Saturday, October 10, 2009

Insurance? Hmm pening

Last week aku jumpa dengan member aku. Sama2 dulu belajar kat MRSM. Sekarang die dah self employed. Jadi CFP (Certified Financial Planner). Sebelum ni die memang fulltime unit trust agent. Sekarang dah banyak la lagi produk yang die boleh advise sebab dah jadi CFP kan.Memandangkan aku kawan die, aku pun kenen2 la supaya tak dikenakan servis charge untuk consultation hehe.

Sekarang aku tengah pening dengan polisi insuran aku. Buat masa ini, aku ada takaful Etiqa. Coverage aku sikit je. Aku bayar dalam rm100 per month. Coverage pon hanya untuk critical illness ngan life. Amount coverage plak below rm100k. Pada aku macam agak sikit. Sebab untuk insurance, kalau tahunan dah cecah rm1000 plus (rm100 x 12), coverage patutnye superb la. Ni ciput je.

Payah betul aku nak carik produk insurance yang betul2 sesuai dengan plan kewangan aku. Apa yang aku nak, satu produk insurance yang bagi the largest coverage with minimum premium. Dari info2 yang aku baca dulu, term insurance memang suits keperluan aku. Cuma sekarang ni, payah betul nak carik produk term insurance. Kalau ada pon, banyak syarat2 yang tak berpihak kepada pelanggan. Kenapa ek? mebe sebab rugi kot. oh ya! lupa nak cerita. Kelmarin aku jumpa ejen etiqa pasal polisi aku ni. Lepas aku citer keperluan aku, die kata client2 macam aku ni tersangat la sikit. Majoriti client yang die jumpa berminat dengan insurance yang ada simpanan. Sebab boleh dapat balik saving tu kalau tak jadi apa2 at the end of the day. Aku plak tak peduli langsung pasal simpanan tu. Sebab aku lebih yakin untuk menguruskan duit aku berbanding kasi syarikat insuran. Aku prefer anggap insurance ni sebagai satu jenis expenses untuk provide perlindungan. Bukan sebagai satu investment vehicle.

Back to kawan aku yang CFP tu tadi, lepas aku explain situasi aku, die cuma boleh cadangkan untuk aku lengkapkan je polisi insurance aku. Die suggest amik polisi hospitalization for my whole family. Penting gak tu. Sebab insurance etiqa aku tu tak cover hospitalization. Nanti die update aku balik once die dah come out with some recommendation. Banyak jugak ye belanja insurance ni. Kena plak kalau nak cover the whole family. Tu yang aku dalam kepeningan ni. Nak study the best possible scenario. The most optimum solution yang cover apa yang betul2 diperlukan dan tidak berbelanja berlebihan untuk coverage yang agak tidak critical.

By the way, kat mana lagi ye aku boleh carik term insurance? etiqa punya term insurance pon macam tak menarik ( base dari apa yang ejen aku tu cakap la).

6 comments:

Unknown said...

bab2 insurans ni kalau tak study betul2 memang pening jugak. Pokok pangkalnya kena tanya diri sendiri.... apa keperluan diri, lain orang lain keperluan dia. Sbg cth bagi aku yg keje ngan GLC insurans untuk medical memang tak perlu since all expenses ditanggung oleh company. But still aku amik insurans untuk anak2 aku... untuk mereka aku amik investment link... insurance + investment. Ada pro n con dia... tgk apa keperluan diri... just sharing...:)

mdizone said...

Haha memang tengah pening la ni. Kalau ikut ejen, sumer benda mesti mau cover. tapi kita sebagai pengguna kena bijak menilai keperluan kewangan diri sendiri. Sekarang ni takleh nak decide apa benda yang aku nak cover. hmm...

Admin said...

Aku so far seme amik ngan takaful malaysia sbb abg aku keje sana as a HQ finance manager. Nak claim pepehal senang (dia yg approve) huhu. Claim procedure pun salah 1 kreteria yg kena konsider. Kalau x melangut laa nak tunggu claim

Ko MRSM mana & batch bila?

mdizone said...

aku dulu mrsm taiping batch spm 97

~tuah.rimbun~ said...

aslmkm.. selamat mlm tuan blog,
kat sini nak komen jugaklah pasal insuran, sbb saya mmg dlm industry ini..

Untuk kawan EezOne tu, tahniah sb dah ada CFP, sbb tak ramai ejen insuran/ejen unit trust yg ada cfp. nak dapat CFP bukan suatu perkara yg mudah. kirim salam dgn dia yea..

Berkenaan polisi insuran, setahu saya etiqa punya produk termasuklah term insuran/takaful. Ini adalah plan tradisional, masih ramai org/syarikat insuran guna plan ini. w/bagaimana pun dah byk yg beralih arah kepada Investment link...

saya setuju sgt, insuran bukan untuk pelaburan, tp untuk protection. Syrkt insuran kini byk beralih arah ke investmentlink sekarg sbb market strategy. bukan semua org yg layak masuk unit trust, tapi melalui insuran boleh dgn return yg mungkin lbh tinggi (high retun, high risk)

tapi, bagi saya byk kelebihan investment link berbanding plan tradisonal. sbb dlm investment link kita boleh ejas samaada nk byk protection, kurang investment atau byk investment kurang protection, kedua2 boleh pilih..

tadi saya ada cek dlm quotation prudential (saya ejen prudential)
anggapan izwan
lelaki, tidak merokok, kerja kelas pertama)
RM100/sebln premium, coverage
kematian/hilang upaya kekal RM100k
sakit kritikal RM100K
Accident meninggal/hilang upaya RM200K
insuran percuma jika berkelayankan..

pasal medikal kad, kalau tanya saya mmg penting, sbb dengan medikal kad kita boleh pilih doktor terbaik, hospital terbaik dan masa yg terbaik.. hospital kerajaan still bagus, cuma kita kene fahamlah kalau terpaksa tunggu sebulan 2 untuk pembedahan pykt kritikal sbb terlalu ramai yg menunggu rawatan percuma ( yg tak pasti.

pasal komitmen bayaran bulanan pulak, cuma kita sendiri yg tahu berapa yg kita boleh komit. kalau sebagai contoh kita tak boleh nak amik plan medikal kad sekarang sbb budget, mungkin lepas promotion jawatan nanti kita boleh upgrade untuk dptkan medikal tu nanti..

kalau saya taip, tak habis satu entry, kalau nk tahu lebih lanjut, call saya

saya jugak dulu kurang percaya dgn insuran, sehinggalah satu hari saya terlantar sakit, lepas tu barulah jadi ejen..

salam lebaran & perkenalan
yassin 012 645 8118

mdizone said...

Thanks tuahrimbun, pandangan awak amat dihargai. Clear la skit otak yang bercelaru ni.