Wednesday, October 21, 2009

The glimpse of Financial Freedom life

Hari ni aku buat keje gile. Aku malas nak masuk opis dan aku tak bagitau sapa2 pon yang aku tade hari ni. Jarang aku buat keje gile macam ni. Selalu kalau aku tak masuk opis pun, aku akan sound sesapa bagitau tak masuk opis.Aku saje nak tengok apa jadi kalau aku tak masuk opis tanpa sebab.

So memandangkan aku dah free hari ni, aku pun plan la beberapa aktiviti untuk mengisi masa lapang. Walaupun aku kira cuti hari ni, aku tak suka melepak je kat rumah.Buang masa.Baik aku cari benda2 yang berfaedah.

Untuk sessi pagi, aku bawak famili kuar g sarapan. Makan kedai mamak je. Kat area rumah. Seronok gak perasaan bila boleh sarapan tanpa rasa tensen nak kena punch card masuk opis hehe. Dulu asyik risau2 je. Lepas sarapan kitorang balik rumah sebab dalam kol 10am orang cavenci nak datang hantar perabut.

Citer pasal cavenzi ni, wifey aku sangat la bengang. 2 bulan lepas, aku ada beli set perabut dari cavenci which are seunit kabinet meja, set meja makan ngan sofa ruang tamu. Untuk meja makan ngan sofa, cavenzi dah hantar set yang betul. Cuma salah hantar kabinet meja je. First time salah tu kitorang ok lagi, just mintak diorang hantar set yang betul.Sekali 2nd time hantar pun salah jugak. Wifey la orang paling mengamuk. Aku rileks je. Janji boleh pakai sudah la. Wifey jenis yang melawan.Pakar dalam bidang customer right. So dalam kes ni, aku serahkan kat wifey untuk handle.Janji die puas hati. Teruk jugak la orang customer servis kena sembur tadi, aku diam je la. Lari bawak diri masuk bilik tengokkan baby ema tido. Kalau dok sebelah wifey, silap2 aku pun kena sembur gak. Ngeri ooo bila orang pompuan mengamuk :P

Aktiviti utama hari ni ialah pecah masuk rumah bukit subang yang aku baru menang awal bulan ni. Aku appoint Satu Solution sebagai kontraktor aku. Seperti biasa dealing dibuat dengan macha bri dan juga macha faris. Appointment di setkan pada pukul 1pm jumpa kat area apartment lili, taman bukit subang. Aku sampai kol 130pm hehe. Terlewat sebab aku
tertinggal Proclamation of sales kat rumah. So kena patah balik amik. Aku tak sedap hati kalau tak bawah POS tu sbb nanti tengah syok2 pecah rumah, ada plak orang report polis. Haru je kang tak pasal2 menjawab kat balai. So kalau ada POS ni, tade la cuak sangat.

Bila dah sampai depan rumah tu, (penat oo, rumah kat tingkat 4) macha bri dan macha faris usha2 sekeliling rumah nak make sure betul2 rumah tu tak berpenghuni. Bila dah puas hati, baru la macha bri mula memotong solex kat pintu tu. Masa tengah bekerja tu, macha bri dan macha faris turut menyanyi riang ..

" hei hei kami la penyamun satu solution..keje pecah rumah memang kepakaran kami...bla bla bla..." (lirik lepas tu aku dah tak paham sbb diorang dah start nyanyi dalam bahasa ibunda masing2)..

Macha bri mmg hebat. Tak sampai 15 minit, pintu rumah dah berjaya dibuka. Memang konpem rumah tu dah ditinggalkan. Agak berhabuk tapi masih dalam keadaan cantik. Ada plak rezeki, masuk2 je terus nampak sofa hijau yang masih elok. Boleh guna lagi tu. Cuma kena bersihkan balik. Dah boleh sewakan partial furnish. Kat dapur plak ada peti sejuk. Wah ni sudah kira cemerlang ni. Cuma tamo citer la apa dalam peti sejuk tu. Nanti tade selera makan plak.

