Tuesday, June 29, 2010

OD ASB dimansuhkan? aiya manyak susah looo...

(Sumber : http://www.matjoe.com/)


Berita Sedih: Overdraft ASB Diberhentikan


Salam Semua,


Baca tajuk kat atas menceritakan segalanya.Dengan kata lain Overdraft (OD) ASB dah tak boleh buat lagi.

1) Yang dah ada boleh terus pakai

2) Yang nak buat baru memang dah tak boleh buat

3) According to my CIMB officer, Mr Amar, PNB keluarkan notis Jumaat lepas dan semalam 28 Jun, tarikh terakhir utk permohonan

4) Dulu ada jugak laa pernah macam ni, OD agaisnt ASB dah tak boleh buat, tapi kemudian boleh buat balik. harap perkara yang sama kali ini

5) Alasan aku tak pasti. Mungkin risau ada yang rempit 3-4 kali masuk ASB tapi tak boleh bayar bulan2 installment. Mungkin risau pegguna OD guna untuk membeli liability seterusnya menambah beban hutang

6) Apa yang pasti yg sedia ada OD tu, teruskanlah menggunakan dengan berhemah. Yang belum ada, teruskan menyimpan dalam ASB, mana tahu satu hari nanti OD ASB dibuka semula dan pada waktu tu anda mempunyai jumlah wang yang banyak untuk dijadikan OD


(Actually aku baru je nak tulis posting pasal isu OD ASB ni. Sekali Mat Joe hensem kita dah tulis plak. Aku paste je la kat sini..boleh ek matjoe hehe...

Aku pun sebenarnya dah diinform oleh pegawai cimb aku. Dia pun terkejut dengan arahan terkini PNB ni. Atas sebab apa diberhentikan pun taktau. Lepas ni susah la kita nak utilize OD ASB lagi untuk buat investment n at the same time boleh terima dividen ASB. Nak tanak, terpaksa la korek saving dalam ASB kalau nak buat pelaburan. Rugi2...

Cuma masa borak2 ngan officer bank aku tu, aku rasa salah satu sebab PNB buat macam ni ialah pasal orang dok rempit OD ASB ni. Buat OD , pastu masuk balik dalam ASB, pastu buat OD balik, pastu masuk lagi dalam ASB. Tup2 duit dalam ASB ada banyak padahal tu sumer on paper je. Mesti la PNB rasa pelik tiba2 fund yang dia nak manage jadi besar mendadak kan?Kalau setakat sorang dua je buat, tade la terasa sangat. Tapi kalau dah 1000 orang buat, pastu rempit sampai 200k sorang, dah bape banyak increase tu dalam fund ASB? kira la sendiri...So bila fund besar mendadak, PNB akan ada masalah nak manage fund tersebut dan pada masa yang sama perlu kekalkan kadar dividen sebanyak 7% tu ( lagi besar fund, lagi susah nak maintain profit return)..So PNB amik keputusan stop kan kejap OD ASB ni untuk menilai keadaan semasa. Ni aku punya assumption la. Mungkin betul, mungkin salah.

Apa2 pun, pada sapa2 yang dah buat OD ASB, tahniah. Korang masih boleh terus guna OD ASB yang korang ada sekarang. Cuma takleh nak topup je la lagi. Pada yang tak buat lagi, simpan je la dalam ASB dulu. Tunggu la kot2 PNB nak bukak balik ODASB ni. This time ada baiknya kita kaji balik strategi pelaburan kita. Mungkin bila OD ASB dah takleh guna sekarang ni, kita boleh explore cara lain plak. Maybe boleh utilize kredit card ke, personal loan ke, OD facility yang tak guna ASB ke etc. Banyak cara lain yang kita boleh pakai sebenarnya. Jangan hanya disebabkan ODASB dimansuhkan, korang dah mengalah dan tanak teruskan perjuangan untuk melabur plak. THINK POSTIVE! dalam setiap halangan, pasti ada peluang yang bersembunyi. )

Sunday, June 27, 2010

Stuck Dalam Lif

Korang pernah ada pengalaman stuck dalam lif?

Aku baru first time kena 3 hari lepas. Masa tu aku buat survey rumah kat pangsapuri kayu ara untuk aktiviti hartawan hartanah. Aku pergi bersama seorang lagi rakan sepasukan. Kitorang pergi waktu malam.

