Monday, May 31, 2010

Seminar Hartawan Hartanah (28/5/2010 - 30/5/2010)

This seminar ROCKS! tu je yang aku boleh cakap. Sebagai salah seorang buruh kasar, (ehem ehem...bri jgn marah haa hehe) memang kitorang bertungkus lumus la nak memastikan seminar yang pertama kali diadakan ini berjalan dengan sempurna. Pada mulanya memang ragu2, boleh ke buat ni? macam tak caya je boleh jadi. Ye la 1st time nak buat seminar, apa pun taktau, sumer benda kena pk dari scratch. Bermula dari minitalk pertama yang kucar kacir, sampai la ke seminar 3 hari tersebut yang mula berjalan dengan lancar. Kepada rakan2 seperjuangan yang tiga orang tu ( termasuk ko bri) , korang memang hebat!

Aku juga kira salah seorang peserta dalam seminar tersebut. Banyak benda yang aku belajar. Ada yang aku dah tahu, ada juga yang aku taktau. So untuk memastikan aku gain the most from this seminar, aku tune mind aku supaya anggap aku ni memang apa pun taktau. Dengan cara tu, aku akan gain lebih banyak ilmu.

Banyak benda sebenarnya aku nak citer ,tapi nnt bocor rahsia plak haha. Cuma antara benda yang paling best ialah adanya kehadiran speaker luar iaitu Mr Zaidi Ismail yang merupakan pelopor urusinsan.net . Beliau juga merupakan salah seorang yang dikenali ramai dalam bidang kewangan peribadi. Banyak benda aku pelajari dari Zaidi ni. Salah satunya ialah kenapa ramai yang tidak berjaya dalam hidup, tak kisah la sama ada dari segi kewangan atau apa2 bidang sekalipun.

Zaidi ni memang ada buat kelas pasal kewangan peribadi. Ada satu kes tu, dia boleh bagi jalan pada client dia yang ada hutang kredit kad sebanyak rm30k. Lepas kira punya kira, Zaidi kata boleh setel dalam masa 3 tahun. Lepas tu debt free. Tapi bila client die tu tgk cara yang Zaidi kasi, client dia tak sanggup sebab banyak betul pengorbanan yang kena buat.Takut nanti wife marah la sebab kena jual kereta, jual rumah etc, malu ngna kawan2, malu ngan keluarga, dan segala macam alasan la. Kenapa jadi macam tu? sebab jiwa client tu tak cukup kuat nak lawan rintangan2 yang ada.

Sama la macam bila kita tanya orang soalan " ko nak jadi kaya tak? " Konpem majoriti akan cakap "YAAAA .. Saya nak jadi KAYA". tapi bila kita tunjuk jalan, ramai yang akan cakap " Memang aku nak kaya, tapiiiii......" dan disambung la dengan seribu satu alasan. Sebenarnya kita kena tanya diri kita 2 soalan.

1. Apa yang kita mahu? (mesti ada jawapan kepada APA benda yang kita nak, BILA kita nak CAPAI dan BERAPA nilai yang kita mahukan iaitu mesti boleh dikira )

2. KENAPA kita nak apa yang kita mahukan tu...

Actually dalam 2 soalan di atas, soalan ke2 sebenarnya yang paling penting untuk kita jawab. Kalau jawapan kenapa soalan kedua tu tak cukup kuat, memang kita akan buat alasan punya untuk justify kenapa kita tidak dapat apa yang kita mahukan. Bila kita ada jawapan yang kuat, baru kita ada DRIVE nak ambil tindakan ke arah mencapai apa yang kita mahukan. So kat sini yang ramai takleh nak buat sebenarnya. Tu pasal ramai yang lebih suka memberikan alasan berbanding dengan mengambil tindakan.

Ok la tu baru satu benda yang powerful aku belajar dalam seminar tu. Ada banyak lagi tau! tapi aku takleh nak cerita detail sebab tak fair pada peserta2 yang lain. Haha...

Aku harap sangat2 la ada lagi seminar macam ni diadakan di masa akan datang. 2nd batch, 3rd batch dan seterusnya. Cuma buat masa ni, aku rasa better make sure participant 1st batch di bimbing dengan baik sampai ada success stories. Baru la buat the next seminar.

Tuesday, May 25, 2010

Tidak semuanya indah...

Tadi aku baru balik dari Desa Mentari. Aku pernah citer aku ada satu unit kat situ. Unit yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Boleh refer citer lama kat sini

Baru seminggu lepas, aku dapat tahu rumah sewa aku ni, penyewa dah lari. Dua bulan tak bayar sewa. Nak call asyik tak dapat. Tup2 dah hilang. Silap aku jugak. Lengah2. Bila sebulan sewa tak masuk, sepatutnya aku dah terus terjah n mintak penjelasan. Ni la akibatnya bila asyik tunda2. Sedar2 dah 2 bulan tak bayar sewa, pastu terus penyewa hilang. Habis 2 bulan punya rental. Walaupun ada deposit, tapi still tak berbaloi. Memang ada orang cakap, guna la duit deposit tu untuk cover rental. Sebenarnya cara ini salah, sebab kita kena ambil kira kos2 selepas tenant tu keluar macam kos cuci rumah, kos tunggakan api/air, kos repair etc etc. Benda ni boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Tadi aku pergi tengok rumah, terpaksa la jugak minta macha faris bukakan kunci. Tu sumer kos tu. Aku jugak yang nak kena bayar. Nasib baik rumah tade la teruk sangat. Cuma agak kotor sahaja. Ada beberapa benda juga nak kena repair dan dibersihkan. All in all, aku masih dikira beruntung sebab dah boleh kemaskan rumah pastu terus iklankan rumah untuk disewa. Tak perlu pening2 nak keluarkan tenant yang degil n tak bayar sewa. Anggap je ni satu cabaran dan pengajaran. Pastu aku citer kat korang pulak supaya kita sama2 dapat ambil iktibar dari kesilapan aku. Aku tanak hipokrit, asyik citer benda2 best sahaja pasal pelaburan hartanah padahal banyak juga benda2 yang tak bestnya.

Apa2 pun, kita tak boleh jadikan benda2 yang tak best ni sebagai alasan dan penghalang dari menceburi bidang pelaburan hartanah. Dalam rumah2 yang aku ada, ni je yang memeningkan kepala aku, rumah2 lain ok. So peratusan masalah tu tak tinggi sebenarnya. Sebagai contoh, dalam 10 kes, mungkin 2 je yang memeningkan.Lagi 8 tu dah bagi untung pada kita. Lagi nak berkira ke pasal masalah2 dalam pelaburan hartanah. Pada aku, kalau ada orang cakap die tanak invest dalam property pasal tanak pening kepala ngan kerenah tenant atau masalah2 lain, memang kesian la. Instead of taking action to rectify, they prefer to think about excuses and rather spend their money on things that are not productive macam modify kereta, joli sana sini etc.

Hopefully aku akan dapat setelkan masalah rumah aku ni secepat mungkin. Nak try setelkan supaya dapat disewakan by june 10. Ganbate....







Sunday, May 23, 2010

Di persimpangan dilemma...

Uish..lama aku tak citer apa perkembangan aku sekarang kan sejak quit kerja TM. Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku bergerak sendiri menentukan haluan hidup. Mencari makna baru dalam kerjaya aku.

Sepanjang 5 bulan ni, macam2 benda berlaku. Dari up and down, kegembiraan dan kekecewaan, ketenangan dan kekalutan. Happy bila dapat payment, cuak bila tengok saving makin menyusut. Apa pun sehingga kini, aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima dan aku tidak menyesal dengan keputusan aku untuk berdikari. Malah, aku rasa self development aku lebih banyak meningkat dalam 5 bulan ini berbanding 7 tahun aku bekerja makan gaji.

So apa citer sekarang? Alhamdulillah, pendapatan aku semakin stabil. Dah tak lagi serabut tengok duit simpanan menyusut bulan2. Belum kaya lagi. Cuma mula untuk stabilize. Duit saving aku untuk bulan lima ni statik. Tak naik dan tak turun. Aku boleh berbelanja tanpa perlu korek saving. Hanya guna duit pendapatan yang aku terima sahaja. Aku anggap itu satu petanda yang baik. Iallah di masa hadapan, aku boleh top up balik saving yang aku guna tu.

Sekarang ni ada timbul dilemma baru. Pada awal perancangan, aku target main income aku datang dari sales multimedia. Dapat job daripada kerajaan. Tu target utama la. Masa aku pun aku patut fokus banyak kat situ. Cuma dalam bulan 4 macam tu, order dah mula start masuk dan operation syarikat yang aku buatkan sales tu macam agak sesak. So dah takleh nak terima order baru takut tak terbuat, so aku rilek2 dulu. Time masa2 rilek tu, aku try la buat servis auction. Buat marketing, survey bidding etc. Tak sangka plak, sambutan menggalakkan. Aku plan auction service ni macam kira sampingan je. Sementara aku menunggu operation multimedia tenang sedikit. Tapi sekarang ni, banyak plak masa aku habiskan untuk kerja2 servis auction. Effort untuk multimedia macam terslow plak. Duit pun dapat cepat tak macam job multimedia. Duit dapat 3-4 bulan kemudian. So bila dapat duit cepat ni, seronok la jugak kan. Cuma tak sebanyak bila dapat komisyen multimedia la yang datang secara lumpsum.

So aku dilemma sekarang ni. Memang la plan nak buat dua2 serentak. Satu sumber dapat income bulk (this one aku plan untuk increase saving) and income auction service tu aku nak guna untuk belanja bulanan. Dua2 aku dapat. Cuma part masa tu yang aku terblur sekejap. Which job should i focus my effort more? instant income yang kecil or delay income tapi lebih besar?

Nasib baik la ada orang nak tolong aku kasi advice. Nasihat dia simple je." What u focus, EXPAND" . So terpulang kat aku. Dia kata aku kena pandai bahagi masa. Betul2 kenalpasti aktiviti yang aku buat hari2 supaya sumer benda terjaga. Its all about time management. Pastu dia ajar aku juga pasal Triangle goal setting. Apa target kita , pastu pecahkan ikut bulan, mingguan dan harian. Lepas dah identify apa kita perlu buat harian, then focus on getting things done. Dah tak perlu risau2 pasal result akhir. Pastu kena make sure aktiviti kita tu focus more on working ON the bisnes, not IN the bisnes. Bila dapat nasihat macam tu, aku pun tenang la balik. Dah tak menggelabah sangat. Aku ni mmg jenis worry2 . hehe...

Sekarang ni aku tgh nak sort out balik aktiviti aku elok2. Bila dah study2, tade la teruk mana pun keadaan aku. Sumer nye terkawal rupanya. Multimedia tu biarkan je operation menjadi tenang. Rasanya dalam bulan 6 aku dah boleh concentrate on multimedia balik.For the auction, aku kena pk cemana nak sistemkan kerja2 aku supaya aku tak perlu busy dengan day to day operation. Bila everything dah ada sistem, senang la aku nak manage benda lain plak.

Itu la perkembangan aku setakat ini. Belum boleh dikatakan senang lagi. Banyak benda lain yang perlu aku take note dan usahakan. Since jadi freelance ni, kena work smart n hard. Tak boleh main2 atau rileks2. Kadang2 orang nampak je aku rileks. Kol 10am kat the curve baca buku. Kol 3pm aku nap. Tapi orang taktau aku keje 7 days a week. Setakat stay up sampai pukul 3am tu benda biasa. Weekdays n weekend tu sama je pada aku sekarang ni. Cuma apa2 pun, aku memang enjoy dengan apa yang aku buat sekarang ni. Aku keje sebab aku suka buat apa yang aku buat, bukan sebab orang lain paksa aku buat walaupun aku tak suka nak buat. Eh betul ke ayat aku ni? belasah je la haha....








Friday, May 21, 2010

Armanee Condominium Damansara Damai

Kelmarin aku buat kerja survey untuk client aku. Dia jumpa satu iklan lelong untuk satu unit Armanee Condo kat Damansara Damai. Dia plan nak duduk sendiri. So dia mintak tolong aku surveykan and bagi pendapat semua.

Aku pun sebenarnya tak pernah pergi Armanee condo ni. Aku pernah dengar orang cakap tempat ni memang lawa. Macam resort style kat atas bukit. Selalu juga nampak dari jauh bila lalu jalan kepong - sungai buloh. Bila dah ternampak tu, tertanya2 jugak dalam hati bila lah agaknya nak pergi usha area tu. Sekarang dapat pulak peluang orang nak bayar suruh pergi survey. Memang teruja la nak terus survey. Duit fee tak dapat lagi pun aku dah terus berdesup buat keja :D

Susah juga nak cari tempat ni rupanya. Jalan masuk dia tersorok sedikit maybe sebab aku tak biasa jalan kat Damansara Damai kot. Kat sini banyak apartment n flat. Condo ada la 2-3 bijik kot. Quite well developed area. Memang kawasan residential. McD pon ada tau! Kira hebat la tu. So bila dah sampai kat Armanee ni, perghh terkejut beb... Tempat lawa gile. Sekuriti pon bagus. Memang dia cek kereta aku. Nak masuk kena amik pas visitor. Tapi sekuriti guard kat situ friendly2. Apa aku tanya sumer dia jawab. Memang tak kerek. Sangat helpful.

Kat condo ni, facilities memang superb. Cantik2 n lengkap. Decoration kat lobby pon dah macam hotel style. Aku cuma pergi blok A je, blok lain aku tak pergi. Ada swimming pool, club house, dewan orang ramai, bilik membaca, meeting room...memang sebijik macam resort la.. tak macam condo2 yang sekadar letak nama condo.

Cuma sayangnye condo ni, location dia tak berapa best in term of accessibility. Jalan masuk satu je iaitu Damansara Damai. Memang terpaksa lalu jalan sungai buloh - kepong yang sesak tu. Kalau time peak hour, memang haru biru la. Jem teruk giler. Kalau nak pergi area damansara atau puchong, kena lalu tol LDP-Kepong RM1.60 tu. Kat situ kalau pagi2 memang la jem. Aku tau sebab aku boleh nampak tol tu dari rumah aku. Kesiannya orang yang duduk kat area damansara damai, manjalara, kepong etc yang hari2 kerja terpaksa lalu tol tu. Macam mana diorang boleh tahan ek? tak sakit jiwa ke? Apa2 pun flora damansara gak best hehe.. jalan akses tak jem, nak pergi mana2 pun senang :)

Ok la aku nak citer panjang pasal Armanee ni pun macam tak reti nak describe, korang tengok sendiri la gambar yang aku amik.




















Wednesday, May 12, 2010

Bina Pasukan Hartanah Kita...

Ramai yang aku perasan sekarang berminat untuk menjadi pelabur hartanah. Ni merupakan satu benda yang bagus. Biar ramai2 kaya, ramai2 senang. Tak elok kaya sorang2.

Untuk menjadi pelabur hartanah yang berjaya, kita tidak boleh lari dari faktor manusia. Mana ada pelabur yang berjaya buat sumer benda sorang2. Tak boleh punya. Mesti mintak tolong dengan pelbagai pihak baru lah boleh berjaya. So untuk posting ni, aku nak cerita sedikit tentang pentingnya kita bina pasukan hartanah kita yang akan bersama2 kita mengharungi pahit getir dalam perjalanan menjadi pelabur hartanah yang berjaya.

Berikut adalah antara2 pihak2 yang kita mesti ada dalam pasukan kita.

1. Penyewa.

Ooo ini orang banyak penting ooo...mereka ni lah yang akan menjadi tunggak kekuatan kita dalam pelaburan hartanah. Sebab apa? mereka ini lah yang akan tolong kita bayarkan installment loan hartanah kita di samping menyumbang keuntungan ke dalam poket kita. Tu pasal kita kena jaga penyewa kita ni baik2. Kalau kita dapat penyewa yang bagus, kita mesti jaga hubungan dengan mereka tapi biarlah profesional. Kalau mereka ada masalah, kita tolong dengan segera. Jangan buat sambil lewa. Sebab bukan senang nak dapat penyewa yang bagus. Bila dah dapat tu, jaga lah baik2 jangan sampai dia lari. Tapi kalau dapat penyewa yang hampeh, cepat2 lah buang jauh2..


2. Mentor

Bila nak buat pelaburan hartanah, mentor merupakan salah seorang yang penting yang perlu kita ada. Mentor ni merupakan someone yang dah jadi pelabur hartanah yang berjaya la. Sebab dia boleh tunjuk ajar kita selok belok pelaburan hartanah. Jangan main terjun bidang hartanah ni secara sembarangan. Sekali silap mahal harganya. Silap gaya terus tak bangun2. Dengan adanya mentor untuk guide kita, learning curve kita akan jadi lebih singkat dan kita akan kurang buat silap yang bukan2.


3. Banker

Tanpa mereka, susah la kita nak buat duit dengan hartanah menggunakan sumber kewangan yang minima. Bank pun ada macam2 perangai juga. Selain dari kena compare interest rate dan pakej2 lain, officer bank yang kita dealing tu pun kita kena ambil kira. Tak semua officer bank sama. Ada juga bank yang bagus tapi officer hampeh. Ada juga bank hampeh tapi officer bagus. So kita kena pandai la carik bank dan officer yang bagus. Officer bank yang bagus akan tolong kita dalam segala urusan berkenaan loan kita. Kita nak mintak tolong pun senang macam nak cepatkan kelulusan permohonan ke, nak fight untuk kes kita ke etc. Tapi kalau dapat officer bank yang hampeh, die boleh buat taktau je dengan permohonan loan kita tu...

4. Lawyer

Lawyer yang bagus sangat penting dalam pelaburan hartanah. Terutamanya hartanah yang dibeli secara lelongan awam. Sebab ada time limit yang perlu dijaga. Lawyer yang bagus dan cekap sangat penting sebab mereka yang akan menjaga segala urusan legal berkaitan hartanah yang kita beli. Kalau terkena lawyer yang hampeh, memang kes kita akan jadi macam kura2 la..pastu siap kasi macam2 alasan. Kalau nak tau lawyer tu bagus ke tidak, satu cara kita boleh identify. Tengok sapa yang selalu call sapa. Kalau kita asyik dok kejar lawyer, haa tu problem la tu.

5. Property agent/ auction agent/ mortgage agent etc

Golongan2 agent ni pun tidak kurang pentingnya. Kena selalu buat kawan dengan diorang ni sebab diorang ni memang bergelumang dalam dunia hartanah. Sebelum orang lain dapat bau good deal, diorang ni dah tau dulu dah. So kalau ada deal2 yang bagus, sure agent2 ni akan bagitau kat client2 favourite dia dulu. Then baru la dia akan market kan kat orang lain. Ada juga agent2 yang hampeh kat luar sana dan ada juga yang bagus dan sentiasa memikirkan keuntungan client diorang. So disini kena pandai menilai la. Kalau jumpa agent yang push2 nak soh register dengan dia tapi apa2 info pon tak kasi,jawab pun macam nak tanak, baik takyah deal ngan diorang. Diorang tu cuma nak kejar komisen je tanpa memperdulikan perihal client.

6. Valuer

Kalau valuer plak, kita nak mintak tolong dia bagi the best/highest valuation untuk hartanah kita supaya dapat higher loan from bank. Kat sini la kita kena baik2 dengan diorang ni. Kalau dah sampai tahap kawan2, sure senang diorang nak kasi harga valuation seperti yang kita nak.

7. Tukang2 repair (wiring, plumbing etc)

Antara benda penting kita kena make sure bila dealing ngan tukang2 repair ni ialah hasil kerja mesti bagus dan harga berpatutan. Kalau harga murah sangat pun tak guna jugak sebab kualiti susah nak jaga. Lepas tu mesti ada profesionalisme yang tinggi. Bukan jenis macam chipsmore. Kejap ada kejap tade. Seeloknya biarlah ada 2-3 kontraktor yang biasa kita buat keja ngan diorang. Kalau harapkan satu je, susah la. Takut yang satu tu terbz n takleh nak layan kita, kita plak yang terkontang kanting.

8. Rakan2 pelabur hartanah yang lain

Haa kat sini pun ramai orang silap. Suka nak invest sorang2. Tak boleh macam tu. Kita kena banyak kawan2 yang berfikiran sama macam kita. Lagi ramai kawan2 yang sama2 melabur dalam hartanah, banyak perkara besar yang boleh dibuat. Macam nak JV ke, set up property holding company ke, paling busuk pun boleh bertukar2 idea dan pandangan.

Kalau tak silap aku, kat mana ntah yang aku pernah baca, golongan pelabur hartanah kat dunia ni tak ramai. Dalam 10% je kot. The rest hanya beli hartanah untuk dijadikan kediaman sendiri. Lepas tu plak, dalam 10% tu, bukan sumer akan berjaya. Ramai juga yang gagal untuk menjadi pelabur hartanah yang bagus. So bila gagal tu, mungkin berpunca dari kekurangan diri sendiri, atau pun team yang dia ada tu tak cukup kuat. So disini kita kena take note. Di samping kita bina pasukan yang kuat, kita pun kena improve diri kita juga supaya sama level dengan pasukan kita. Kalau kita bagus, kita akan attract team2 player lain yang bagus. Kalau kita kureng, team2 yang kita ada pun akan jadi kureng jugak le...



Monday, May 10, 2010

Mini Talk Hartawan Hartanah


Ada berita gembira untuk peminat2 hartanah semua...

Beberapa siri Mini Talk Seminar Hartawan Hartanah yang dikelolakan oleh Perunding hartanah kita iaitu Tuan Bri akan diadakan tidak lama lagi.


Berikut adalah antara perkara2 yang akan disentuh dalam mini talk tersebut :

  1. bagaimana untuk bersara dengan matlamat
  2. untuk bebas hutang dalam masa yang ditetapkan
  3. untuk belajar asas pelaburan hartanah (rumah lelong/sekunder/baru)
  4. untuk mengerti erti gaji pasif
  5. untuk menjadi “Hartawan Hartanah” (lelong atau sekunder atau baru)


TarikhWaktuLokasiStatusPelaburan

Awal

13 May 20107.45pm-10.15pmBandar Sri Permaisuri, CherasPendaftaran dibukaRM40 RM 10.00
14 May 20107.45pm-10.15pmBandar Sri Permaisuri, CherasPendaftaran dibukaRM40 RM 10.00
15 May 20103.45pm-6.15pmBandar Sri Permaisuri, CherasPendaftaran dibukaRM40 RM 10.00
18 May 20107.45pm-10.15pmBandar Sri Permaisuri, CherasPendaftaran dibukaRM40 RM 10.00
21 May 20107.45pm-10.15pmBandar Sri Permaisuri, CherasPendaftaran dibukaRM40 RM 10.00


Lokasi :



Satu Solution Training Room
33-2, Jln Dwitasik
Dataran Dwitasik
Bdr Sri Permaisuri
Cheras
KL





Bagaimana untuk mengesahkan kehadiran? Mudah sahaja, sila ikuti langkah2 di bawah :



1. Lihat jadual anda. Kami tahu anda sibuk, so kami sengaja sediakan beberapa slot masa dan tarikh yang berlainan untuk kesesuaian anda. Anda boleh pilih slot mana yang bersesuaian dengan jadual anda.



2. Buat bayaran rm10. Boleh dibuat sama ada menerusi online banking atau ATM. Kami sediakan dua akaun bank untuk tujuan pembayaran ini.



Maybank : 5644 4550 1969



CIMB : 1403 0000 1541 01



Sila buat bayaran atas nama Satu Solution Corporate Services



Buat masa ini hanya dua bank ini sahaja yang kami terima. Harap maaf jika ada sebarang kesulitan di pihak anda.



3. Simpan rekod pembayaran yang telah anda buat. Sila ambil perhatian masa dan tarikh bayaran di buat. Kalau nak senang, just copy paste je detail payment yang tertera setelah bayaran dibuat. Simpan rekod tu baik2.



4. Hantar bukti pembayaran tersebut menerusi email kepada hartawanhartanah@gmail.com. Dalam email tu nanti, sertakan butiran diri (nama penuh, alamat dan no phone) untuk memudahkan kami menghubungi anda.



Selain itu anda juga boleh menghantar sms kepada “016.310.6500″ (Nama >jarak<>jarak<>jarak<>jarak<>



5. Setelah kami menerima email/sms dari anda (yang lengkap dengan butiran anda dan juga butiran pembayaran), kami akan menghantar satu email reply untuk sebagai pengesahan. Iallah kami akan reply dalam masa 48 jam dari masa email anda kami terima.



6. Hadirkan diri anda mengikut slot yang telah anda pilih.



Jika anda ada rakan2 lain yang mungkin berminat untuk turut serta dalam mini talk ini, rakan anda boleh gunakan langkah2 yang sama seperti di atas untuk pengesahan kehadiran. Cuma kami ada quota untuk setiap slot so better book cepat. Takut nanti penuh pula. Kalau ada slot yang penuh, kami akan maklumkan kepada anda dan kami akan cadangkan slot2 yang lain.



Kalau anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya atau tuan bri (016-3106500) untuk penjelasan lanjut.



Mari kita mengorak "Langkah Pertama" untuk menjadi HARTAWAN HARTANAH!!



Sunday, May 9, 2010

Work For Money, Or Mind Your Own Business?

(source : http://ezinearticles.com/?Work-For-Money,-Or-Mind-Your-Own-Business?&id=3977427)



By far, trading your time for money is probably the worst money making opportunity I see because if you don't work, you don't get paid! In fact, I have not held a job for more than a year and a half as I can't see why I should earn dollars for the hour. Since quitting full time work, I've run numerous businesses and I believe that is how the rich get richer. Some comparisons to why minding your own business is better than working for money:



Reason #1: You get taxed the most as an employee
Once you start earning above a certain income bracket as an employee, the government starts to tax you around 48.5% of your income and I would start asking is this worth it? So if you like to trade the average 50 hours a week to earn $100,000 a year from your job and have a nice chunk paid to the government, then I would say keep your job. But if you are smart and start your own business, doing the same hours and earning the same income in your company, then you will be able to keep more of your money. Even if you earned $100,000 through your company, you are only taxed at a flat rate of 30% after expenses are paid.



Reason #2: Security versus Stability
In my opinion a job nowadays doesn't necessarily have security, because your employer can make you redundant anytime the business goes through hardship. An example in more recent times can be seen when Australia's ANZ Bank cut almost 3,000 jobs or nearly 10% of it's work force. Unfortunately once you are made redundant, your job security is lost and the weekly income is gone, a tough call for stability? In comparison if you had a business that you setup and structured well, you could be living off a stable source of passive income just like many successful Internet Marketers who are earning in excess of $200,000 a year from their businesses.



Reason #3: Fewer Tax Benefits
As an employee not only do you get taxed the most, but you also get fewer tax benefits. As a company you can write off almost everything that you do for the business and claim it with pre-taxed dollars. On the flip side, as an employee you have to pay for your lunches, conferences, buy clothes, buy fuel for your car with after-tax dollars and only do you get to claim these deductions back at the end of the financial year. Doesn't that seem unfair?



Use Your Time Wisely
Everyday you are limited to 24 hours just like everyone else and no matter how much you earn as an employee your income is caped. Once you stop trading your time for money, your income stops immediately. Even if you are a high paid IT consultant that bills out $1000 an hour you still have a cap, and you are still trading hours for dollars.



There will come a time when you can no longer work either because you become sick, have an accident or are forced to retire. What happens then depends on the decisions you made earlier in life. If you planned well, you'll have enough to live on without trading hours for dollars. However, statistics shows that the majority doesn't plan well and will be force to take some kind of social handout - either by the government or family.