Api ngan air sumer ada lagi. Lampu ngan kipas pun berfungsi dengan sempurna. Cuma kena bersihkan rumah tu, kalau rajin cat balik sikit2, pastu dah dalam condition yang boleh disewakan.Part sewa tu aku masih belum sure plak. Tak sure berapa rental rate kat situ. Cuma rumah tingkat 4 ni, murah skit la berbanding rumah tingkat rendah. Orang malas nak panjat tangga. Kalau terpaksa, aku mungkin akan letak perabut tambahan untuk increase sewa. Apa2 pun, aku tak risau. Kalau letak sewa rm400 pun aku masih selesa lagi. Masih ada positive cashflow.

Untuk keje pembersihan, aku rasa aku akan terus menggunakan khidmat satu solution. Malas nak buat sendiri. Aku ni memang malas part2 nak mencuci dan jadi handyman rumah. Aku lebih suka upah orang untuk buatkan. So masa aku yang terluang tu aku boleh gunakan untuk aktiviti lain. Cuma aku akan join satu solution later masa time mengemas tu. Saje nak memeriahkan suasana. Tarikh nak datang bersihkan tu belum decide lagik.Maybe weken ni atau minggu depan ikut kelapangan.

Kitorang tak lepak lama kat rumah tu sebab masing2 dah kelaparan. Belum lunch lagi. So lepas tutup api dan air, kunci pintu elok2, kitorang terus bergerak ke kedai mamak yang berdekatan untuk melantak. Ingat nak cari tempat yang best skit, tapi malas nak g jauh2 sebab perut pun dah lapar.

Lepas dah setel makan sumer, aku terus mintak izin nak chow. Sian kat baby ema kepanasan. Better masuk kete cepat2 ada aircond. Sebelah petang aku tade apa2 plan, so sampai rumah terus nap petang.

Syiok betul kalau hari2 macam ni kan. Maybe today i can somehow taste the life of financial freedom. Ni yang membuatkan aku bersemangat nak capai financial freedom sepantas yang mungkin.

PS: part macha2 tu nyanyi tu aku buat citer je...kalau tak letak disclaimer ni kang teruk aku kena kutuk time TT karang hehe...

11 comments:

sourplum said...

ni umh ke bpe nih

mdizone said...

segan la nak jawab soalan tu. Baru nak bertatih lagi ni. Bilangan rumah masih boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja.

~tuah.rimbun~ said...

berapa rm ko beli rumah ni?

mdizone said...

rm50k

treec00l said...

tahniah2 :D

semue geng2 ni dah lebih dari babystep dah nih.

dah nak berlari dah ni :D

*tumpang gembira*

rumet said...

aku report kat bos ko... ko ponteng kerja!!

eezone said...

muahaha. report la met. aku tade hal punya. masa tgh hari aku ponteng hari tu, bos aku dah sms tanya aku kat mana. Selamba aku cakap kat rumah ada hal personal. Tak bising pun. Agaknye die pon dah tak kisah kot.

Lately memang sangap giler. Keje pon tade. Tade sapa nak kasi keje dah. Melepak je kat opis browsing internet ngan main game.

Honeymoon period betul...

al_husni said...

eezone..siap disclaimer tu..takut gak hang kene time TT yer..hahah
itu 2 org macha mmg mcm tu la...syiok dlm dunia sendiri...anyway tahniah for winning the house..

mdizone said...

tq tq..aku pun kagum dengan trio satu solution nie. Sepanjang masa berlawak. Aku pun tak sure bila time diorang betul2 serius bila bincang pasal kerje/bisnes. But nampak gaya mereka semakin maju. Memang tere...

www.tuanbri.com said...

kureng asam....
ada panggin faris..Macha....
memang dia Macha, tapi kesian la kat dia.kang imigresen datang karang...camne?

Kerja mencuci rumah tu terpaksa di OUtsourcekan...

Minggu ni kitaorg akan busy sikit dgn preparation auction minggu ni..
so aku rasa memang x sempat nak cuci...
Rumah cantik tu..! tahniah Jutawan Emas!

http://tuanbri.com

www.tuanbri.com said...

kureng asam....
ada panggin faris..Macha....
memang dia Macha, tapi kesian la kat dia.kang imigresen datang karang...camne?

Kerja mencuci rumah tu terpaksa di OUtsourcekan...

Minggu ni kitaorg akan busy sikit dgn preparation auction minggu ni..
so aku rasa memang x sempat nak cuci...
Rumah cantik tu..! tahniah Jutawan Emas!

http://tuanbri.com