Sunday, July 28, 2013

Mari Mengira Kos Legal Sales and Purchase Agreement

Kos legal merupakan salah satu kos utama dalam pembelian hartanah. Pernah ada client saya yang bertanya " kalau saya ada cash cukup2 untuk deposit rumah, boleh ke saya beli rumah?".Saya cakap jangan beli rumah dulu. Sediakan duit secukupnya untuk perkara2 lain seperti kos legal khususnya. Terutamanya kalau beli rumah lelong. Kalau tak kena gaya, silap hari bulan deposit kita burn rumah tak dapat. 


So macam mana nak kira kos legal ni? Dalam posting ini, saya cerita part legal Sales and Purchase Agreement (SNP) dulu. Jika apply loan untuk pembelian rumah, ada lagi kos legal untuk loan documentation yang perlu diambil kira. 



Kos Legal (SNP) ni ada 3 komponen utama iaitu legal fees, stamp duty dan 'kos2 tambahan'. Legal fee adalah kos profesional fee lawyer. Stamp duty pula merupakan cukai yang perlu dibayar pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan 'kos2 tambahan' pula adalah kos2 lain yang ditanggung lawyer seperti kos pengangkutan, kos postage, kos admin etc. Dari ketiga2 komponen ni, kos legal fee dan stamp duty merupakan penyumbang terbesar dalam quotation lawyer. 




Mari kira kos legal fee 


Consideration or Adjudicated ValueScale of Fees
For the first RM150,0001.0% (subject to a minimum fee of RM300)
For the next RM850,0000.7%
For the next RM2,000,0000.6%
For the next RM2,000,0000.5%
For the next RM2,500,0000.4%
Where the consideration or adjudicated value is in excess of RM 7,500,000Negotiable on the excess
(but shall not exceed 0.4% of such excess)

Jadual di atas merupakan skala fee lawyer yang telah ditetapkan oleh badan yang menjaga profesionalism peguam2 di malaysia.

Mari ambil contoh rumah berharga rm550k

1st rm150k ----> legal fee = rm 1500
next rm400k ---> legal fee = rm 2800

Total legal fee = rm 4200 (1)

Mari kira kos stamp duty pula

Consideration or Adjudicated ValueScale of Fees
First RM100,0001%
Next RM400,0002%
Thereafter3%

Jika rumah berharga rm550k, 

1st rm100k --- > RM1000
next rm 400k ---> RM 8000
next rm50k ---> RM 1500

Total Stamp duty = RM 10,500 (2)

Untuk 'kos2 tambahan' pula, ianya bergantung kepada lawyer sendiri dan biasanya dalam sekitar beberapa ratus hingga beberapa ribu ( pecahan2 yang diberi oleh pihak lawyer dalam sebutharga)

So dalam kes di atas, untuk rumah berharga rm550k, total kos legal SNP untuk legal fee dan stamp duty sahaja dah mencecah rm 15k...

Banyak kan? 

Itu belum masuk lagi kos legal untuk loan documentation pula ( jika apply loan untuk pembelian tersebut. 

Ni saya sertakan satu contoh quotation legal SNP dari lawyer saya (harga rumah rm 350k)



8 comments:

En. Shahril said...

Tuan, Siapa yang tanggung semua kos Legal Sales and Purchase Agreement,adakah buyer or seller?

Anonymous said...

En shahril, its depend either u enter SPA base on purchase from developer or buying from 3rd party individual(subsales). If buy from developer, biasanya developer yg tanggung but if you buy from individual (subsales), SPA cost will be bear by the buyer which is you.

hazwan faisal said...

Salam. Saya ingin bertanya, saya ingin membeli sebuah rumah sub-sale. Bolehkah semua kos yang disebut oleh encik ini dimasukkan ke dalam loan bank sekali? terima kasih

Anonymous said...

tuan, saya mr lam..saya membeli rumah harga rm298800.00 Cah lawyer:
SPA:2478.60
Comodity murabahah rm2437
Charge rm300.
Disbursements:rm190.00
Stamduty & sbgainay:rm6726
regi fee rm1396
adakah cas ni melampau..tq

Unknown said...

Kalau sy beli rumah harge rm150k...bole kire kan x kos legal fees dan yg lain2 spt yg dnyata kn diatas...mohon bantuan

Anonymous said...

Beli rumah harga dalam Rm150k, Lawyer fee bawah 5k.

Unknown said...

Aslm..saya ingin bertanye..harga utk kire legal fees dgn stamp duty ni lps/sblom tolak rebat bgi rumah bru?mohon pencerahan

Unknown said...

Salam saya mahu brtnya saya beli rumah rm180k..btul ke legal fee sy rm4k lebih