Sunday, April 25, 2010

Unlearn what you have "LEARN"

(Source : http://investkk.com/unlearn-learn)


Our Malaysia education required us to learn as young as 4 years old till 20 years old. Yes on average every one of us has learn everything about life for about 14 years. Frankly what you have learned for the past 14 years? Are you really practicing it for good? For me, I learn more from street rather than in school. Street education taught me how to work smart and make profitable move rather than schools smart whose only awards me with highest mark if I done something right. I’m sure you will be surprise when your schoolmates who can’t even pass their SPM or PMR are earning better money than you who has higher education. One of my secondary schoolmates now is earning around RM20K per month running bird nest farming. She is married with 2 kids and for your information her highest education is only till form 6. So what happen to all of us who are highly educated? Some even spend few hundred thousand overseas? Are they really enjoying high paid jobs with satisfactory job environment? Maybe yes but I would say majority of the employees are dissatisfied with their current job. All the while we been ask to learn more hoping it will help in our daily activity especially wealth building.

unlearn 199x300 Unlearn what you have LEARN

We have learn too MUCH!!


But, today I’m going to ask you to UNLEARN what you have learned if you are seriously wanted to improve your wealth tremendously from now on. You have to unlearn….



1. Having good jobs is good as it will lead you to ultimate wealth. Purely dependent on the job to build your wealth is not good enough. Some people like me always believe that your bosses will never consistently treating you nicely in terms of monthly salary, yearly increment and expected yearly bonus. You must remember there is NOTHING certain in this world so protecting your own rice bowl is much better than helping you boss. Of course I’m not asking you to use company resources to build your own wealth. Please refer “http://investkk.com/rules-of-8020-property-vs-job/”.



2. Saving your money is a good investing. I never know anyone getting rich through savings. On normal circumstances working class people will save as much as 30% of their monthly income. With assumption you are earning RM5000 per month that means you are keeping RM1500 per month @ RM 18K per annum. If you continue doing this for the next 20 years, you saving will blow up to RM 360K. But what is the “REAL” value of your RM360K after 20 years? Virtually you won’t believe it if I tell you the “Real” value has drop to RM90K counting in 7% inflation rate. You better believe it. This show your hard earned money has been depreciated at least 75% over the next 20 years. Refer to “http://investkk.com/true-value-of-rm10000/” & “http://investkk.com/meaning-of-rm100000-00/”. So what you are waiting now? Start your investment wisely. Remember wait and see is the worst strategy.



3. Debt is bad. Good debts bringing more wealth into your portfolio while bad debts filter away your hard earn money. I remember there are people asking me, when are you going to pay-off your debt if you continue buying and borrowing? My answer is I will only stop when bank stop borrowing to me. For your information, good debts especially mortgages loan has tremendously increase my net worth for the past 8 years. I don’t keep bad debts. Bad debts here refer to credit card debts which charging more than 18% per annum. Please settled it soonest and if you have FD money, transfer and settled it. No point earning 3% in FD while bank charge you 18% on your credit cards debts. I always remember this quote “Penny wise, Pound foolish”. Read more on “http://investkk.com/leveraging-wealth-building/”.



4. Government, my employer, or someone else is responsible for my financial well-being I never trust them!! 90% of the people surrounding us have no choice but to accept the fact that “other” people going to take care of them when they are running out into financial problem. I have been working in banking for the past 8 years but I never believe that my boss going to take care of my lifetime financials. I always trust my own effort and ability to earn extra money outside my working time ie rental, capital appreciation and potential commission from my property deal. Earn Smart, Save Smart and Invest Smart. Refer to my previous articles “Employees Millionaires” where I share my life experience how you can remain employees while multimillionaires after working hours. Life is all about yourself, so please does something meaningful before you retire.



5. It takes money to make money It’s a common myth that hunted a lot of people to stop investing in properties. Does it really take money to make money in the properties? I doubt it. I strongly believe it takes “idea” to make money. How? Wake up everyday before 7am, subscribe our local newspaper ie Daily Express or The Star and eyeing on properties that sell “below market value”. This will give you the opportunity to get higher loan to cover the selling prices.



