Tuesday, June 30, 2009

Konspirasi Pendidikan?!

Korang perasan tak, kenapa sistem pendidikan kita tidak mengadakan satu subjek khusus tentang perancangan kewangan. Mungkin kalau sekolah rendah agak terlalu awal, ianya sudah sepatutnya boleh didedahkan pada pelajar2 sekolah menengah dan juga kepada pelajar2 peringkat tinggi.

Kenapa aku highlightkan perkara ni? sebab ada satu lapuran yang aku terbaca (biasa la lepas baca terlupa sumber die dari mana hehe...tapi rasanya akpk ada kot), kebanyakan orang yang declare bankrup adalah golongan muda yang belum mencecah 30an dan puncanya adalah kad kredit. Biasalah darah muda, masa awal2 kerja, pertama kali dapat gaji dan boleh menyara diri mereka sendiri, sure macam2 benda nak beli.Handphone baru, kereta baru, perabot baru, awek baru hehehe. Susah nak kawal nafsu2 material macma ni. Selain dari tu, mereka juga akan layak untuk memohon kredit kad. Bayangkan, gaji baru rm1500 dah bole apply kredit kad. Part tu pun aku tak setuju gak tapi later aku komen lain. Bila nafsu besar, gaji plak tak cukup nak tampung, kredit kad la jawapannyer. Swipe sana, swipe sini. Time bayar belakang punya cerita. Janji enjoy dulu. Bila statement sampai, baru nak garuk kepala tak tau cemana nak bayar.Last resort, declare bankrup la. Sepatutnya masalah bankrup golongan2 muda ni tak berlaku sebab mereka ni baru la nak mengenal dunia. Tup2 bankrup pulak.Sian2...

Perkara sebegini tidak akan berlaku jika golongan muda kita dibekalkan dengan ilmu kewangan yang secukupnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bila dapat gaji, tahu nak buat budget dan mengawal nafsu perbelanjaan. Ada matlamat kewangan dan sebagainya. Baru la terjamin sedikit laluan hidup. Apa la salahnya diajarkan ilmu kewangan peribadi ni kepada pelajar2 kita. Buat la macam subjek2 lain macam kemahiran hidup, seni lukis etc. Tak perlu la dijadikan subjek wajib tapi dapat ajar basic pun cukup. Tak perlu nak ajar sampai technical anylisis etc. Tu kalau diorang nak , diorang boleh belajar sendiri.

Aku ada teori konspirasi. hehe..kalau korang nak terima atau tak , terpulang la. Aku punya pendapat, golongan pelajar2 kita, memang dibentuk untuk menjadi pekerja. Bila dah masuk alam pekerjaan, semestinya diorang ni lambat laun akan menjadi penghutang kepada pihak2 bank. Hutang rumah, hutang kereta, hutang KAD KREDIT dan macam2 lagi hutang. Hutang personal loan nak kawin pon ada! isk isk..tak patut sungguh. Yang untung kat sini sapa? pihak bank la kan. Diorang buat duit banyak dengan golongan2 muda yang tidak tahu tentang kewangan ni. Ye la kalau ramai orang tau pasal kewangan, sure diorang takkan buat hutang2 lapuk (bad debt) yang akan dikenakan interest yang tinggi. Kalau semua orang buat hutang yang baik2 dan berhati2 membuat hutang, macam mana bank nak buat duit. Lepas tu, kalau bank tak buat duit, macam mana kerajaan nak dapat untung dari sumber cukai yang dikenakan ke atas bank2 ni. Haha.logik tak? Dari kata lain, golongan2 muda yang tak celik kewangan ni macam binatang ternakan yang dibela oleh pihak bank la. Cukup masa kena sembelih.

Ok la aku tak boleh nak panjang2 citer sangat pasal topik ni. Nanti melalut2 pastu kuar ayat2 yang dikategorikan akta hasutan plak. Naya je karang kena ISA.

Adiosss..

Monday, June 29, 2009

Kekalahan demi kekalahan

Just now aku dapat berita yang mengecewakan dari ejen aku aka En Faris. Hari ni aku daftar untuk lelongan 2 unit low cost apartment dengan Pelangi Damansara. 2 unit tu beb! Dengan harapan , kalau kalah satu, boleh menang yang lagi satu. RP masing2 dalam 45k sahaja. Kira murah la jugak tu pasal aku berminat nak masuk.

