Wednesday, December 12, 2012

Panduan untuk mereka yang teringin berhenti kerja

(saya cut n paste dari posting FB page saya)

Tiba2 terasa nak berkongsi tips kat page ni...

Saya rasa ramai di antara pengunjung page ni yang bekerja makan gaji...

Anda suka kerja anda? gaji pun lumayan? masa flexible? jika anda mengatakan ya pada soalan2 tersebut, maybe tips ni tak berapa significant pada anda ( namun masih lagi berguna..boleh simpan dan apply jika mahu)

Tapi kalau jawapan anda 'tidak', mesti somehow anda teringin nak be
kerja sendiri, tentukan income sendiri, manage masa sendiri dan paling penting, buat benda yang anda suka buat, bukan benda yang orang suruh anda buat...

Akan tetapi tidak ramai yang mampu mengambil tindakan drastik untuk berhenti kerja dan buat kerja sendiri. Banyak halangan yang perlu diatasi dan salah satu halangan adalah faktor kewangan.

So tips saya di sini, kalau anda takut nak berhenti sebab banyak komitmen dan risau tak dapat income yang sama semasa anda bekerja, apa kata anda cuba ada kan simpanan sekurang2nya 6 bulan nilai perbelanjaan bulanan anda. Kemudian pastikan cashflow anda sentiasa positive setiap bulan ( income > expenses ). Buat la apa yang patut ikut kemampuan anda sendiri. Hendak seribu daya, tanak seribu dalih.

kalau rasa susah sangat, mulakan dengan perkara yang kecil dahulu seperti bayar diri anda dahulu atau keep track expenses dan income anda. Semua perjalanan bermula dengan langkah yang pertama. Yang penting niat yang membara dan disusuli dengan tindakan.

Saya pun masih ingat moment saya submit resignation letter saya dulu. Masa awal2 terfikir nak resign memang rasa tak logik. Cuma bila direnung2 kembali, saya dah mula mengambil langkah untuk berhenti kerja since beberapa tahun sebelumnya tanpa saya sedari seperti membuat simpanan, monitor kewangan saya dan membuat pelaburan. Sedar tak sedar, bila saya nak resign tu, keadaan saya tidak lah sesusah mana.

So saya cadangkan kepada anda. Once bila anda dah ada simpanan yang mencukupi dan kewangan anda dalam keadaan yang terkawal, pasti anda akan rasa lebih berani untuk membuat keputusan untuk berdikari.


4 comments:

mat utie said...

Good info.. boleh praktik ni...

Farid Adam said...

tengah kayuh nak prepare 6 bulan saving nih...

- www.FaridAdam.com -

Encik Din said...

Sedang menuju ke arah tu. Insya'Allah 2013. Doakan nye.

Mrs Kamilah said...

InsyaAllah coming soon :)