Example: Real Life story: Shoplot Ground Floor @ Sinsuran


Selling price : RM 620K


Sales & Purchase Agreement : RM 690K


Loan amount approved : RM 621K @ 90%




Above is one of the best deals that I help my client to close back in 2007. I earn RM6K from this deal but he is earning RM 250K (current market value RM 850K) @ 500% with assumption he use RM50k to paid all his legal fees and stamp duty. Not to forget, the return is excluded his rental income which he collect amounted to RM 162K @ RM4500 per month for 3 years. This is one of the most regretted deals that I missed out. So sometimes I also make mistake. But the point I would like to emphasize here is that it does not take money to make money. Sometimes “idea” does make you richer.



Unlearn all the above will definitely making you wiser and increasing your guts to explore more in building more solid wealth. Happy Investing



New Auction Listing Blog

Salam semua

Aku baru je buat blog baru...masih belum betul2 kemas lagi..very basic

Blog ni aku create selepas mengambil nasihat tuan bri supaya aku ada personal auction listing blog. Senang sumer orang nak refer. Pastu kalau nak letak update, notice, news etc dah mudah.

So lepas ni kalau nak tengok listing auction aku, boleh refer kat sini :


Aku ada juga letak link kat tab atas tu.

List2 yang aku senaraikan ni pun berdasarkan kepada beberapa permintaan pembaca yang dah hantar email kat aku sebelum ini. Kalau ada area yang aku tak cover, boleh email aku juga and aku akan tolong tengok2kan area yang korang prefer tu.

Kalau korang ada sebarang feedback lain pun amat dialu2kan.

TQ

Saturday, April 24, 2010

Do you practice this?

Sapa yang praktis quadrant ni dalam kehidupan korang?

Aku baru je nak try sbb jadual hidup aku caca merba sekarang...nak kena organizekan balik...hehe

UrgentNon Urgent
Important
Quadrant 1

Crisis


Pressing Problems


Deadlines


Quadrant II


Prevention


Relationship Building


Recognizing Opportunities


Planning, Recreation


Not Important

Quadrant III


Interruptions, telephone


mail, reports


meetings


popular activities


Quadrant IV


trivia, busy work


mail, email, internet


time wasters


pleasant activities



Aku nak ucapkan terima kasih pada seorang pembaca aku yang bagi nasihat tentang benda ni. Padahal baru je jumpa, tapi macam2 ilmu aku dapat.TQ bro...

Lepas ni aku kena tumpu time aku kat quadrant 2 dan kurangkan quadrant 4...sekarang ni apa aku buat sumer main sumbat je asal boleh...sedar2 ada penting aku tak buat, banyak plak benda tak penting aku dulukan...


Thursday, April 22, 2010

Property Investment is for everyone, but not everyone is suitable for propery investment

Seperti biasa, aku sempat lepak borders kejap petang tadi. And keje aku memang tade lain la, konpem belek magazine. Pastu aku akan share plak ngan korang apa yang aku dapat hari ni.

So this time aku nak citer pasal property investment. Kita sumer tahu property merupakan salah satu vehicle untuk financial freedom yang telah terbukti dan digunakan oleh orang2 kaya seluruh dunia. Akan tetapi dalam banyak2 yang berjaya tu, ramai lagi yang gagal atau tidak mengambil peluang untuk menceburi bidang hartanah ni. Sama la juga dengan cabang2 pelaburan yang lain pun. Majoriti prefer untuk play safe dalam hidup mereka. Kalau dikalangan pelabur hartanah pun, tak sumer akan berjaya buat duit. Malah ramai juga yang kerugian duit dan bertekad untuk tidak terlibat dengan pelaburan hartanah lagi. Nape jadi macam tu ye? So jawapan dia boleh tengok kat tajuk posting ni la. Tak semua orang sesuai untuk jadi pelabur hartanah.

Pernah tak korang cuba nak persuade orang2 terdekat korang untuk turut serta dalam bidang pelaburan hartanah ni? Majoriti dari mereka cakap apa? Adakah diorang mengiyakan dan terus mengambil tindakan untuk turut melabur dan meningkatkan pengetahuan tentang hartanah? atau mereka memberikan 1001 satu alasan kenapa mereka tak berminat dengan hartanah? Dua2 kes pon aku pernah jumpa. Cuma sayangnye, majoriti nya akan memberikan alasan la.

Dalam artikel yang aku baca tu, ada satu case study ni. Ada kapel ni memang dah jadi successful property investor dan konpem la duit diorang banyak. So bila dah banyak duit ni, ramai la yang datang menempel nak pinjam duit untuk pendidikan anak2 la, kos rawatan hospital la dan pelbagai lagi cerita sedey medey la. Kapel yang kaya ni memang nak sangat tolong orang2 sekeliling diorang ni (might be rakan2 atau sedara mara). Cuma diorang tanak bagi duit. Diorang willing nak share ilmu pelaburan hartanah dan tolong orang2 tu sampai berjaya macam diorang jugak. Malangnya ramai yang bagi alasan. Dan mungkin tak kurang juga yang mencemuh usaha baik kapel ni sebab tak dapat duit mudah (walhal kapel ni siap nak ajar step by step n siap nak cover any losses jika berlaku...mana nak dapat bantuan macam ni beb!). Last2 diorang fed up dan cuma akan tolong orang yang betul2 tanya diroang pasal hartanah je sebab diorang realise tak perlu nak ajar orang2 yang tanak di ajar. Buat penat je n buang masa.

Aku dulu pun pernah mengalami situasi yang sama. Awal2 nyer niat aku memang nak tolong. Aku bercerita pasal ilmu kewangan peribadi, pelaburan hartanah etc kat rakan2 dan orang2 sekeliling aku. Tapi tak ramai yang ambil port pon. Ada yang dengar secara suka2, ada juga yang buat2 bodoh...dan yang paling aku menyampah bila ada orang cakap " ala ko boleh la,...(sambil memberi alasan seperti anak orang kaya la, gaji besar la, nasib baik la etc )" instead of berfikir sejenak dan menghargai ilmu yang aku kongsi. Aku pun bukan tere mana pun. Tak kaya pun lagi. Aku pun banyak buat silap juga. Aku pun pernah rugi duit beribu2. Cuma aku share sebab aku rasa ilmu yang aku ada tu bermanfaat dan boleh membantu. Bukan aku dapat apa pun. Tengok orang2 sekeliling berjaya pon dah cukup menggembirakan.Sama2 kaya, sama2 dapat financial freedom. Pastu boleh la petik nak gi karaoke kol 11am tanpa perlu mintak izin pada sapa2 hehe...Pastu tade la manjang muka seposen je time tengah bulan pasal duit dah habis bayar hutang. Last2 aku pn stop buat charity dan hanya akan bercerita bila ada orang yang ada kesedaran untuk bertanya sahaja.

Keyword yang penting kat sini ialah 'kesedaran'. Kalau ada kesedaran, takyah suruh pon kita akan berusaha untuk mencarik atau mendapatkan apa yang kita nak. Kalau tade 'kesedaran' , memang takkan jadi apa2 la. Agaknye memang betul kot hukum 90/10 dalam dunia ni. 90% kekayaan dunia akan dipegang oleh 10 % populasi dan 90% populasi akan berebut untuk mendapatkan baki 10% kekayaan dunia. Takyah ubah lagi la percentage tu. Just make sure kita berusaha untuk join yang 10% group tu. Dari elok2 kita nak tolong sumer orang masuk ke 10% tu, dengan kita2 sekali kena tarik balik dan kekal dalam 90% group...LAgi haru....

Friday, April 16, 2010

Lelongan MMR Auctioner 15 april 2010

Hari ni aku ada event auction kat bangsar. Temankan member aku yang nak bid satu unit kondo panorama kat bangsar. Unit ni memang hot giler.Dah expect dah pun. Walaupun tunggakan sangat tinggi (RM29k) , tapi ramai giler yang masuk bidding. Total sumer ada 19 bidder.Gile2...

As expected, dengan budget hanya rm280k, memang takleh pergi mana la. Last price naik sampai rm380k. Dah dekat dengan asking price. Bahaya sungguh. Actually aku dah tanya bank dah. Berapa dia value unit ni. Rupanya hanya rm310k sahaja. Aku pun dah taktau nak ikut valuation yang mana. Bank punya valuation tu aku rasa agak outdated la. Mesti dah tak factor in Bangsar South yang dah naik tu. Apa2 pun, valuation bank jangan dilawan. Ikut je la rm310k tu. Tu pasal member aku tu target rm280k je. Padahal duit banyak tu hehe...