Aku dah sound faris dah, max aku bole pergi just sampai rm52k sahaja. Lebih dari tu aku tanak. Macam dah tak untung je. Kalau bid sampai 60k, dah almost market value. Buat apa masuk lelong kalau macam tu kn? Lepas tu aku cakap lagi, kalau la katakan menang satu unit, yang lagi satu tu aku tanak menang dah. Dapat satu unit pun dah cukup dulu sebab takut over commited. Nanti loan tak lepas, lagi pening kepala.

Malangnya, baru aku dapat sms dari faris tadi kata aku kalah kat dua2 unit tu. Satu unit orang bid sampai rm55k and lagi satu plak sampai rm57k. Ada 3-4 orang bidder setiap unit. So nampak gaya tade rezeki lagi la utk aku tambah rumah lagi buat masa ni. Tu la aku dah kata, sekarang ni susah dah nak menang RP. Ramai yang dah celik dengan untungnye beli rumah lelong ni. Kalau dulu, RP 40k pun siap kena lelong balik sebab tade orang masuk bidding. Nasib2...

Sunday, June 28, 2009

Untungnye Beli Flora Damansara Blok D rm55K

Tadi baru je jumpa dengan faris. Nak passkan bank draft untuk lelongan isnin ni. Janji nak jumpa tengah hari tadi. Sekali En Faris ni bz gile, so terlajak la sampai malam baru bole jumpa. Seb baik hari ni memang tade buat apa2. Just tengah hari tadi g kelas kickboxing je pastu melepak kat rumah.Kaki pun bengkak ni tersepak siku orang. Sakit ooo...

Masa jumpa faris tadi, sempat la ikut diorang tengok rumah Blok D Flora Damansara yang dimenangi oleh client satu solution dengan harga RP 55k. Market value dalam rm90k - 100k. Mak ai jeles gile aku. Rumah tu siap ada kitchen kabinet. Tiles sume cantik. Tade cacat cela. Sewa plak dalam rm500. Untung2. Bukan senang nak dapat deal macam tu. Once in a blue moon orang puteh cakap.

Sekarang ni aku perasan susah nak buat duit dengan beli rumah lelong. Saingan semakin sengit. Malah ramai yang bid melebihi harga market value. Gile ke apa diorang ni. Baik beri subsale je, siap boleh nego dengan seller. Aku pun tak paham la tujuan diorang ni masuk bidding. Kaya sangat dah kot. Harap2 isnin nanti tade ramai bidder sebab auction tu bukan mega auction. Auction biasa2 je dan dibuat pada hari kerja. Tu pun tgk jugak rezeki. kalau dapat satu unit, bertambah lagi la koleksi rumah sewa aku. Target setahun nak sambar 2 unit. By 5 tahun dah ada 10 unit. Manyak syiokkk. Kalau orang lain hobi kumpul setem, aku nak kumpul rumah. hehehe...

Friday, June 26, 2009

Mari cerita tentang Integriti

Perkataan integriti biasanya dikaitkan dengan konsep moral seperti jujur, amanah dan sebagainya.

Akan tetapi untuk konsep kewangan yang telah aku cerita sebelum ini, definasi integriti (mengikut pemahaman buku 'Increase Your Financial IQ' ) , ianya bermaksud 'menyeluruh' atau 'lengkap'. Dalam erti kata lain, untuk berjaya dalam bidang kewangan, kita perlu ada integriti kewangan. Mari kita recall balik, apa 5 financial intelligence yang telah diperkatakan sebelum ni.

#1 : Make more money
#2 : Protect your money
#3 : Budget your money
#4 : Leverage your money
#5 : Increase your financial information

Untuk meningkatkan taraf kewangan kita, kita perlu ada kelima2 kepandaian tersebut. Tak boleh handal dalam satu kepandaian, tapi kepandaian yang lain diabaikan. Ia jadi tidak lengkap atau out of integriti. Bila tiada integriti, maka susah la kita nak meningkatkan taraf kewangan kita.

Mari kita ambil contoh, ada satu artikel surat khabar yang menceritakan tentang satu kawasan felda yang menerima durian runtuh apabila kerajaan mengambil tanah mereka dan diberi pampasan bernilai jutaan ringgit. Bayangkan orang felda yang hanya tahu tentang pertanian diberi duit sekelepuk berjuta2. Boleh pening dibuatnya. Dalam artikel tersebut, selepas beberapa tahun kemudian (rasanya 1 tahun kot aku tak ingat), hanya 5 % sahaja yang berjaya mengekalkan duit yang mereka perolehi manakala selebihnya menjadi miskin semula malah lebih teruk lagi, telah kehilangan tanah mereka. Apa yang telah berlaku sebenarnya?

Golongan felda berkenaan telah berjaya menguasai kepandaian # 1 iaitu make more money (walaupun mereka dapat secara durian runtuh, kira dah setel lah kepandaian # 1 tu). Akan tetapi tidak lama kemudian datang la orang2 dari luar yang datang untuk menjual barang2 seperti kereta mewah, pelaburan2 sampah dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengambil keputusan untuk menambah isteri (kesian si isteri tua..). Di akhir cerita, duit mereka habis dijolikan dengan membeli/membuat perkara2 yang tidak mendatangkan hasil. Di sini kita lihat mereka tidak ada kepandaian #2 dan #3 iaitu protecting your money dan budgetting your money. Hanya segelintir sahaja yang mengambil tindakan bijak seperti melabur dalam ASB, atau pun membuat simpanan untuk hari tua.

So, kita mesti memahirkan diri kita dengan kelima2 kepandaian tersebut jika kita ingin berjaya. Tidak perlu kita tumpu pada kelima2 kepandaian tersebut serentak. Cukup sekadar jika kita cuba meningkatkan kepandaian kita pada satu2 bahagian dahulu. Kalau sekarang pendapatan kita hanya cukup2 makan, kita perlu fikirkan cara untuk menambahkan pendapatan kita. Lepas kita berjaya meningkatkan pendapatan, baru la kita cuba melindungi lebihan pendapatan tersebut dan gunakan ia untuk pelaburan2 yang mendatangkan hasil. Sikit demi sikit, lama2 kita akan berjaya mencapai matlamat kewangan kita juga. Janji kita kena konsisten...

Makluman : Pengasingan Blog Personal

Makluman! Makluman!

Setelah berfikir2 panjang dan pendek, aku mengambil keputusan untuk mengasingkan blog personal aku dan jugak blog pasal kewangan(blog yang ni la). Tujuannya adalah untuk memberi fokus pada topik2 yang aku rasa nak kongsikan bersama. Kalau aku tak asingkan, aku pun sendiri taktau macam mana nak susun post2 aku. Jadi celaru. Kejap citer pasal finance, pastu tiba2 keluar gambar anak aku plak. Korang yang baca nanti pun boleh pening. ( sebab aku pun pening jugak hehe).

So lepas ni blog ini akan bertumpu sekitar topik2 kewangan sahaja seperti kewangan peribadi dan hartanah. Kalau aku dah tere skit nanti, maybe aku akan share bidang2 kewangan lain seperti pasaran saham etc.

Untuk blog personal, aku akan gunakan alamat md-eezone.blogspot.com. By the way, pada sesiapa yang sudi menjenguk blog aku ni, terima kasih banyak la. Terharu juga kalau ada yang sudi baca.

Arigato Gozaimasu....

Sapa nak masuk auction rumah, baca nie...

Artikel nie aku dapat dari blog en faris yang merupakan seorang ejen lelongan berpengalaman. Pada aku, artikel ni sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin memulakan langkah menjadi pelabur hartanah. En Faris bukan hanya sekadar menjadi ejen malah turut merupakan pelabur hartanah yang berjaya. Korang boleh refer blog beliau di link sebelah. Kalau malas nak cari, klik je link kat bawah nie

faridzaswadi.blogspot.com

Now for the artikel...

Risiko2 Pembelian Rumah Lelong.

Hari ini aku ke lelongan MBSB untuk membida unit TBR. Surprisingly, unit RP 110k pun masih mempunyai pembida. Client aku tewas. Last price bid at 120k. Ada 2 pembida sahaja. Last price aku angkat pada 116k sahaja. Sekali bidaan bernilai 2k. The other bidder angkat pada 118k, dan dia angkat lagi sekali untuk 120k.. dan aku pun tak faham kenapa auctioneer kira 2 kali.. dan tiada bantahan pula dari pihak pembida.. dia tengah excited menang TBR at 120k kot.. layankan sahaja..

Beberapa bulan kebelakangan ini, terlalu banyak rumah2 yang di lelong… peningkatan untuk memiliki rumah2 lelong juga meningkat dengan mendadak. Awareness dari blog/forum hartanah dan mungkin juga dari akhbar harian berjaya menarik perhatian pembeli. Sama ada pelabur yang mengikuti perkembangan melalui internet dari blog, forum atau listing2 lelong.. atau dari pembeli yang membaca akhbar harian, yang hampir setiap hari memaparkan iklan rumah lelong bermuka2 surat.. Pembaca blog Pie dah memang tinggi dari dulu.. dan sekarang terdapat peningkatan mendadak untuk blog aku pula.. Alhamdulillah..

Tetapi.. trend pembelian2 terkini tidak menunjukkan mereka membeli pada harga yang sepatutnya. All the hassle yang dilalui untuk mendapatkan rumah lelong, akhirnya dapat pada harga market price, atau dalam banyak kes2 terbaru.. pembelian melebihi market price dan pembeli terpaksa top up amount untuk meneruskan pembelian atau berhadapan risiko tidak dapat meneruskan pembelian dan akhirnya wang deposit hangus.. rumah terlelong semula. Sampai bila nak belajar? Adakah pelabur2 telah membuat kiraan teliti tentang kos2 yang bakal terlibat?

Aku highlightkan semula apa kos2 yang terlibat dan risiko2 yang bakal berlaku dalam pembelian rumah lelong. Belajar dari kesilapan orang lain.. jangan ulangi. Kalau nak ulangi juga.. bersedialah untuk mengorban dan menghanguskan deposit masing2.

1)Deposit 10%. Walaupun sesetengah bank hanya memerlukan 5% deposit, tapi untuk kelayakan pinjaman, margin yang bank boleh berikan untuk hartanah lelong hanyalah 90%. Pada akhirnya pembeli tetap kena bayar balance 5% tersebut. Kes2 tertentu, boleh dapat margin 95%.. jarang berlaku.

2) Lawyer fee. Anggaran kasar 5% dari harga rumah. Lawyer fee melibatkan 2 bahagian. Jika kita buat pinjaman dengan bank, Loan Agreement antara pihak pembeli dan pihak bank perlu disediakan. Anggaran part ini ialah 2.5% dari harga rumah. Sekiranya bank menawarkan Zero Entry Cost, part ini akan di tanggung oleh pihak bank. Part ini juga boleh diserapkan ke dalam loan, melalui portion MRTA yang tidak digunakan secara keseluruhan. Portion MRTA ialah 5% dari jumlah loan amount. 2nd part ialah urusan pindah milik nama, dalam anggaran 2.5% juga dari harga rumah. Part ini tidak di tanggung oleh pihak bank. Kena sediakan duit secukupnya. Aku dan lawyer aku tak tahu kalau ada 3rd part/agreement untuk pembelian rumah lelong. Kalau ada tolong highlight pada aku dan lawyer2 aku. Hahahah.. Ada orang terasa?? Pembelian rumah lelong tidak memerlukan SnP. Kontrak Lelongan ialah kontrak yang sah untuk tujuan loan. Untuk mengesahkan pemilikan rumah, kontrak lelongan tidak sah. Perlukan Surat ikatan hakmilik (sekiranya berstatus master title) atau geran (sekiranya title telah dikeluarkan).

3)Kos baik pulih rumah. Pembelian rumah lelong adakalanya calculated risk, adakalanya uncalculated. Kalau kita boleh masuk rumah tersebut, kita boleh anggarkan apa yang perlu dibaiki. Sekiranya tidak, kita hanya boleh buat anggaran kasar.. Aku bernasib baik, dalam kebanyakan kes rumah2 aku, kos yang dikeluarkan amat minimum. Dalam lingkungan 2k sahaja. Ada rakan2 kita yang kena belanjakan lebih kurang 5k untuk wiring, grill, tiles, leaking, cat dan lain2 kos berkaitan..

4)Miscellaneous cost. Tukar nama untuk bill TNB, Syabas, kos pemasangan/penyambungan meter air, kos wiring inspection untuk rumah yang dah lama kena tinggal dan meter elektrik telah tiada.. kos menghalau/mengeluarkan penyewa/penghuni/pemilik lama, kos membayar monthly payment tapi rumah belum dapat hasil sewa atau penghuni masih belum mahu keluar.. penalty interest yang dikenakan oleh pihak bank untuk extension sekiranya tempoh completion tidak dapat dipenuhi. Ada bank yang boleh accept monthly extension, ada bank yang tetapkan 3 bulan terus, ada juga yang tetapkan untuk 6 bulan terus.. dan extension penalty interest juga melibatkan ribu-riban.. bergantung pada nilai hartanah. Kes yang aku selalu kena, 2-3k, sebab hartanah aku bernilai sekitar 80k sahaja. Kos maintenance charges yang tidak ditanggung oleh pihak bank.. dan juga kos maintenance charges yang perlu kita keluarkan dahulu sebelum bank reimburse balik kemudian (mungkin ambil masa setahun.. atau 6 bulan..)

Jadi.. kalau semua kos telah diambil kira.. dan fund mencukupi.. kita boleh teruskan niat membeli. Tapi.. ada lagi risiko2 yang bakal menanti..

1) Walaupun loan dah approved, kalau lawyer tak buat kerja dengan baik, rumah boleh terlelong semula. Bersedia untuk rumah di lelong semula sekiranya perkara2 yang tidak di sangka berlaku. Aku pernah berhadapan dengan situasi ini, dan aku kerugian 7.3k deposit aku. Dan aku masuk bidding semula unit tersebut.. dan aku menang semula pada harga 80k. Kena bayar 8k.. Walau aku salahkan lawyer sekalipun.. apa yang lawyer tu boleh buat akhirnya? Takde pape.. Jadi, kalau kena pada anda.. bersedia untuk hilang wang deposit.

2) Apa jadi kalau loan tak approved? Jawapannya.. rumah akan terlelong semula.. atau bersedia untuk membayar tunai untuk rumah tersebut. Sila buat kira2 secukupnya sebelum membeli. Setiap komitmen yang ada dengan bank.. perlu di kira. Kebiasaannya, kita hanya ambil kira loan rumah, kereta, kad kredit, personal loan.. ambil kira juga asb loan, od facility, penjamin (untuk loan kereta mungkin..). Kalau perlu, buat semakan di bank negara untuk record ccris terkini. Jangan buat kira2 sendiri tanpa ambil kira method yang bank gunakan untuk pengiraan komitmen kita. Lain bank, lain cara kira dan lain jumlah komitmen yang ditetapkan. Loan application terbaru juga perlu diambil kira dan dimasukkan sekali untuk pengiraan komitmen. Kalau main hentam.. bila loan tak lepas.. salahkan diri sendiri. Apa yang aku sampaikan dalam blog aku, aku expect pembaca akan buat kaji selidik untuk digunakan dan disesuaikan dengan keadaan kewangan masing2. Kalau belum mampu sekarang.. disebabkan komitmen yang tinggi, uruskan kewangan dahulu untuk buang komitmen2 yang besar supaya di lain masa, kita boleh buat loan semula.

3) Kadang2 sesuatu benda berada di luar kawalan. Aku ada dengar kes2 terbaru bilamana sejak online stamping digunakan oleh pihak LHDN, berlaku kelewatan dalam urusan, sedangkan kes rumah2 lelong memerlukan masa yang singkat untuk diselesaikan. Ada kes2 terbaru, bank tak bagi extension bila loan tak lepas. Walaupun kes aku boleh lepas, tapi bila kena pada orang lain, tak lepas pula.. Aku treat kes orang lain, sama macam kes aku. Takde beza. Kalau boleh semua aku nak buat cepat.. kalau boleh semua aku nak kasi settle.. Sila risau sekarang..

Hahahahah..Aku memang nak buat pembaca aku risau, sebab aku tengok semua orang macam rileks je beli rumah banyak2… Aku boleh advice apa yang aku tahu.. dan apa yang telah aku lalui melalui pengalaman.. tapi.. setiap hari.. akan terdapat kes2 terbaru yang aku belum lalui. Aku tak rasa pengalaman aku cukup hebat dan aku tahu semua.. jadi.. pelabur dan pembeli perlu ambil tahu juga apa2 proses yang berkaitan, supaya proses pembelian hartanah berjalan lancar.. Apapun.. dalam kebanyakan hal.. kita perlu bersedia untuk menerima kehadiran risiko2 ini.. dan bersedia untuk kehilangan deposit kita. Satu deposit hilang.. takkan nak give up kot?? Aku tak give up pun..


