Thursday, June 30, 2011

Berhati2 dengan inflasi peribadi

Ada pepatah kata " lagi besar periuk, lagi banyak kerak nya" yang bermaksud, lagi besar pendapatan, lagi besar perbelanjaan. Tu sebab, ramai yang merasakan walaupun dah naik pangkat, gaji dah besar, tapi keadaan kewangan masih tak berubah. Hutang masih banyak, belanja pon besar. Poket manjang je bocor. Dalam hal ini, meningkatkan income bukan penyelesaian yang sesuai.



Bila income naik, belanja pun naik sama berkadar terus. Silap2 belanja naik lagi mendadak dari peningkatan income. Inilah situasi inflasi peribadi. Memang bahaya. Kalau tak dikawal, pasti huru hara.



So apa nak buat? Senang je. Disiplin. Itu keyword dia. Kalau dulu kita boleh hidup dengan duit sebanyak rm3k sebulan, so bila dapat duit rm4k sebulan, kita masih stay dengan gaya hidup rm3k sebulan. Kalau nak naik kepada gaya hidup rm 3.5k sebulan pn masih ok lagi. As long tiap2 bulan, mesti ada lebihan duit. Kalau kekal macam tu, then kita selamat. Kita pun nak tingkatkan gaya hidup. Kalau penat2 buat duit tp tak enjoy, tak guna juga.



Kekal dengan formula ini : Income - Saving = Expenses. Tak kisah la variable mana yang berubah, tapi as long kita praktis formula tersebut, mudah2an kedudukan kewangan kita akan kekal stabil.



In term of personal experience, aku masih dalam fasa mengawal inflasi peribadi. Alhamdulillah lately ada sedikit peningkatan income tapi jumlah perbelanjaan bulanan masih berlegar di tahap yang lama ( lebih kurang sama masa time makan gaji dulu). Banyak gak menerima kritikan2 dari luar yang mungkin tidak sedap didengar. Salah satu adalah pasal tv di rumah yang masih menggunakan teknologi lama. Cuma pada aku, bukan masa nya lagi untuk tukar kepada tv2 yang lebih canggih sebab :



1. Tv lama masih elok.



2. Aku jarang tengok tv



So kenapa perlu beli barangan yang tidak banyak menyumbang value pada kehidupan kita kan. Walaupun pada hakikatnya aku mampu nak tukar, tapi aku pilih untuk tidak berbuat demikian sebab 2 faktor di atas. Di sinilah disiplin dan self control memainkan peranan.



Diharap kita semua berada di landasan yang betul dalam mengawal kedudukan kewangan kita masing2.



Friday, June 24, 2011

Ada rasa sama dengan Malaysia tak?

Tak Paham...

Aku tak paham kenapa ada yang sanggup beratur berjam2 untuk beli benda yang akan susut nilai...

Pandangan crowd di Mvalley semasa pelancaran Samsung Galaxy S2 pada 22 June yang lepas

Dikhabarkan dah ada 100 orang yang beratur start dari 9am. Kaunter pembelian hanya dibuka pada 3pm. 6 Jam kena beratur. Hanya 300 pembeli terawal yang dapat harga RM799 ( harga pasaran dalam rm2k ) , penjimatan sebanyak lebih kurang RM1200. Anda sanggup?

Thursday, June 23, 2011

Pentingnya Mentor

Kali ni aku nak cerita pasal kepentingan ada mentor dalam perjalanan kita untuk mencari kecemerlangan. Tak kisah la bidang apa pun yang kita ceburi. Tanpa mentor/guru/coach, memang laluan kita akan menjadi lebih sukar sebab tade siapa nak guide kita.

Mentor ni tak semestinya satu sahaja. Ianya bergantung kepada bidang apa yang kita hendak ceburi. Kalau kita suka masakan, carilah mentor yang handal dalam bidang masakan. Sama juga dengan bidang kewangan. Kalau kita nak berjaya dalam bidang kewangan/pelaburan, cari mentor yang dah berjaya dalam bidang tersebut.

Yang menjadi masalah, bila kita bertanya pada orang2 yang salah. Biasanya rakan2 sekeliling sebab kita lebih selesa bertanya dengan rakan2 kita. So hasilnya kita mendapat nasihat yang salah atau kurang berkesan.

So macam mana nak carik mentor ni? ada banyak cara. Salah satu cara ialah pergi ke seminar2 atau gathering2 yang berkaitan dengan bidang yang ingin kita ceburi dan berjaya. Kat internet pon ada banyak forum2. Mula kenalkan diri kita dengan orang2 yang dah berjaya dalam bidang tersebut. Belajar cara mereka bekerja. Rajin bertanya. Dapatkan nasihat dan pandangan mereka. Kalau kita tunjukkan kesungguhan, pasti ramai yang akan menolong.

Di luar sana, ramai yang suka lihat kegagalan kita berbanding yang mahukan kita berjaya. So berhati2 dengan siapa kita dapatkan nasihat dan pandangan.

Wednesday, June 8, 2011

Pendidikan : Tuntut Ilmu atau Score Exam?