Tape la bro, tade rezeki untuk hari ni. Atleast ko dapat pengalaman masuk bidding. Macam2 benda gak aku guide member aku ni. Selagi ada benda yang aku boleh citer, aku sampaikan. Kira tak lokek ilmu la chewahh ...Haha masuk bakul angkat sendiri. Rasanya lepas ni member aku ni dah boleh pergi bidding sendiri dah. Boleh berdikari. Tere oo mamat ni..Fast learner..

Lepas ni ada unit lain plak nak masuk . Unit backup incase bid hari ni kalah. So mmg kalah pon. Cargas la lepas ni prepare bank draft baru plak. Auction tu sabtu ni. Kalut2...


Bilik lelongan yang sesak (majoriti bidder untuk panorama)


(siot la diorang ni, bid tinggi tak hingaatttnyeee) ..kata2 member aku dalam hati


Harga RP

Harga Akhir

Wednesday, April 14, 2010

Konsep Rezeki ikut pemahaman aku...

Sejak aku keje sendiri ni, aku somehow mula memahami tentang konsep rezeki ni. Ini pun mengikut pengalaman aku la. Apa yang aku perasan berlaku kat aku.Kalau orang lain, tak sure la plak...

Benda rezeki ni sebenarnya memang kita tak boleh nak jangka. Ada time tu, kita keje bagai nak gila, buat yang terbaik dan bersungguh2, tapi tak dapat pon apa yang kita nak. Ada plak time tu, kita tak wat apa2 pun, rezeki tu datang secara tiba2 dari sumber yang tidak kita expect pon. Korang pernah tak alami benda ni?

Macam kes aku, sebab aku buat sales la kan. Ada time tu, aku dok la kejar some client ni. Set appointment, buat presentation, follow up etc etc. Client tu siap cakap macam ada job urgent la nak kasi. Memang nampak bersungguh2 la. Tapi sampai sekarang, habuk pun tade. Bila call tanya update, macam2 isu la ada. Budget tade la, bos tade nak approve la.Macam2 hal. Aku tak kata client aku tu tipu sebab memang benda2 macam tu boleh berlaku. Tu la namanya tade rezeki.

Ada time lain plak, aku jumpa client lain tu sekali je. Untuk buat presentation. Lepas tu aku terlupa nak update/ follow up sbb masa presentation tu,nampak macam tade urgent job yang nak diberi. Sekali tiba2 dia boleh call plak cakap ada job nak kasi. Urgent!! Perghh..terkejut la jugak kan. Padahal baru jumpa sekali je. Alhamdulillah dapat plak job tu. Not bad jugak la value dia.

So bila dah a few time jadi macam tu, aku dah mula tenang sebab aku dah mula menerima konsep rezeki macam ni. Benda yang berlaku kat sekeliling kita tak semestinya akan ikut seperti apa yang kita rancang. Tu pasal ada konsep Doa, Usaha dan Tawakal. Kena yakin rezeki untuk kita tu ada di mana2. Kita cuma perlu berusaha sahaja untuk dapatkan rezeki tu. Kalau tak dapat bila dah usaha, jangan putus asa. Terus buat je usaha kita tu lagi. Iallah tak lama lepas tu ada la rezeki lain yang kita tak sangka akan dapat.

Ni aku citer dalam konteks keje sendiri. Kalau makan gaji pun serupa juga. Rezeki kita bukan bos kita yang tentukan. Bukan syarikat yang kita keje yang tentukan. Kadang2 kita keje siang malam, tunggang terbalik nak increase profit syarikat, hujung tahun bonus pun tak dapat. Ada time tu plak, kita keje macam biasa, tiba2 bos panggil soh pergi outstation 3 minggu kat luar semenanjung. Pusing2 sampai beribu kilometer. Perghh masyukk tu claim. Sapa sangka kan ?

So pada rakan2 sumer, kalau kita dah keje keras, tapi hasilnya tak seperti yang kita sangka, jangan kecewa. Redha je. Anggap tu sebagai cubaan hidup. Yang penting semangat mesti mau kuat. Hati mesti cekal. Pagi2 kuar rumah, make sure muka tu senyum je. Iallah murah rezeki. Pada rakan2 yang keje makan gaji tapi tiap2 hari masuk opis muka mencuka sbb tak suka keje yang korang buat, atau tak suka tgk muka bos korang etc, Ingat lah rezeki korang tu bukan bos korang yang tentukan. So kalau perlu korang ubah situasi aka blah pergi tempat lain, jangan takut untuk ambil keputusan tu. Jangan ingat bila korang quit n cuba benda baru, hidup korang akan merana sebab tade gaji / pendapatan tetap. Selagi kita berusaha, aku yakin rezeki tu ada je di mana2. Tinggal korang nak kutip atau tak. Takkan la korang nak habiskan sepanjang hayat korang buat benda yang korang tak suka atau bekerja dengan orang yang korang tak suka? Kita hidup di dunia ni sekali je. So make full use of it.

Friday, April 9, 2010

Umur baru 20an dah berjinak2 dengan property..

Kelmarin aku dapat jemputan untuk berjumpa dengan seorang pembaca blog aku.(xyah sebut nama la kot. u know who u r :) ) Set tempat jumpa dekat kelana jaya. Sup Ani Utara. Memandangkan hari tu mmg agak free, aku tade masalah untuk jumpa. (actually mmg week ni aku agak free. manjang je ada kat rumah . Work from home. Kalau kuar pon sekejap2 je...)

Rupanya masa time jumpa tu, ada lagi 2 orang kawan dia. So tade hal la nak lepak2. Masa tengah borak2 tu, baru aku tahu diorang bertiga ni baru je grad dari Universiti. Kira baru nak melangkah ke alam pekerjaan. Terasa tua plak aku time tu. Ahaks..

Yang aku respek, reader aku ni dah mula melabur dalam property. Dah ada angan2 besar. Cita2 besar nak bersara dalam usia 30an. Perghh retire young and rich. Kagum betul aku. Time aku baru2 keje dulu, apa pn tara pk. Cuma tahu enjoy je. Lepas keje 2-3 tahun baru aku nak start susun balik kewangan aku. Baru nak ada cita2. Berbeza betul dengan budak2 zaman sekarang. Umur 20an dah mula berfikir nak retire early. Bagus2. U all memang beruntung sebab mula pada usia yang muda.

Aku rasa la kan, antara faktor yang menyumbang fenomena ni, ialah internet. Dulu2 mana ada blog2 pasal kewangan, buku2 kewangan etc. Kalau ada pun skit2 je. Tu pun tak berapa fames. Sekarang ni sumer ada kat internet. Blok Pie, blog hafizal, azizi ali etc, sumer tu sangat menyumbang kepada kesedaran golongan muda kita. Ni merupakan satu perkara yang perlu kita banggakan. Anak2 muda kita semakin celik. Tidak lagi terkongkong dengan dorma " kalau nak berjaya, kena keje rajin2, naik pangkat cepat2, kena pandai bodek bos". Ramai yang dah paham, kalau nak berjaya, kena start 'mind our own bisnes',bukan 'mind other people bisnes'.Aku harap lebih ramai anak2 muda kita yang macam reader aku ni.

Apa2 pun aku doakan kejayaan korang sumer. Lagi satu, bila dah berjaya kelak, jangan lupa orang lain. Tolong menolong sesama kita. Kalau ada kawan2 kita yang masih leka dan setakat tahu enjoy2, bagi nasihat. Sedarkan mereka. Ye la biasa la anak muda. Darah muda. Sumer benda nak hebat. Dapat gaji habis kat baju, habis kat kereta, habis kat awek. Kalau nak menyimpan sangat lah susah. Apatah lagi nak suruh melabur. Sedar2 umur dah 30an, aset pn tade pastu hutang keliling pinggang. Kesian...


Thursday, April 8, 2010

izwan@satusolution.com

Aku ada satu pengumunan nak buat...

