Friday, March 6, 2015

Success Case : Mid Cost Apartment di Puchong

Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, saya ingin berkongsi satu lagi success case untuk Client VIP Eezone Properties. 

Beliau merupakan seorang pilot muda yang sungguh berwawasan. Muda2 lagi dah ada kesedaran untuk membuat pelaburan hartanah. Rasanya saya dulu time umur beliau sekarang, masih lagi mengelamun fikir nak beli kereta apa hehe...

Namun atas kekangan masa dan asyik travel merata dunia, sukar bagi beliau untuk hands on dalam pelaburan hartanah lelong ni. Dalam hal ini, saya gembira dapat membantu...

Pembelian ini dibuat pada akhir tahun 2014.  Sebuah area yang sedang pesat membangun. Ada McD, stesen minyak, hotel bertaraf antarabangsa yang sedang dibina, malah laluan LRT juga sudah kelihatan. Kawasan komersial pun banyak. Senang cerita, part demand tu sepatutnya tidak menjadi masalah. 

Namun, bukan mudah untuk saya membantu client saya mendapatkan unit ini. Jika dikira, lebih dari 15 kali saya buat pemilihan listing, site survey, pergi bidding, kalah/ call off, dan ulang lagi.Tempoh masa yang diambil juga tidak kurang dari 3 bulan. Memang kena banyak sabar. Sepanjang tempoh ini, saya turut bertindak sebagai penasihat pelaburan kepada beliau. Kami berbincang tentang unit yang ingin dibida, strategi yang perlu digunakan, kawasan mana yang nak di tumpu etc. Saya sendiri pun dah tidak ingat area mana lagi yang pernah kami cuba. Nampak sahaja unit below market yang ok, terus kami redah. 

Nak melabur dalam hartanah lelong memang memerlukan kita untuk komited dari segi masa, duit dan usaha. Kalah memang perkara biasa. Menang tu sekali sekala. Tapi once menang, memang berbaloi2 dengan usaha yang dicurahkan sebelum tu. Tersenyum2 je sampai telinga hehe...


Mohd Izwan Abdul Latiff
Penasihat Hartanah Lelong

Eezone Properties
admin@eezoneproperties.com
019-2488883











Beberapa gambar sebelum....








Gambar selepas repair dan touch up...











No comments: