Sebelum nie aku ada citer pasal lelong teratak muhibah. Patut masuk dengan adik aku sekali. Malangnya aku baru dapat tahu yang adik aku tu kalau apply loan, tak 100 percent boleh lulus. Tiba2 tergerak plak nak tanya pasal status kerja adik aku tu. Rupanya die masih dalam status kontrak, belum lagi permanent sebab baru je 5 bulan keje.Nasib baik tergerak nak selidik dulu. Kalau lah menang bidding, pasti rugi jer deposit 10 % sebab tak dapat nak secure loan.
Aku tanya banker aku yang keje kat cimb. Dia cakap kalau nak apply, jangan mention pasal status employment. Janji lengkapkan dokumen yang bank mintak. Malangnya adik aku tade EA form sebab tak sampai setahun lagi keje. Aku plak masih dalam proses nak mengemaskini portfolio aku. Tak berani lagi nak apply loan. So at the end, terus kensel niat nak masuk bidding untuk teratak muhibah tu. Rugi bank draft yang adik aku buat. Tapi apalah sangat nilai buat bank draft tu berbanding nilai 10% deposit yang bakal hangus kalau kitorang menang bidding. Ni pon satu faktor yang perlu kita semua take note sebelum membuat sebarang pembelian hartanah. Pastikan kita boleh apply loan and 100% lulus. Kalau ada sebarang keraguan, better confirmkan balik dengan bank. Jangan main redah je. Kalau nasib tak baik, memang boleh terduduk.
No comments:
Post a Comment