After this, semua email yang berkaitan dengan urusan lelong (inquiry ke, register ke, nak borak2 ke etc etc) harap dapat dihantar kepada email di bawah :

izwan@satusolution.com

Aku nak asingkan email urusan auction dengan email personal. Lebih mudah untuk aku track. Takut ada yang terlepas pandang kalau tak di asingkan awal.

TQ

Wednesday, April 7, 2010

Duit Terpijak - apa nak buat?

Semalam aku pergi borders. Saje lepak2 kat situ baca magazine. Tu la fav past time aku sekarang kalau ada masa2 free. Dah la dekat je dari rumah aku. Tak sampai 10 minits drive. Best betul duduk kat damansara ni.

Untuk posting kali ni, aku just nak share la apa yang aku baca semalam (lari sikit dari topik auction, buring la asyik auction je kan). Satu artikel menarik dari azizi ali (personal money) tentang duit terpijak (windfall). Aku olah balik guna ayat aku sendiri.

Ok la ramai di antara kita pernah menerima duit terpijak dalam kehidupan kan. Duit terpijak ni datang dalam pelbagai bentuk. Contoh : Bonus, duit refund LHDN, duit refinance rumah, duit duit warisan, duit pampasan kerajaan pasal amik tanah dan macam2 lagi la. Tapi rasanya yang selalu kita dapat duit bonus la kot. Expected to be receive every year kalau ada rezeki.

So antara perkara biasa yang dibuat oleh ramai di kalangan kita bila dapat duit terpijak, apa laga kasi joli la. Ada yang beli handphone baru, beli baju baru, pergi bercuti, beli plasma tv dan etc etc. Sedar2 duit tu habis macam tu je. Kalau time aku keje dulu, biasanya aku dengar citer tukar handphone la bila dapat bonus. Tak pun modify kereta. Lebih kurang la. Jangan salah paham ye! aku tak cakap benda2 tu salah untuk dibuat. Tak kisah la duit korang. Nak joli pon tade sapa nak larang.

Cuma mungkin kalau kita pk2 balik, tenang2kan diri, ada banyak lagi benda lain kita boleh buat dengan duit terpijak tu. Tapi disebabkan minda kita terexcited, kita tak anggap duit terpijak tu duit kita. Kita anggap macam duit orang lain. So bila duit orang lain ni tapi dapat kat kita, mula la tangan tu gatal nak berbelanja. Sebab kita tak rasa sayangnyeeee duit tu bila kita joli. 'Ala bukan duit aku pun'. Macam tu la kot sub-minda kita berfikir tanpa kita sedari.

So apa yang patut kita buat? Menurut Azizi Ali, senang je... Bila dapat je duit terpijak tu, terus 'jangan buat apa2'. Rileks je. Cool. Buat macam tade apa berlaku. Biar je duit tu dalam akaun kita. Nak lagi selamat, terus je campak duit tu masuk ASB (kalau ASB tak penuh lagi la. Kalau dah penuh, terpaksa la letak kat ASW plak kot). Pastu teruskan life macam biasa n tade apa yang berlaku. Macam kita tak pernah dapat duit tu. Pasal apa kita kena buat macam ni? Sebab masa awal2 dapat duit tu, kita jadi irrasional. Macam yang aku citer kat atas la. So bila kita cool n rileks, pelan2 minda kita mula menerima hakikat yang duit terpijak tu sebenarnya memang duit kita. Bukan duit orang lain. So bila dah terima jadi duit kita, secara tak langsung kita akan berhati2 dengan apa yang kita buat dengan duit tu.

Selain dari tu, masa time tengah cool down tu, elok juga banyak2kan mencari ilmu2 kewangan sama ada menerusi buku, internet, kawan2 etc. Cari option2 yang ada tentang bagaimana nak dapatkan full potential from duit yang kita dapat tu. Sambil tu, mula la merancang apa kita nak buat dengan duit tu secara praktikal dan objektif. Lepas dah betul fikir baik buruk tindakan kita tu, baru la amik keputusan tentang apa nak buat dengan duit tu. Bila dah sampai time ni, tak kisah la nak joli sakan ke, nak guna untuk pelaburan ke, nak peram duit tu ke. Sebab keputusan yang kita ambil tu dibuat masa minda kita dah tenang n waras. Cara ni pada aku lebih baik berbanding terus buat keputusan masa awal2 dapat duit terpijak tu.

