Anda merancang untuk membeli hartanah pelaburan pada tahun ini?
Jika ya, saya galakkan anda baca tips2 di bawah ni...Sumber tips adalah dari webrinar Saudara Faizul Ridzuan, CEO Far Capital Sdn Bhd dan juga merupakan pelabur hartanah tegar yang memiliki 30 buah pelaburan hartanah dalam usia yang masih muda.
Summary di bawah adalah nukilan dari saudara Ariff Shah (kredit to http://ariffshah.com/)
1) Cari hartanah berdekatan minimum dua pemangkin (booster) hartanah seperti MRT / LRT, bangunan pejabat baru, lebuhraya dan institut pengajian baru (universiti atau sekolah antarabangsa).
MRT / LRT.. rasanya semua orang tau kenapa. Kalau tempat tinggal dan ofis berdekatan stesen pengangkutan awam ni, kereta tak lagi diperlukan untuk ke tempat kerja. Dengan DBKL bercadang untuk mengurangkan bilangan tapak letak kereta di bandaraya KL, dah boleh nampak trend di mana semakin lama, kenderaan sendiri semakin tidak digalakkan digunakan di Lembah Klang.
Bangunan pejabat baru menjadi lokasi tempat kerja untuk ramai orang, sekaligus meningkatkan permintaan hartanah di kawasan tersebut. MNC yang dibuka di bangunan pejabat tersebut membawa penyewa yang mampu membayar sewa yang lebih premium.
Lebuhraya baru menambahkan akses ke kawasan tersebut. Universiti membawa banyak pelajar ke kawasan tersebut manakala sekolah antarabangsa membawa mereka yang berpendapatan tinggi untuk menetap di kawasan tersebut supaya anak mereka boleh mendapat pendidikan yang bagus.
2) Beli hartanah yang murah dalam kawasan yang mahal, kecuali perumahan kos rendah. Lebih ramai mampu untuk membeli hartnah ini (permintaan tinggi) dan sewa lebih murah berbanding hartanah mahal di kawasan tersebut. Elakkan membeli hartanah yang mempunyai harga luar biasa di sesuatu kawasan.
Cara nak cari hartanah macam ni ialah dengan mengetahui purata harga hartanah di kawasan tersebut. Bila dah tau purata harga, bolehlah beli hartanah yang lebih murah daripada purata harga.
3) Kadar sewa mestilah sama atau lebih daripada bayaran ansuran bulanan untuk loan 30 tahun. Yes, memang kita biasa ambil loan dengan tempoh maksimum 30 tahun, tapi kalau nak selamat, kira berdasarkan tempoh loan 30 tahun.
4) Harga hartanah berada dalam kategori mampu milik.
5) Cari hartanah yang mempunyai potensi sewa yang bagus dan potensi kenaikan nilai yang tinggi.
Contoh, rumah kos rendah di kawasan bagus mempunyai potensi kadar sewa yang bagus tetapi tidak pada potensi kenaikan nilai kerana hanya mereka yang berada di bawah paras pendapatan tertentu sahaja boleh membeli hartanah ini.
Manakala hartanah baru / under construction yang dipasarkan pada yang tak masuk akal mungkin mempunyai potensi untuk kenaikan harga, tetapi tidak untuk sewa.
6) Lokasi sahaja sudah tidak memadai untuk mencari hartanah yang bagus. Harga, permintaan dan jenis hartanah memainkan peranan penting dalam pelaburan hartanah.
7) Jangan hanya dengar cakap orang tentang sesuatu hartanah. Buat kajian anda sendiri terlebih dahulu sebelum membeli!
8) Sekiranya ingin melabur dalam hartanah baru / under construction, pastikan anda lihat pada track record pemaju tersebut terlebih dahulu.
9) Mengetahui apa yang perlu dibuat selepas membeli hartanah sama penting dengan mengetahui apa yang perlu di beli dan di mana.
10) Secara peribadi, Faizul berpendapat 2015 adalah tahun yang sesuai untuk membeli hartanah untuk kediaman sendiri kerana tahun ini pasaran hartanah tidaklah segila beberapa tahun sebelum ini. Tahun ini boleh dikatakan sebagai ‘buyer’s market’ kerana bilangan pembeli tidak terlalu ramai.
Jika ada masa, boleh tonton video webrinar saudara Faizul Ridzuan sendiri...memang terbaik !
Kalau nak usha unit rumah lelong yang best, boleh usha di sini...