Pada ketika ini, ramai di antara kita yang sudah mula menyedari keuntungan dalam bidang pelaburan hartanah. Banyak kelas2 pelaburan yang boleh kita sertai untuk mendapatkan ilmu dan teknik yang betul tentang pelaburan hartanah.
Namun, hanya berbekalkan ilmu dan teknik, tidak semestinya kita akan berjaya dalam bidang pelaburan hartanah. Tanpa matlamat yang lengkap dan jelas, pasti kita akan "sesat" dan akhirnya kerugian.
Bagaimana hendak tahu matlamat pelaburan kita itu lengkap dan ada kesan yang mendalam dalam minda kita?
Matlamat yang berkesan ada 5 perkara berikut :
Bandingkan dua jenis matlamat berikut
Individu 1 : " Saya ingin melabur dalam hartanah dan mendapat pulangan yang lumayan"
Individu 2 : " Pada akhir tahun ini, saya akan mendapatkan satu hartanah apartment dalam lingkungan harga rm200k di sekitar kawasan kota damansara yang akan menjana aliran tunai positif sebanyak rm200 sebulan "
Pada pendapat anda, siapa yang akan ada harapan yang lebih tinggi untuk mencapai matlamat beliau ?
Selepas kita membuat matlamat mengikut konsep "SMART" di atas, kita perlu untuk bercerita kepada orang lain tentang matlamat kita. Jangan sorok dan malu untuk berkongsi. Ceritakan kepada kenalan kita, agent hartanah, lawyer, kontraktor, banker etc. Dengan matlamat yang jelas, lebih mudah untuk kenalan2 kita tersebut untuk membantu kita. Jika ada yang memperlekehkan matlamat kita, tidak mengapa. Mungkin mereka tidak faham atau tidak selesa jika anda "lebih" dari mereka.
Jangan risau. Apa yang anda perlu lakukan adalah luangkan lebih banyak masa bersama orang2 yang sudi membantu anda dan kurangkan masa bersama orang2 yang sentiasa berusaha "menjatuhkan" moral anda. Kan lebih bagus begitu?
No comments:
Post a Comment