Aku terasa macam terpanggil untuk bersuara selepas menonton siri Bijak Wang di Tv3 pukul 7pm tadi. Topik untuk episod kali ni ialah pasal persaraan. Actually bukan topik tu yang aku nak cakap tapi lebih kepada isi kandungan ataupun maklumat dari Bijak Wang tu sendiri.
Aku bukan nak kondem siri Tv3 ni. Pada aku amat bagus bila ada pihak2 media yang sanggup untuk mewujudkan satu siri pendidikan kewangan melalui tv. Ianya amat2 membantu masyarakat diluar yang rata2 termangu2 mencari panduan dalam menguruskan kewangan peribadi.
Cuma aku rasa maklumat yang cuba disampaikan somehow agak mengelirukan dan seakan2 ada udang di sebalik batu. Actually aku pun tak pasti nak tulis macam mana apa yang aku rasa ni. Ada rasa keliru, ada rasa macam tak lengkap dan ada gak rasa macam maklumat tu bias. Mungkin sebab slot rancangan tu agak pendek so takleh nak letak maklumat yang banyak, atau memang maklumat2 yang diberi diolah sebegitu rupa supaya boleh diselitkan dengan pengiklanan secara tidak langsung.
Korang mesti blank kan dengan apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Bukan senang nak olah ayat tau hehe.
Mulanya citer pasal persaraan. Bijak Wang telah mengambil contoh seorang pekerja wanita yang berumur 25 tahun tapi sudah mula merancang persaraan beliau. Bagus la tu sebab ramai lagi kat luar sana yang langsung tak merancang. Cuma cara perancangan tu aku rasa agak 'biasa'. Save 10% gaji masuk dalam unit trust. (of cos disebut salah satu fund penaja rancangan). For average people, aku tak bising. Mungkin target viewer rancangan ni pun memang untuk orang kebanyakan yang tidak berapa financial savvy.Takkan nak citer pasal investment grade property, forex, high dividen blue chip stocks etc etc . Jadi pening plak viewer tu. Langsung tak tercapai matlamat siri ni.
Yang membuatkan aku tergerak nak komen ialah apabila ada satu panggilan yang bertanyakan host cerita tersebut tentang menggunakan personal loan untuk membeli hartanah yang boleh disewakan (pemanggil tersebut dah mention sewa boleh cover kos personal loan dan loan rumah). Komen panel host tu plak aku tak berapa setuju. Die cakap cara tersebut mungkin agak berisiko sebab kena serve personal loan dan juga kena jaga penyewa etc. Banyak masalah yang boleh berlaku. Apa yang dicadangkan ialah untuk membuat pelaburan yang lebih 'selamat' macam melabur dalam unit amanah secara konsisten.
Waduh2!!! Aku tak nafikan pelaburan hartanah ni ada risiko die. Mana ada pelaburan yang takde risiko kan? Tapi bila dinasihatkan plak para penonton untuk melabur dalam unit amanah secara konsisten, pada aku tu lagi berisiko. Kena plak orang yang menonton tu jenis yang malas nak amik tau hal pelaburan die, terus je dump duit masuk dalam unit amanah dan bulat2 percaya kat ejen die untuk uruskan portfolio pelaburan tu.
Dalam masa sekarang ni, 'savers' are loser! Sebab sekarang duit adalah 'currency' atau mata wang. Bukan dalam istilah 'duit' yang sebenar macam emas, perak, minyak etc. Bila kita cakap pasal matawang, benda ni boleh dicetak oleh pihak berkuasa mengikut kesesuaian mereka. Ini bermakna nilai simpanan kita tu (yang dalam bentuk matawang), ditentukan oleh orang lain. Dalam sekelip mata nilai simpanan kita tu boleh merosot apabila pihak berkuasa mengambil keputusan untuk cetak matawang dalam jumlah yang besar. Adakah benda ini di dalam kawalan kita? of cos not.( contoh : Matawang US. )
Sama la juga dengan pelaburan unit saham amanah. Kita taktau sama ada pelaburan saham amanah kita tu bagus atau tidak di masa akan datang sebab ianya di luar kawalan kita. Pada aku, bila banyak faktor berada di luar kawalan kita sebagai pelabur, maknanya pelaburan itu amat berisiko. Aku tanak kondem produk2 unit amanah kat luar sana. Masing2 ada cara masing2. Aku amik contoh ASB pun cukup la. Aku sokong ASB. Cuma aku nak tanya la. Berapa dividen ASB tahun ni. Korang boleh kawal ke? Sukati PNB la nak kasi bape kan ikut performance mereka. Diorang boleh kasi 8%, 10%, nak kasi 5% pun diorang boleh. Apa yang kita boleh buat? Terima je la. Nak bising apa kan. Tapi ASB at least tak rugi sebab modal asal tak usik. Kalau produk unit amanah lain, silap gaya bole rugi. Modal asal pun boleh susut. So apa maksud 'pelaburan berisiko rendah' yang disebutkan tu?
Pasal pelaburan hartanah, aku tanak citer panjang. Dah banyak input yang diberi. Aku pun takleh nak puji hartanah sebab nanti bias plak kan. Cuma pada aku dalam pelaburan hartanah ni, aku ada lebih kawalan berbanding saham amanah. So somehow aku boleh kawal tahap risiko pelaburan aku. Kalau rugi, memang salah aku sendiri dan aku takleh nak salahkan orang lain. Tapi kalau unit amanah kita tu rugi, salahkan ekonomi la, salahkan pemerintah, salahkan george soros, salahkan derivative trading ...(the list goes on). But the bottom line is, kita rugi.
So, pada pendapat aku, apa yang patut host rancangan tu advise ialah semua jenis pelaburan ada risiko masing2. Untuk mengurangkan risiko, pelabur haruslah mempunyai ilmu yang bersesuaian dengan jenis pelaburan yang ingin dilakukan. Buat rancangan persaraan pastu pilih jenis pelaburan mana yang bersesuaian dengan rancangan persaraan yang telah dibuat tu. Kuasa rancangan Bijak Wang ni besar. Aku percaya ramai yang menonton rancangan ni untuk panduan. Tapi aku kesian kalau orang ramai ambil bulat2 nasihat yang diberi dalam rancangan ni tanpa sebarang kajian. Nanti ramai2 mengikut je nasihat tu bulat2 dan IF something wrong happen,rugi la beramai2. Pastu mulalah jadi keadaan salah menyalahkan.
Cuma sapa lah aku nak bising banyak2. Penaja rancangan ni pun merupakan salah satu bank yang terbesar kat malaysia ni. Sure ada some hidden advert terselit kat mana2. Aku cuma boleh nasihat kan para penonton, belajar lah. Cari ilmu kewangan setakat mana yang mampu dan cukup untuk diri sendiri. Kalau dah terlebih ilmu, kongsi2 la dengan orang lain. Jangan mengikut apa yang ditonton tu membuta tuli. Takut nanti memakan diri.
Nasihat aku yang bukan lah pandai sangat ni, apa yang patut para pelabur buat untuk persaraan adalah untuk convert saving yang dalam bentuk currency tu kepada asset yang menjana pendapatan dalam jangka masa yang paling singkat. Asset ada banyak jenis. Boleh labur dalam perniagaan, dalam paper asseet (cth : kaunter saham yang bagi dividen), dan juga hartanah (yang bagi positive cashflow).Tapi in order to do that, pelabur perlu aktif menjaga portfolio pelaburan masing2 dan sentiasa meningkatkan ilmu dalam bidang pelaburan yang ingin diceburi. Aku boleh suggest buku 'GUIDE TO INVESTING' dalam siri buku 'RICH DAD POOR DAD' . Banyak isi dalam buku tu aku tulis balik dalam posting kali ni.
Ada satu pepatah menarik yang aku nak kongsi
' The Bull and Bear makes money , the Sheeps get slaughtered'
So jangan la jadi sheep.....
PS : agak2 pasal benda ni kot azizi ali dah tak jadi host rancangan ni. Sbb bertentangan dengan prinsip beliau sebagai perunding kewangan bebas.hmm...