Saturday, August 25, 2012

Progress Rumah Sewa

Salam ceria semua!

Rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Maaf la sebab jarang update sebab lately ni saya lebih prefer untuk update di FB Page (www.facebook.com/eezone properties). Saya berkongsi pasal hartanah di situ. Lebih mudah nak update berbanding blog.


Sekarang ni kita dah masuk hari ke 7 Syawal. Mood raya masih lagi membuak2. Pasti ramai yang amik kesempatan untuk beraya hari ni. Ada yang nak melawat sedara mara, ada yang sibuk plan nak berjalan2 etc.


Ok la saya nak update sikit pasal rumah yang saya beli sebelum raya. Lambat juga progress rumah ni. Ingatkan nak readykan untuk disewa sebelum raya tapi tak sempat pula. Ada beberapa perkara yang perlu dipastikan dahulu sebelum kita boleh buat progress seterusnya (loan kena approve etc).


Rumah ni boleh tahan juga masalahnya. Masalah kerosakan yang paling besar ialah tiles pecah. Errkk memang nightmare jugak la sebab kos nak repair tiles ni bukan murah. Nasib baik rumah ni dah ada tiles and wiring sumer masih ok. Lampu pun masih on.



ruang tamu


bilik kedua (tiles pecah yang disimen)

bilik master


ruang tamu ( tiles baru pecah bila buat 2nd visit)

Bila first time masuk rumah ni dan nampak tiles pecah, perghh boleh tahan jugak la kecewa di hati. Namun terpaksa la redha sebab ini la risiko yang perlu kita ambil kira bila beli rumah lelong.

So lepas buat kira2, saya mengambil keputusan untuk pasal lantai lain instead pasang tiles balik sebab isu kos. Bukan murah kalau nak re-tiles balik seluruh rumah. Lepas tu masalah tiles ni bukan kita boleh jangka. Anytime dia boleh meletup balik ( kalau masih maintain tiles lama).


Ni pula gambar2 time tengah repair...



barang2 bersepah.Tiles ruang tamu semua dipecahkan dan disimen semula


simen 1


touch up balik cat


pemasangan vinil ( betul ke ejaan tu? saya pun tak sure haha)




letak simen untuk kasi lantai sama level


simen 2


simen 3

Ni pula gambar lepas dah siap...


ruang tamu yang dah siap

pemandangan dapur

Lepas ni kena cargas untuk iklankan untuk disewa. Rate sewa di sini dah cecah rm800 untuk rumah basic. Ok la tu sebab installment pun dalam lingkungan rm450 je. Masih ada positive cashflow. 

Plan nak pegang rumah ni dalam 2-3 tahun macam tu. Kalau ada peningkatan harga, then boleh plan untuk jual dan profit tu akan dirolling balik untuk beli rumah lain. Ulang2 benda yang sama sampai muntah hahaha....


5 comments:

salfhi said...

Kt FD ke ni?

mdizone said...

haah FD...harga dah naik la sekarang...nak menang harga rendah pun amat2 lah susah...

Anonymous said...

Sy ada unit blok f kat sini...800 yer sewa..sy bg 650 jer..nampaknya th dpan dah kna up sewa....tile sy pun mletop jgak, dlu yg pcah dh buat baru, skrg timbul lg yg lama....adoiiii.... MV dah brapa skrg?
a.z.h.a.r

mdizone said...

rm650 tu dah kira murah untuk rate sekarang...untung la penyewa tu hehe...

market value sekarang dah cecah rm145k...bank valuation...

salfhi said...

Unit sya pn blok f, sewa 620 sjak siap dlu.. Xpnh naikkn..
Hmm..