Friday, April 15, 2011

Pesan Tok Guru...

(Sumber : Posting FB saudara Zaidi Ismail... founder www.urusinsan.net...gerbang ilmu pelaburan dan kewangan peribadi)



Pelaburan bermula dari diri , pelaburan terbaik adalah pelaburan buat diri sendiri :-



1. langkah pertama adalah perubahan sikap, ini yang paling sukar, kejayaan adalah 20% Ilmu dan 80% Tabiat dan tabiat bermula daripada sikap. Sebagai contoh :- Kebanyakan orang tahu kepentingan menyimpan, tak payah cerita semua orang tahu, tapi kalau tidak punya tabiat menyimpan (tidak berubah sikap) semua itu tidak penting.



2. Kemudian cari Ilmu dlm bidang yang diminati , ada banyak cara utk mencari Ilmu , melalui buku, kelas, seminar, kursus, mentor, komuniti yg sama minat, agensi yg disediakan.



3. Langkah kedua ialah fokus, jangan jadi cacamerba, kalau minat hartanah maka fokus dlm bidang tersebut , kalau minat komoditi maka fokus , minat perniagaan , maka fokus & pilih bidang tersebut.



4. Beri cukup masa dlm bidang tertentu , kalau hartanah minima 5 tahun baru nampak hasil yg agak memuaskan sebelum menambah bidang pelaburan baru. Beri sesuatu bidang pelaburan cukup masa.



5. Cari guru / mentor / komuniti yang boleh saling bertukar pandangan, maklumat , motivasi.



6. Pelaburan adalah "team game" , ianya agak sukar untuk buat sorang-sorang, anda memerlukan pasukan anda, mula bina pasukan anda dari sekarang. Contoh ahli pasukan (peguam, penasihat kewangan, akauntan, coach / mentor, rakan perniagaan , rakan pelabur , agen , dll) anda memerlukan rakan pasukan anda untuk berjaya.



7. Paling utama, dekatkan diri anda dengan mereka yang sama tujuan , satu kepada dengan anda, salah pilih kawan / saudara mara anda kan merana. Mereka akan mempengaruhi tabiat anda.



8. Usaha & tawakal , yakin & percaya akan boleh lakukan. Berserah pada yang esa setelah berusaha sebaik yang boleh.




Ingat!!!! pelaburan yang baik biasanya tidak memerlukan modal yang besar , saya bermula dengan membaca buku di perpustakaan, modalnya hanya RM10 setika itu, dari situ saya menggandakannya beribu-ribu kali ganda.




3 comments:

Saidin said...

Terima kasih banyak sbb sudi berkongsi..

kayzen said...

ni web utk dptkan idea2 baru bagi bisnes.. mana le tau bleh dpt idea..

kayzen said...

eh lupa letak link plak.. hehehe

http://www.springwise.com/