Wednesday, December 21, 2011

Lanjutan Premium Hartanah Leasehold hanya RM1000?

( Sumber : http://mes.selangor.gov.my/modules/news/article.php?storyid=5 )

Rakyat yang menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium tanah akan dibantu kerajaan negeri demi memastikan rakyat di Selangor memiliki rumah sendiri.



Kerajaan negeri menetapkan bayaran serendah RM1,000 bagi penyelesaian isu itu dan bagi mereka yang masih tidak mampu berbuat demikian, mereka boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudiannya akan membantu individu tersebut menjelaskan bayaran premium berkenaan.








Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri prihatin dan menyedari terdapat sebahagian rakyat di negeri ini menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium yang tinggi bagi pemilikan tanah.

Ekoran itu katanya kerajaan negeri membuat keputusan rakyat yang diberikan hak pemilikan tanah boleh membayar premium tersebut dengan bayaran minima sebanyak RM1,000.

Bagi mereka yang masih tidak dapat menjelaskan bayaran RM1,000 itu, katanya, bantuan menerusi JKM akan diberikan dengan syarat golongan tersebut perlu menjalankan tugas kemasyarakatan yang akan ditetapkan mengikut keperluan.

Jelasnya, pendekatan itu diambil kerana kerajaan negeri mahu membantu rakyat di Selangor terutama yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

“Rakyat mesti diberi kesempatan untuk memiliki tanah kediaman mereka jadi oleh sebab itu kerajaan negeri telah banyak buat program bagi borang 5A iaitu borang yang kita setujui penghuni rumah tersebut boleh mendapat geran tanah.

“Tapi yang susahnya bila baca surat itu ada bayaran premium di mana bayaran itu berasaskan nilai tanah, lagi mahal tanah lagi banyak premium kena dibayar iaitu sekurang-kurangnya 20 peratus daripada nilai tanah,” katanya pada Program Mesra Antara Menteri Besar Dan Rakyat di Dengkil. Turut hadir pada program sama ialah barisan Exco negeri Selangor, Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu.

Menurut Abdul Khalid, berikutan itu kerajaan negeri menerima banyak permintaan bagi mengurangkan bayaran premium tersebut.

“Cara yang terbaik kalau mereka tak dapat membayar premium, cara yang kita beri kita akan tawarkan mereka satu cara yang lain iaitu mereka yang tak boleh membayar, kita benarkan mendapatkan geran tanah dengan hanya membayar RM1,000 sahaja.

“Kalau lagi ada keluarga yang tidak boleh membayar RM1,000, kita juga akan bantu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya mereka dibantu.. tetapi mereka kena buat kerja, tak bayar dengan duit mereka kena buat kerja kebajikan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, tindakan itu dikenakan kerana mahu rakyat di Selangor bertanggungjawab terhadap apa yang mereka miliki dan tidak menganggap mudah segala bantuan diberikan kepada mereka.

Beliau menambah, kerajaan negeri sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dan sering memberi keutamaan kepada mereka demi memastikan nasib golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.


( Aku macam wonder, sapa yang layak untuk enjoy benda ni? seluruh pemilik hartanah leasehold di Selangor kah? Kalau ya, ini sudah bagus...Lepas ni memang naik la lagi harga hartanah leasehold terutamanya di kawasan2 prime macam Shah Alam, Kota Damansara etc.

Lepas tu, macam mana nak identify siapa yang dikira berkemampuan? kalau mampu, then kena bayar harga premium macam kiraan biasa ke? Kalau macam tu, senak la...

Apa2 pun kita tunggu dan lihat bagaimana kerajaan Negeri Selangor nak implement benda ni....Dah2 nak dekat pilihanraya ni, macam2 benda best yang diberi oleh kedua2 parti sama ada kerajaan atau pembangkang...aku tumpang seronok je hehe...)

No comments: