Saturday, October 25, 2014

Harley Davidson Yo!

Broomm! Broomm! 

Pada tanggal 15 October 2014, bermula lah sejarah baru dalam bidang perkhidmatan Eezone Resources. 

Saya menguatkan semangat untuk xplore cabang bisnes baru iaitu bidang penyewaan motor berkuasa tinggi. Secara lebih spesifik, saya buat sewa motor harley davidson. 

Asyik layan rumah lelong je, otak pun boleh tepu gak....hahaha...

Best sangat ke sewa motor harley ni? 

Kalau anda memang meminati motor harley dan ada niat nak cuba ride tapi....

- belum cukup modal nak angkat sebijik
- Modal dah ada tapi belum pasti nak pilih model yang mana ( showroom kasi bawak dekat2 je...takleh nak ride jauh2)
- Malas nak fikir pasal maintenace
- Bawak motor pun jarang2...gi keje naik kete tapi sekali sekala teringin nak ride dengan kengkawan
- Cashflow masih belum kuat nak fikir pasal bayaran bulanan

Kalau anda ada kerisauan tentang perkara2 di atas, maybe pilihan untuk menyewa adalah yang terbaik untuk anda...

Buat masa ini, saya bekerjasama dengan geng2 KLEZBIKE dalam bidang penyewaan motor harley davidson ni...

Setakat ni, kami ada beberapa model untuk disewakan di antaranya : 

- Sporster Iron 883
- XR 1200x
- Street Glide
- Super Glide
- Fat Bob

Boleh cuba mana2 yang berkenan di hati... 

Untuk details lebih lanjut, boleh layari web kami 


Atau hubungi saya terus di talian 019-2488883 (sms/call)

Jum Ride!!!

Sporster Iron 883 (Black Denim)



Vest HOG ni kalau nak pinjam pun boleh...








Thursday, October 16, 2014

Flat berharga rm200k?! Kegilaan apakah ini?

Saya perasan satu topik yang menarik semasa browsing facebook saya...
Ada seller yang diwakili agen ingin menjual sebuah unit flat di putrajaya pada harga rm200k ke atas...
Berdasarkan rekod jualan lepas, transaksi jual beli sudah menghampiri harga tersebut ( maybe dah match pun)...
Wajarkah flat kos rendah dijual pada harga rm200k hanya disebabkan ada permintaan pada harga tersebut?
Boleh kah buat begitu? Adakah para owner flat2 tersebut hanya terlalu memikirkan keuntungan semata tanpa memikirkan kesan pada jangka masa panjang di mana generasi seterusnya akan terus gigit jari sebab tak mampu nak beli rumah? Atau kita harus berbalik kepada hukum pasaran "willing seller willing buyer"

Kalau anda seorang pembeli, apa yang akan anda buat?
Dan kalau anda merupakan salah seorang owner flat tersebut, apa yang anda akan buat?


Monday, October 13, 2014

Cukupkah duit nak beli rumah lelong?

Kebelakangan ni, saya selalu ditanya soalan berkenaan dengan modal nak beli rumah lelong.

"Berapa capital yang diperlukan ya?"

"Saya ada la duit sikit, tapi cukup untuk deposit je kot. Ok tak?"

" Boleh saya gunakan duit epf sebagai deposit?"

Sebenarnya pembelian rumah lelong ni agak memerlukan modal yang besar. Tade la nak kata besar sangat tapi at least some cash tu kena ada. Tak boleh nak buat style zero down payment.

Kalau belum benar-benar bersedia, memang seeloknya jangan beli rumah lelong lagi. Cuba tengok pilihan-pilihan lain yang ada seperti projek baru dan juga subsale (pembelian direct dengan owner rumah). Ada cara yang boleh dibuat untuk mengurangkan modal awal.

Berbalik kepada rumah lelong, saya suka menggunakan konsep 20%. ( Kalau pembelian dibuat menggunakan loan dengan 90% margin)

At least kena ada 20% cash dari nilai rumah yang hendak dibeli.

Sebagai contoh, kalau nak beli rumah bernilai rm100k, kena ada cash sebanyak dalam sekitar rm20k (20% dari rm100k). Kalau ada lebih, lagi bagus. Sebab ada ketenangan. Kalau berlaku belanja-belanja yang tidak disangka, kita bersedia untuk menghadapinya.

Dari segi pecahan :

10% --> digunakan sebagai deposit rumah ( dalam bentuk bank draft)
5% --> perbelanjaan legal ( tukar nama dan loan documentation)
5% --> perbelanjaan lain seperti baik pulih, bayaran tunggakan, fee agent etc

Total : 20%

Selagi tak cukup 20% tu, seeloknya kumpul duit dahulu. Jangan terburu-buru nak beli rumah lelong. Dikhuatiri kalau tersilap, jenuh nak bangun balik.