Area tu mmg area flat. So korang paham2 je la kan cemana keadaan perumahan kat situ. Dari segi maintenance, agak kureng la. Lif pun dari luar nampak macam tak best je. Cuma masa time nak naik, lif ok. So kitorang naik la tingkat 14 untuk ke rumah yang nak ditengok tu.

So lepas dah setel tengok2 rumah, kitorang pun gerak la ke lif untuk balik. So time ni yang kitorang stuck dalam lif tu. Bukan ramai pun dalam lif tu, cuma ada 5 orang je. Baru gerak dalam 10 saat, tiba2 lif bergegar. Pastu terus senyap. Tekan apa2 button pun tade reaksi. Aisey, time ni plak la lif ni nak problem kan. Lagi 3 orang yang dalam lif tu memang penghuni kat situ. Rilek je diorang ni. Aku tanya salah sorang brother tu, dia kata ni perkara biasa je. Memang selalu lif kat situ stuck2 macam tu. Pastu brother tu kuarkan handphone, ntah sapa la dia call.Cakap jawa. Sah bukan orang sini. Pastu dia cakap nanti ada orang bukakkan.

Terpaksa la menunggu macam orang bodoh kat dalam lif tu. Time tu tade la cuak pun sebab dah tau ada orang nak datang hehe. Cuba kalau aku ngan member aku tu je ada dalam lif tu, berpeluh jugak beb. Nak call sapa kan? bukan aku kenal orang maintenance yang standby kat situ. Seb baik la stuck bersama penghuni flat. Hehe

Lepas menunggu dalam lebih kurang 15 minit, baru la aku dengar ada orang ketuk pintu lif dari luar. Dia kata soh ke belakang skit sebab dia nak bukak pintu lif. Perghh lega oo time tu. Rupa2 nya lif ni stuck antara dua tingkat. Time tu kira adventure jugak la nak kena menyelit keluar lif turun ke tingkat bawah sebab ruang pintu lif yang ke tingkat bawah tu lebih luas. Lepas sorang2 kuar, aku yang paling last. Konon gentleman la haha...poyo la plaks.

Bila dah kuar tu, ingat mmg serik la nak turun naik lif. Sekali tengok2, aku kat tingkat 17 daa...aisey nak turun tangga malas la plak. Cuma aku ingat lagi masa time naik tu, aku naik lif bomba. So aku tunggu la lif bomba n turun guna lif tu. Alhamdulillah lif tu ok. After this aku pun pk jugak la kalau nak beli rumah area tu. Kesian penduduk kat situ nak mengadap masalah lif ni hari2 kan.






Wednesday, June 23, 2010

Minggu yang bz

Minggu ni merupakan minggu yang agak bz. Tak sangka sungguh. Sebab time awal bulan, tade apa2 sangat berlaku. Dah la demam plak tu. Order untuk auction pn tade. Tiba2 minggu ni bz plak. Kerja2 auction dan multimedia dapat serentak. Alhamdulillah...

Masa weken lepas, aku wakilkan sorang client aku untuk bidding rumah. Dah nama pun rezeki, menang plak walaupun terpaksa berlawan dengan pembida2 lain. So minggu ni aku dah start kena bzkan diri la untuk uruskan pasal rumah tersebut. Nak kena collect POS, nak setelkan urusan loan n legal dan pecah rumah. Nak tanak, terpaksa la bergantung dengan rakan2 sepasukan aka Macha Faris dan Tuan Bri yang sememangnya otai dalam bidang lelongan.

Lepas tu plak, ada permintaan baru dari dua client aku untuk survey n bidding rumah. Sorang client aku tu plak client outstation. Everything kena deal thru email. Seronok betul ada client2 macam ni. Rupanya client aku ni silent reader blog aku. Lepas asyik dok baca je, tergerak hati nak invest dalam hartanah di kl. Tahniah! Anda berjaya mengorak langkah. Jarak tidak sepatutnya menjadi halangan untuk melabur. Yang penting kena ada azam dan usaha. Iallah semua boleh jadi kenyataan.

Selain tu, aku pun dapat call dari contact2 aku di jabatan2 kerajaan yang mintak aku datang jumpa diorang. Nak diskas pasal few minor jobs multimedia. Terkejut gak aku sebab setahu aku, kerajaan sekarang terpaksa berjimat sebab budget dah kurang. Ada juga jabatan yang masih menyimpan budget. Tapi ni pun baru sessi diskusi, lepas ni nak kena prepare proposal plak. Cuma aku tak buat la keje2 teknikal, aku ni kira macam jambatan je. Lepas dah habis diskusi, all technical things aku handover pada production team. Yang trickynyer, nak kena set appointment tu supaya tak ganggu kerja2 auction yang sedang berjalan. Auction ni mmg keje rushing sebab ada tarikh auction, mana boleh tangguh2. So nak tanak, kena la pandai manage masa. Setakat ni sumer berjalan dengan lancar. Seronok2...