If you are currently working for money and not minding your own business, I urge you to take a serious look at your situation. You will see that governments tax more on employees than on companies and it can mean that my company only pays a flat rate of 30% tax on it's profits and an employee has to pay almost 50% on their wages upfront. There are substantial benefits in minding your own business and I urge you to explore how it can help you become wealthy and have more freedom for yourself.




(Note : Ni aku amik dari website luar...kat malaysia rate tax agak berbeza..tapi the point is, kalau keje as employee, kita kena tax yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang ada bisnes sendiri..kat mana2 pun sama je konsep tax ni..)

Saturday, May 8, 2010

Lelongan Federal Auctioneers 8 may 2010


Pagi ni terbangun lambat plak. Seb baik sempat lagi bersiap untuk pergi ke lelongan Federal Auctioneers kat dewan lelongan Ng Chan Mau. Seronok betul duduk kat Damansara ni, kejap je dah sampai Ampang (guna Penchala Link).

Hari ni aku masuk bidding untuk client aku yang berminat dengan sebuah unit apartment di Desa Petaling. Aku sendiri pun tak biasa dengan area ni tapi bila tengok listing n buat study skit2 kat internet, memang nampak macam very2 gud deal. Cuma kalau dulu, gud deal macam ni memang boleh ada harapan dapat RP. Malangnya sekarang orang dah ramai celik. Bila kita dapat tau pasal deal2 macam ni, berpuluh orang lain pun dapat tau juga. So aku dah jangka persaingan memang akan sengit.

Jangkaan aku memang tepat. Bila sampai turn rumah ni untuk dibida, ada 17 pembida kesemuanya. Terdengar suara2 keluhan kat dalam bilik lelongan tu. Haha sapa2 yang ada niat nak menang RP pasti akan kecewa punya. Dari 17 pembida tu, yang lawan bukan ramai pun, cuma kalau tak silap aku, cuma ada 4-5 nombor kad sahaja yang angkat tangan. Yang lain2 senyap je. Sama ada mmg diorang target RP atau pun just tunggu dan lihat. Apa2 pun memang harga naik macam roket la. From RP RM68100, berdesup naik sampai RM80k. Pastu slow skit. Bila harga cecah RM95k, pergh berdesup lagi dia naik. Last2 sampai RM130k. Aku gelak je la dalam hati sebab tu dah memang market value untuk rumah tu. Gile betul la lawan sampai market value. Maybe owner yang datang lawan balik kot. Ntah la..

So pada client aku yang bid untuk rumah ni, sabar je la ek. Tade rezeki untuk kali ni. Iallah ada lagi rumah2 best kat luar tu. Yang penting jangan putus asa untuk terus pergi membida. Kalau dah memang rezeki kita, memang tak ke mana punya.

Walaupun kalah hari ni, ada juga perkara best yang berlaku. Rupa2nya salah seorang pembida yang turut sama bidding untuk rumah ni, kawan aku since belajar form 4-5 dulu n sekarang bekerja di TM. Terserempak kat bilik lelongan. Lawan rumah yang sama plak tu. Gelak2 je la. Cuma sebelum auction, aku ngan dia just tegur2 macam tu sahaja pastu masing2 bawak diri. Tanak la borak2 sebelum auction tak seronok plak sbb jadi pesaing. So bila dah lepas auction, aku lepak la ngan dia kat restoran kg pandan. Borak2 panjang kat situ. Macam2 benda la kitorang citer. Last sekali jumpa dia ni masa dia kawin dulu. Ada la dalam 2-3 tahun lepas kot. Aku pun tak ingat. Member aku ni masih keje TM lagi. Cuma dia pun berpegang pada konsep ' Mind Your Own Business' sekarang ni. Keje tetap keje. Cuma bila ada masa lapang, dia pun spend time untuk increase kedudukan kewangan dia sendiri. Tade la sepanjang masa diguna untuk kompeni sahaja. Bagus la kalau macam tu. Yang penting profesionalisme jangan diabaikan. Buat keje bagus2 tapi at the same time jangan terabai diri sendiri.