Friday, December 16, 2011

Cerita Lelongan HighCourt KL

Salam sejahtera semua...

Lama dah aku tak borak pasal lelong kan...senyap je...Kali ni nak citer pasal lelong plak ah...

Pagi semalam aku ke highcourt kl untuk participate dalam satu lelongan hartanah. Unit ni aku sendiri yang nak bid. Dah lama aku usha unit ni. Since last week lagi. Tapi hati tu masih ragu2. Lama gak la aku fikir nak ke tanak untuk masuk bidding unit ni.

Actually aku ragu2 sebab condition rumah ni agak teruk. Memang rumah tinggal. Api n air memang dah tade. Tingkap pun banyak yang pecah. Kalau nak repair, aku budget tak lari dari rm10k. Maybe lebih. Pastu plak, tunggakan dia je dah cecah RM13k. Itu pun nasib baik bank cover. Kalau bank tak cover, konpem aku drop terus unit ni. Pi carik unit lain plak.

Yang menariknya unit ni, harga reserve dia terlalu murah. Lebih 60% below market value. Tu yang goyang tu. Sampai aku pun cuak apsal terlalu murah. Siap terfikir rumah ni ada hantu etc hehe...Last2 awal2 pagi semalam baru aku decide n nekad nak cuba jugak. Mana la tau kot2 ada rezeki dapat reserve. Memang konpem kenduri besar la. Kalau betul ada masalah hantu, nanti boleh carik ghostbuster kasi tolong setel.

Malangnya, apa yang aku angan2kan tidak kesampaian. Belum pun pukul 9am, dah ada lebih 10 pembida register untuk unit ni. Duh! aku ingatkan tempat ni tak de la hot mana pun. Hampehs tul. Konpem kalah la ni. Budget aku ciput je. Itu pun aku mmg 50-50 nak masuk atau tidak. Memang la budget aku rendah.

Yang menambah bengang, ni lelongan mahkamah. Lelongan mahkamah mmg sucks big time. Lembab tak hingat. Bayangkan, aku register before 9am, kol 1130am baru unit ni sedia untuk dilelong. 2 jam setengah aku melangut macam orang bodoh. Memang sistem diorang sucks aa.

So berbalik pasal lelongan unit ni tadi, total ada 26 pembida. Aku sorang je melayu. Ada lagi satu india. Yang lain sumer cina. Bangga la kejap sbb ada gak la sorang melayu yang tau pasal potensi unit ni hehe...Lawan punya lawan, as expected, harga naik sampai MV. Keh keh keh...gile tul la..baik la beli subsale. Ada satu unit bersebelahan dengan unit lelong ni pun nak jual ikut market. Siap ada kitchen cab, water heater ngan aircond lagi. Takyah pikir pasal tunggakan n 120days tu. Apa la diorang ni. Tak paham sungguh...BTW yang menang bidding ni adalah india yang sorang tu. Hebat gak boleh kalah kan 25 orang yang lain..."tahniah" diucapkan...

Rasanya lepas ni hibernate balik la. Tunggu next year kalau nak masuk bidding balik. Kasi simpan peluru kaw2 dulu..at the same time, terus menerus menambah stok silver...weeheee....



4 comments:

ctfarazila said...

hmmm unit kt Sri Petaling kan? ade klien aku minat nak masuk tapi bila bank ckp ramai org register terus aku advise tak payah masuk... buang masa! huhuhu... susahnya nk dpt rp ek...

mdizone said...

teramat la susah sekarang ni...kena carik lubuk baru...takleh pergi ke tempat yang hot2...

tuanbri said...

mmm...apa nak buat...

susah gak nak menang kan ?

dah bukan rejeki..cubalagi!

mdizone said...

yezzaa...cuba dan terus mencuba...