Monday, May 28, 2012

Anda sorok duit anda dari pasangan?

Adakah anda berbincang secara terbuka dengan pasangan anda tentang isu kewangan keluarga? 

Dalam perkahwinan, antara punca utama krisis rumah tangga adalah faktor kewangan. 

Saya mengenali beberapa rakan yang merahsiakan status kewangan mereka daripada pasangan mereka. 

Ada satu kisah si suami ada akaun simpanan asing yang dirahsiakan demi untuk kelangsungan keluarga kerana pasangan beliau tidak begitu bijak dalam berbelanja. Jika si isteri tahu suami ada duit lebihan yang disimpan, pasti akan dipujuk untuk dibelanjakan ke atas perkara2 yang tidak begitu penting seperti nak beli barangan katalog yang dijual rakan sekerja di pejabat, tukar perabut baru sebab jeles dengan rakan sejiran atau akan diberikan pada sedara mara yang mengendeng kalau tahu ada sedara lain yang ada duit  etc.

Ada kisah lain pula si isteri yang terpaksa ada akaun rahsia sebab si suami tidak begitu pandai berhemah dalam berbelanja. Jika ada duit lebih, pasti akan dihabiskan dengan keluar bersama rakan2, rokok, modify kereta etc. Nasib baik si isteri masih ada wawasan dan cita2 yang besar untuk meningkatkan taraf kewangan keluarga.

Pada saya senario begitu agak menyedihkan. 

Sepatutnya sebagai pasangan hidup, kita perlu bergerak secara satu pasukan untuk mencapai matlamat kewangan BERSAMA. Bukan matlamat kewangan seorang sahaja. Lebih2 lagi jika kedua2 pasangan itu bekerja. Itu yang dinamakan sinergi. Jika usaha secara individu pasti amat meletihkan dan lambat untuk mencapai matlamat yang diinginkan. 

Anda pula bagaimana? 








4 comments:

Anonymous said...

Salam saudara izwan,

Ada baik buruknya dalam kaedah sorok duit ini dari pasangan anda agar masing-masing sedar tahap/keadaan terkini kewangan.

Ini dapat lagi membuatkan kita lebih berhati-hati dalam melakukan urus keluar masuk kewangan keluarga dan perancangan yang lebih rapi jika menghadapi sesuatu perkara yang di luar jangkaan kita sendiri ataupun back-up plan.

Anonymous said...

Salam,pda pendapat sya sorang isteri perlu ada simpanan rahsia utk bekalan sendiri dan anak2 sekiranya apa2 berlaku pada suami. Dan of course perancangan bersama juga perlu untuk kepentingan keluarga cth utk bli rumah ataupun kereta bgi kegunaan keluarga.

mdizone said...

Saya setuju jika isteri perlu ada simpanan yang berasingan dari suami untuk bekalan kecemasan dan masa depan...

akan tetapi kenapa perlu rahsia?

mdizone said...

sama juga kes dengan seorang suami yang terpaksa menyorokkan duit dia dari isteri...

adakah kerana dia tidak boleh mengawal pasangannya? kalau pasangan tahu pun tapi bukan boleh buat apa pun...sekadar tahu sahaja lah...kan?