Tajuk di atas menjadi satu isu hangat semasa sessi melepak 3 hari lepas bersama rakan2 hometown Shah Alam. Kitorang lepak kat McD Sunway Mentari. Dah lama tak jumpa sebab masing2 bz kan dengan hal masing2. So bila dapat berjumpa sekali sekala, macam2 topik yang diborakkan. Cuma aku suka nak ulas pasal tajuk di atas sebab masa berborak tu, berlaku percanggahan pendapat dan kita debate isu ni secara ilmiah.

Seingat2 aku, rasanya dah pernah aku tulis pasal benda ni kat post2 yang lepas tapi aku malas nak semak balik. So tulis je la balik kan. Aku kesian kat pelajar2 zaman sekarang. Kena paksa belajar rajin2. Bawak buku berat2. Disuap dengan pelbagai subjek yang kadang2 kita pun tertanya apa relevannya dengan kehidupan seharian.

Dah jadi trend juga pada masa kini. Kalau tak masuk tuition, macam tak sah. Kelas tuition dah jadi satu benda wajib. Iklan2 kelas tuition pon banyak yang tulis " Pelajar kami mencapai 20A" bla bla bla. Seingat aku dulu, masa aku jadi pelajar, kelas tuition ni benda yang luxury je. Kalau tak masuk tuition pun tade masalah sebab apa yang diberi di sekolah sudah memadai. Pelajar2 zaman sekarang dah terbeban dengan senario sebegini. Ibubapa pula tidak begitu menggalakkan anak2 mereka untuk berkokurikulum dan terlibat dengan aktiviti2 sosial sebab takut nanti tak score exam. Kenapa jadi begitu ye? Mari kita kupas...(jangan lupa kos tuition anak2 juga menjadi satu perbelanjaan tambahan kepada budget keluarga)

Untuk apa score exam? Penting sangat ke exam berbanding dengan objektif pembelajaran iaitu untuk menimba ilmu yang bermanfaat? Dari apa yang aku faham, sepatutnya sistem exam ni diguna untuk menilai pencapaian pelajar bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka. Dan bila dah tahu benda tu, pelajar tu boleh improvekan keadaan mereka. Malangnya, sistem exam ni dah jadi alat untuk membanding2kan pelajar. Semangat "KIASU" dah mula meresap dalam sistem pendidikan kita. Pelajar2 dipaksa belajar bertungkus lumus untuk mengejar keputusan exam yang bagus. Bila dapat good result, boleh belajar lebih tinggi. Pastu kena kerah lagi untuk score. Then bila dah jadi pelajar terbaik, senang nak apply BIASISWA atau Pinjaman Pelajaran. Bila direnung2 balik, motif utama para ibubapa memaksa anak2 mereka belajar untuk score rupanya berkait dengan kewangan juga.

Apa jadi bila kita sebagai ibubapa dapat atasi isu kewangan tu pada peringkat awal lagi. Kalau takut anak kita tak dapat biasiswa, kita sediakan budget pendidikan mereka di peringkat awal ( tak kisah la cara cemana pun, saving ke, investment ke etc etc janji diorang tade masalah kewangan bila nak melanjutkan pelajaran nanti). So bila kita tekel benda ni, anak2 kita dapat belajar dengan lebih tenang dan kembali kepada objektif asal iaitu menuntut ilmu. Malah kita boleh galakkan mereka untuk buat atau belajar apa yang mereka suka dan bukan sebab belajar untuk exam. Sudah pasti ilmu yang mereka dapat tu lebih bermanfaat dan bukan dilupakan sejurus lepas exam tamat seperti yang banyak berlaku pada para pelajar kita pada masa kini.

Aku utarakan isu ini sebab aku sebagai parent nak lihat anak aku membesar dalam keadaan yang sihat dan baik sama seperti yang diinginkan oleh semua parent lain. Dan pada aku membesar dalam keadaan tertekan nak score exam ni bukan cara yang sihat. Malah menghasilkan para2 pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tapi tade kualiti bila tiba di alam pekerjaan nanti. Kan pernah jadi kes dulu di mana graduan2 kita tidak diterima di pasaran kerjaya sebab mereka tiada kualiti yang diperlukan majikan gara2 terlalu taksub nak score exam. Kerajaan siap kena campur tangan dan kasi pendidikan tambahan untuk pengganggur2 ni supaya dapat develop skill yang bersesuaian. Ish ish ish...di mana silapnya?

Apa yang aku harapkan, adalah supaya anak2 kita suma bila besar nanti dapat buat apa yang mereka suka. Bukan buat benda2 / kerja2 yang mereka tak suka tapi terpaksa buat sebab tiada pilihan. Untuk memastikan perkara ini, kita lah sebagai parent yang perlu memberi ruang pada anak2 kita untuk memilih apa yang mereka suka buat. Biar mereka explore pilihan yang mereka ada. Kita hanya perlu guide dan pastikan mereka tidak tersasar sahaja dan untuk itu, kita perlu kuatkan kedudukan kewangan kita supaya bila tiba anak2 kita belajar nanti, mereka belajar untuk ilmu dan bukan belajar untuk exam (aka belajar sebab takut tak dapat kerja bila dah besar nanti)....

(Hanya sekadar coretan pendapat dari someone yang pernah gila2 belajar untuk exam satu ketika dahulu...)