Monday, May 31, 2010

Seminar Hartawan Hartanah (28/5/2010 - 30/5/2010)

This seminar ROCKS! tu je yang aku boleh cakap. Sebagai salah seorang buruh kasar, (ehem ehem...bri jgn marah haa hehe) memang kitorang bertungkus lumus la nak memastikan seminar yang pertama kali diadakan ini berjalan dengan sempurna. Pada mulanya memang ragu2, boleh ke buat ni? macam tak caya je boleh jadi. Ye la 1st time nak buat seminar, apa pun taktau, sumer benda kena pk dari scratch. Bermula dari minitalk pertama yang kucar kacir, sampai la ke seminar 3 hari tersebut yang mula berjalan dengan lancar. Kepada rakan2 seperjuangan yang tiga orang tu ( termasuk ko bri) , korang memang hebat!

Aku juga kira salah seorang peserta dalam seminar tersebut. Banyak benda yang aku belajar. Ada yang aku dah tahu, ada juga yang aku taktau. So untuk memastikan aku gain the most from this seminar, aku tune mind aku supaya anggap aku ni memang apa pun taktau. Dengan cara tu, aku akan gain lebih banyak ilmu.

Banyak benda sebenarnya aku nak citer ,tapi nnt bocor rahsia plak haha. Cuma antara benda yang paling best ialah adanya kehadiran speaker luar iaitu Mr Zaidi Ismail yang merupakan pelopor urusinsan.net . Beliau juga merupakan salah seorang yang dikenali ramai dalam bidang kewangan peribadi. Banyak benda aku pelajari dari Zaidi ni. Salah satunya ialah kenapa ramai yang tidak berjaya dalam hidup, tak kisah la sama ada dari segi kewangan atau apa2 bidang sekalipun.

Zaidi ni memang ada buat kelas pasal kewangan peribadi. Ada satu kes tu, dia boleh bagi jalan pada client dia yang ada hutang kredit kad sebanyak rm30k. Lepas kira punya kira, Zaidi kata boleh setel dalam masa 3 tahun. Lepas tu debt free. Tapi bila client die tu tgk cara yang Zaidi kasi, client dia tak sanggup sebab banyak betul pengorbanan yang kena buat.Takut nanti wife marah la sebab kena jual kereta, jual rumah etc, malu ngna kawan2, malu ngan keluarga, dan segala macam alasan la. Kenapa jadi macam tu? sebab jiwa client tu tak cukup kuat nak lawan rintangan2 yang ada.

Sama la macam bila kita tanya orang soalan " ko nak jadi kaya tak? " Konpem majoriti akan cakap "YAAAA .. Saya nak jadi KAYA". tapi bila kita tunjuk jalan, ramai yang akan cakap " Memang aku nak kaya, tapiiiii......" dan disambung la dengan seribu satu alasan. Sebenarnya kita kena tanya diri kita 2 soalan.

1. Apa yang kita mahu? (mesti ada jawapan kepada APA benda yang kita nak, BILA kita nak CAPAI dan BERAPA nilai yang kita mahukan iaitu mesti boleh dikira )

2. KENAPA kita nak apa yang kita mahukan tu...

Actually dalam 2 soalan di atas, soalan ke2 sebenarnya yang paling penting untuk kita jawab. Kalau jawapan kenapa soalan kedua tu tak cukup kuat, memang kita akan buat alasan punya untuk justify kenapa kita tidak dapat apa yang kita mahukan. Bila kita ada jawapan yang kuat, baru kita ada DRIVE nak ambil tindakan ke arah mencapai apa yang kita mahukan. So kat sini yang ramai takleh nak buat sebenarnya. Tu pasal ramai yang lebih suka memberikan alasan berbanding dengan mengambil tindakan.

Ok la tu baru satu benda yang powerful aku belajar dalam seminar tu. Ada banyak lagi tau! tapi aku takleh nak cerita detail sebab tak fair pada peserta2 yang lain. Haha...

Aku harap sangat2 la ada lagi seminar macam ni diadakan di masa akan datang. 2nd batch, 3rd batch dan seterusnya. Cuma buat masa ni, aku rasa better make sure participant 1st batch di bimbing dengan baik sampai ada success stories. Baru la buat the next seminar.

1 comment:

Housing Loan Solution said...

HOUSING LOAN PROVIDED
Lowest housing loan with ING Insurance Bhd,we are cooperation with many bank to such as OCBC, RHB, Standard Charted, Alliance n many more selection banks. your cases directly go through to Managers banks to easier get approval of Housing Loan. our Housing loan is:
1) fixed rate 4.99% forever
2) 90%financial
3) loan from RM100k up to RM2 million
4) approved within one day
5) don't hesitate to call n apply the loan

how to apply:
Just call me directly Mr Ahmad 0136455994 and I'll settle down immediately only for you!!!
don't waiting so long to apply the housing loan, call now n the house is yours n don't let its go away from you!!! grab now.............