So apa plan lepas ni ek, rasanya seperti biasa, update lagi listing untuk lelongan akan datang. Pastu update / contact client2 multimedia aku sebelum ni untuk bertanya khabar. Mana la tau kot2 ada lagi jabatan lain yang masih pening sebab taktau nak habiskan budget kat mana.


Friday, June 18, 2010

The Richs Invest to Win

Dah lama aku tak cerobel pasal self development kan? Asyik bz dengan keje2 auction je. Memandangkan sekarang ni nampak macam kerajaan kekurangan budget, aku slowkan dulu kerja2 sales multimedia n tumpu pada perkembangan bisnes auction. Kita kena pandai menyesuaikan diri dalam persekitaran kita. Kalau satu industri kurang memberangsangkan, kita kena carik industri lain yang boleh bagi pulangan yang baik. Jangan keras dan kaku dan tidak peka kepada perubahan sekeliling. Nanti kita jugak yang susah.

So berbalik kepada topik self development, sekarang ni aku tengah baca buku " Secrets of Millionare Mind". Buku ni memang bagus. Aku pernah mention kot sebelum ni. Kalau bukan dalam blog, aku sebut dalam facebook. Banyak benda aku boleh share tapi aku pun tak habis baca lagi. So just share setakat apa yang aku baca dulu la ek.

Bila sebut pasal game pelaburan, ada perbezaan antara pelabur yang ada minda jutawan dengan minda orang2 biasa. Orang yang berminda jutawan, dia akan melabur dengan niat untuk menang. Berbeza dengan orang biasa. Orang biasa melabur untuk tidak kalah. Nampak tak perbezaan antara keduanya? Perbezaan yang ketara ialah cara approach mereka terhadap satu2 instrument pelaburan. Orang berminda jutawan lebih agresif (offensive approach), orang biasa pula play safe (defensive approach).

Orang yang berminda jutawan tidak takut untuk rugi sebab dia nampak keuntungan besar yang bakal diperolehi dengan mengambil calculated risk. Apa la sangat rugi beberapa ratus bila sekali berjaya, untung puluh2 ribu. Lepas tu orang berminda jutawan tidak mudah putus asa. Bila sekali rugi, mereka cuba lagi dan cuba lagi sampai berjaya. Dalam minda mereka hanya nampak kejayaan. Mereka tak focus pada kerugian kecil yang dialami.

Orang biasa pula takut rugi. Mereka fokus kepada kebarangkalian untuk rugi berbanding fokus untuk mendapat pulangan yang besar. Bila asyik fokus pada rugi, memang rugi la jawabnya (Law of Attraction). Tu pasal orang2 biasa prefer play safe. Selain tu, ada juga satu penyakit yang merbahaya. Orang2 biasa bila melabur, nak untung besar! tapi tanak amik risiko langsung. Tu yang ramai2 berduyun2 masuk skim cepat kaya. Bila dengar ada pelaburan boleh kasi pulangan 20-30% sebulan tanpa buat apa2 kerja dan dijanji tidak akan rugi, sumer pakat labur. Lepas tu lebur.Kalau bercerita pasal hartanah pula, orang2 biasa lebih fokus kepada masalah2 pelaburan rumah seperti penyewa bermasalah, modal yang besar etc. Padahal untung berpuluh ribu yang boleh diperolehi diorang tak nampak.

Tu pasal aku suka nak advice. Kalau ada sesapa nak memulakan langkah pertama untuk buat pelaburan (tak kisah la bisnes ke, hartanah ke, stock ke), make sure mindset tu ditunekan dahulu. Latih minda untuk berfikir dan melihat macam mana orang berminda jutawan berfikir dan melihat. Jangan mula melabur selagi minda masih berfikir macam orang2 biasa. Memang tak kemana la pelaburan kita tu...

Saturday, June 12, 2010

Listing untuk RHB Mega Auction dan Resolution Alliance Auction dah keluar...

Salam semua

Post kali ni lebih kepada nak war-warkan pasal Mega Auction yang akan berlangsung pada 19 june ini.

