Wednesday, February 8, 2012

Hari Mengecat Rumah

Masih ingat rumah sewa saya yang terletak di Pantai Dalam? Rumah tu masih lagi kosong. Belum ada penyewa. Ada beberapa orang yang berminat dan dah tengok rumah, tapi belum ada yang sesuai.

Memandangkan rumah pantai dalam tu sudah agak usang (sejak dari beli, memang belum pernah dicat baru), saya mengambil keputusan untuk mengecat rumah tersebut. Pada mulanya, rancang nak upah orang sahaja untuk mengecat rumah tersebut tapi bila difikirkan balik, buat sendiri pun seronok juga. Boleh buat macam aktiviti keluarga.

Keadaan rumah sebelum di cat



Buruh kasar

Sungguh tidak disangka, penat juga kerja mengecat ni. Ingatkan mudah. Ianya tidak sukar tapi renyah dan agak membosankan. Saya merupakan seorang yang mudah bosan apabila buat kerja yang sama berulang kali. Nasib baik ada keluarga yang membantu. Ringan juga kerja mengecat ni.

Kerja mengecat mengambil masa dua hari ( lebih kurang sehari setengah). Saya gunakan cat yang murah sahaja. Saya beli tong cat yang 7 liter tu sebanyak 4 unit. Masih lagi berbaki satu tong penuh. Kos semua habis dalam RM 170 sahaja termasuk peralatan mengecat. Kalau upah orang, kos boleh mencecah hampir rm1k. Cuma penat la sedikit tapi puas bila nampak hasil kerja yang dah siap.


Hampir siap

Lagi satu perkara yang saya belajar pasal cat rumah, jangan campurkan air dengan cat yang ada. Terus guna cat tersebut dalam keadaan asalnya. Lebih cepat kerja. Kalau campur air, cat tersebut jadi terlalu cair dan perlu diulang2 cat untuk mendapat hasil yang diinginkan. Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu yang baru dari pengalaman ini.

Oh ya, satu tips untuk anda. Jika anda ingin naik kan kadar sewa atau harga rumah anda, sila cat rumah. Walaupun nampak mudah, ianya akan memberi kesan psikologi yang amat positif kepada bakal penyewa atau pembeli.


Rumah selepas siap di cat dan di kemaskan

Si kenit yang menyibuk

5 comments:

Rohaniah Noor said...

cat rumah adalah perkara meletihkan tapi sangat memuaskan hati saya. sebab kita boleh betapa cantik hasilnya

isahashim said...

betul..agak penat tambah kalau cat seorang diri di malam yang hening..heheh..

mdizone said...

ko sorang je yang berani cat rumah malam2 yang hening sorang2...haha...

sourplum said...

nice. boleh sewa berapa tu?

mdizone said...

sewa rm1200...boleh la nak nego skit tengok kepada jenis tenant...