Saturday, January 26, 2013

Tips Pelaburan Hartanah - Pakdi


Salam ceria semua! 


Cuti panjang ye kita kali ni...kalau sesiapa yang kerja tu, kalau amik cuti hari jumaat, total ada 5 hari cuti kesemuanya sampai hari isnin depan...



So memandangkan kita dah cuti lama ni, saya tergerak la nak kongsi info kat page ni...tapi ye la nak share apa kan? last2 dapat la tips menarik dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang ( Tulisan Pakdi) tentang pelaburan hartanah. 

Apa yang perlu kita ada sebelum buat pelaburan hartanah? (ni saya tulis secara ringkasan je...kalau nak detail yang lebih, sila dapatkan copy buku tersebut dari pakdi.net ye!

1. Kena tahu apa objektif pelaburan kita. Kita beli hartanah nak buat apa? nak peram? nak jual cepat? strategi apa nak guna etc. Sebab lain objektif, lain strategi nya...

2. Kena ada modal yang mencukupi. Terutamanya kalau anda nak beli hartanah lelong.Saya guna rules of thumb di mana kita perlu ada sekurang2nya 15% nilai cash dari hartanah yang kita nak beli. Cth: kalau nak beli rumah rm100k, kena ada rm15k cash. Lagi banyak lagi bagus

3. Kena ada back up untuk cover installment ( at least 6 bulan) in case rumah kita tu tade penyewa. Ini tidak termasuk modal awal seperti yang di atas. Lagi banyak lagi bagus

4. Kena pilih lokasi yang betul. Namun pemilihan lokasi ni agak subjektif. So mahirkan diri dengan lokasi pilihan anda. Jangan ikut2 orang. Cari lubuk anda sendiri dan jaga lah dengan hemat. 

5. Jangan beli lebih dari harga pasaran. Pelaburan hartanah adalah berdasarkan kira2, bukan emosi. Kita buat duit pada ketika kita beli dan bukan masa kita jual.

6. Beri nilai tambahan. Ini juga satu faktor menyeronokkan dalam pelaburan hartanah. Kita ada banyak cara nak tingkatkan nilai hartanah kita sama ada untuk jual balik atau disewakan. Terpulang pada kreativiti masing2. 

Kalau anda rasa perkongsian ini best, sila klik "like" ye! 

TQ

Credit to : www.pakdi.net