostat...


www.chipzine.co.cc