Aku citer benda ni sebab memang aku praktikkan pun dari dulu lagi. Duit2 terpijak yang aku dapat dulu2 masa tengah keje (duit bonus, duit claim, duit komisyen etc), aku terus je campak masuk ASB. Wat dono je for a few weeks. Memang dah habit kot. Cuma tak terpk nak share ngan korang. Bila terbaca artikel azizi ali semalam , baru terpk nak share. So lepas aku dah campak duit2 tu dalam ASB, pelan2 aku merangka plan yang terbaik untuk duit tu. Kalau tade plan yang sesuai, aku biar kan lagi duit tu dalam ASB. Kadang2 mungkin duit terpijak tu sikit je, tapi kalau dibiarkan, sedar2 cukup plak nak sambar rumah sewa sebijik. Tu yang aku buat dulu. Yang penting jangan menggelabah. Aku tau cakap lebih senang dari buat. Tapi kalau tak mula dari sekarang, bila lagi nak start kan?

BTW, aku ni pon bukan nyer bagus sangat. Ada gak time2 yang aku teremotional juga bila dapat duit terpijak. Ala nama pon manusia. Cuma most of the time aku praktik kan benda di atas. Dan Alhamdulillah berkesan untuk aku. Mana la tau kot2 cara di atas berkesan untuk korang juga :)

Friday, April 2, 2010

Approach baru...

Aku rasa aku nak tukar approach la. Lepas ni aku nak stop dulu letak listing auction dalam blog aku.

Kenapa ye aku nak tukar approach? Ada a few reason juga sebenarnya. Antaranya...

1. Blog ni sepatutnya blog hartanah dan kewangan eezone. Bukan blog untuk senarai lelongan. Kalau aku tak tukar approach, nanti most posting aku akan berkisar pasal lelongan sahaja. Ada juga pembaca di luar sana yang berminat nak baca pasal benda2 lain. Kalau asyik listing2 je, boring la.

2. Masa aku study listing yang aku nak post dalam blog ni, aku tade idea sebenarnya korang nak apa. Sebab kita sumer berbeza2. Lokasi yang diminati, budget, strategi pelaburan etc sume tak sama antara satu sama lain. So bila aku taktau maklumat2 tu, aku tend untuk study berdasarkan apa yang aku suka. Bukan apa yang korang suka. Thats y aku rasa ada property2 yang hot dalam listing aku, tapi tade sambutan dari para pembaca. Pada awalnya aku pelik la. Cuma selepas aku dok pikir2, baru aku rasa this might be the reason. Ada di kalangan kita yang baru nak berjinak2, so target property2 yang murah2. Ada juga yang dah season player, setakat rumah low cost dia tak pandang.

Ahaks, setakat time aku tulis posting ni, 2 reason je yang aku boleh tulis. Padahal masa awal2 tadi rasa macam banyak je hehe..tape la actually reason tu tak penting, yang penting aku nak citer pasal approach baru ni.

So apa aku nak buat sekarang, aku nak study preference korang berdasarkan kriteria2 ni :

1. target area
2. budget
3. target investment (cashflow, capital appreciation, flip, hold etc)
4. type of property (low cost, mid cost, condo, landed, commercial etc)
5. Jenis servis yang korang berminat nak aku buat (survey, pergi bid, opinion etc)
5. other specific criteria ( korang boleh citer sendiri)

Cemana nak study ni? senang je...korang email la kat aku detail2 seperti di atas. So aku boleh create database. Bila ada database tu nanti, senang la aku nak study listing2 yang ada kat market. Aku tau apa benda yang aku nak cari. Tade la dok meraban tengok listing yang beribu2 tu. Penat oo...mencari benda yang kita sendiri pn taktau apa nak carik.

So ni email aku : izwan@satusolution.com

BTW, dalam email tu nanti, jangan lupa letak nama korang , no phone n lokasi korang ye. Senang la aku nak contact korang balik kalau ada apa2.

(Actually ada lagi listing baru yang aku nak letak, tapi tape la aku hold dulu. Lepas ni aku nak try provide listing pada yang email kat aku. kita tengok sambutan macam mana plak)