Ada beratus hartanah yang akan dilelong dan banyak juga hartanah yang menarik untuk dibida. Aku dah sort out kan listing setakat yang termampu. Banyak sangat. Aku pun tak sempat nak study semua. Mana yang sempat aku study, aku letak la remark sedikit.

Antara listing RHB dan Resolution Alliance ni, aku prefer Resolution Alliance sebab ada dua - tiga hartanah yang kaw2 punya best. Boleh refer kat blog rumahlelongpanas.blogspot.com

Listing RHB pon not bad juga. So terpulang pada selera masing.

Cuma satu je aku nak minta tolong. Kalau ada hartanah yang korang berminat untuk bid, harap dapat isikan online form yang aku sediakan tu. Mudah untuk aku keep track. Selain dari tu, amat2 lah diharapkan agar korang dapat buat pendaftaran seawal yang mungkin. Kalau sumer nak register last minit, pastu mintak aku survey last minit, memang aku tak sempat nak buat.

Segala kerjasama korang amat2 aku hargai

TQ

Wednesday, June 9, 2010

Penambahbaikan blog rumahlelongpanas

Setelah berhari2 terlantar akibat demam, baru la aku rasa ada pencapaian sedikit hari ni.

Actually aku baru je improve blog rumahlelongpanas dengan meletakkan online form untuk kemudahan bakal2 pelabur hartanah yang berminat nak register untuk membida. Sebelum ni kalau ada pelabur yang berminat, terpaksa bukak n hantar email atau call aku direct untuk bertanya dan register. Pastu aku akan ulang2 tanya soalan yang sama macam nama penuh, alamat, phone etc. Bila pakai cara lama ni, secara tidak langsung akan ada yang bertangguh untuk membuat pendaftaran sebab kadang2 malas nak bukak email atau nak call. Biasa la tu kan. Pastu bila dah nak dekat tarikh auction, baru kita tersedar dan dah terkocoh2. Bakal pembida susah, aku pun susah.

So diharap dengan adanya borang ni, lebih ramai yang akan tampil untuk membida. Listing yang aku letak kat dalam blog tu InsyaAllah semuanya bagus2. Aku dah tolong filterkan untuk korang dah. Cuma tinggal pilih hartanah mana yang korang minat pastu buat kira2 sendiri untuk verify maklumat yang aku berikan. Kalau puas hati, terus je register. Kalau nak aku provide service2 lain seperti survey n pergi bidding pon boleh.

Diharap lepas ni perjalanan perkhidmatan lelongan aku ni akan lebih teratur dan kemas. Ada banyak lagi idea yang aku nak implement untuk perkhidmatan yang aku tawarkan ni. Ada yang masih dalam kepala, dan ada yang dah aku tulis. Tape pelan2 kayuh. Yang penting aku kena make sure aku focus ON the bisnes, not IN the bisnes :)

Friday, June 4, 2010

Aduh...seksanya demam...

Dugaan...dugaan...Bila tengah bz buat keje2 sendiri ni, tiba2 demam plak...lama plak tu...aku rasa start demam since hari selasa lepas...sampai sekarang pn masih x fully recover...tapi alhamdulillah dah banyak kurang...

Masa tgh demam tu, takyah citer pasal keje la...nak tengok laptop pon tak larat...badan sakit2, perut tak sedap (masuk angin), kepala denyut2...berehat atas katil je la jawabnye...

Untuk orang2 yang bekerja sendiri, kena demam ni mmg nightmare la...Sebab memang tak boleh nak bekerja..mahal tu kalau 4-5 hari terpaksa berehat..macam2 benda boleh buat dalam masa 4-5 hari...time is money...

kalau time keje makan gaji dulu, kalau kena demam siap boleh bergumbira lagi...apa nak risau, pergi je klinik, mintak mc...pastu berehat2 kat rumah, main game etc sementara tunggu demam tu kebah..gaji tetap jalan...hujung bulan cucuk atm ada duit gaji...tu pasal ada cerita orang siap tipu surat mc...hahaha pada sapa2 yang dah buat tu, sendiri la rasa pedas ek...jangan la amalkan tipu2 mc ni, tak berkat beb...

Memang ketara kan perbezaan mindset antara dua dunia ni...kalau refer cashflow quadrant , ni baru citer perbezaan mindset antara quadrant E (employee ) dan S (self employed). Agak2 cemana la mindset orang2 yang quadrant B (businessman) dengan I (Investor) ek? aku pon tak sampai lagi level tu...