(dipetik dari faridzaswadi.blogspot.com)

Masuk Auction Lagi

Minggu depan aku nak masuk auction lagi. Ada 2 unit aku nak register. Area pelangi damansara. Korang familiar tak area tu? rumah low cost je. Tapi agak padat. Public transport pon ok. Cuma keadaan sekeliling tu kureng la skit. Aku sendiri pon tanak duduk situ. Sakit kepala je. Kebersihan pun tak berapa bagus.

Kalau ada rezeki, aku target satu je. Yang lagi satu tu aku buat backup. Sekurang2nya aku nak menang satu. Tanak balik tangan kosong. Kecewa je karang. Target price pun aku tade la letak tinggi sangat. Aku masih boleh dikatakan konservatif jugak. Tak selesa dengan risiko yang tinggi sangat. Kalau dengan target price yang aku letak tu, kira aku masih ada buffer in case something bad happen.

Sekarang aku tengah pening jugak kalau menang unit tu. Next week aku nak g obersea. Mau jalan2. Kalau menang, dah bz dah untuk setelkan loan etc. Nampak gaya terpaksa la rugi beberapa hari. Kalau masuk lelong ni leceh dari segi time la. Jangka masa nak setelkan semua urusan sampai tukar nama tu hanya dalam 90 hari atau 120 hari je. Tu pun termasuk dengan sabtu ahad. Memang tade ruang la nak leka2. Lain la kalau beli subsale, boleh runding dengan tuan punya rumah. Kalau ada masalah, bole mintak masa dengan dengan tuan rumah. Kalau lelong, bank boleh kasi extension tapi kena penalty la. Tu yang kita tanak tu.

Hari ni nak jumpa ejen favourite ramai aka en faris. Mau kasi semua dokumen (bank draft ngan ic). aku tak gi pon lelong tu sebab ada keje lain. Bila la aku boleh bz dengan keje sendiri ni, asyik bz dengan keje orang je...

Thursday, June 25, 2009

Sambungan Chap 5: Improving Your Financial Information

Salam

Ok sambung balik tajuk di atas.

Kita semua nak hidup senang kan? Sapa yang kat sini suka hidup susah? Rasanya sapa yang angkat tangan tu mungkin dah terlalu kaya sampai busan dengan hidup, atau pun something wrong somewhere kat dalam brain atau pun hanya menjadikan alasan untuk tidak mahu berusaha. Tu terpulang la pada masing2. Macam aku, hidup ni hanya sekali. So aku nak fully live my live. Tanak live below my means sahaja.

Kalau tanak jadi kaya raya pun takpe. Ada juga orang tanak jadi kaya sebab nanti die kata hidup tak tenang. Asyik orang target nak rompak, waris2 bergaduh bila dah mati etc etc. Kalau hidup susah, hati tenang ke? aku pun tanak jawab la terpulang pada masing2 jugak. Pada aku kalau tanak kaya pun, sekurang2 nya mesti capai kebebasan kewangan. Maknanya kita hidup ni kalau tak keje apa2 pun still ada pendapatan. Atau dalam bahasa lain, passive income (pendapatan yang diperolehi walaupun tidak bekerja) sebulan lebih dari belanja bulanan.

Dalam dunia ni ada banyak jenis ilmu dan maklumat. Tugas kita adalah untuk mencari ilmu yang bermanfaat pada kita. Bukan yang mudarat. Juga perlu melihat objektif dan matlamat kita. Untuk topik ni aku tumpu pada ilmu/maklumat untuk meningkatkan taraf kewangan kita. Untuk meningkatkan ilmu kewangan, kita perlu ada asas. Kita kena belajar bahasa2 kewangan. Sama la juga dengan ilmu2 lain pun. Sebagai contoh, sebelum kita boleh memandu kereta, kita kena tahu apa itu stereng, signal kiri kanan, pedal minyak, brake etc. Kalau tak tahu benda2 tu, macam mana kita nak memandu kereta kan? Sama la juga dengan ilmu kewangan ni. Satu perkara asas yang kita kena tahu/belajar ialah untuk tahu membaca penyata kewangan. Tak kisah la penyata kewangan peribadi ke, syarikat yang ingin dilabur ke, atau pun hartanah yang ingin dibeli. Semua tu pasti mempunyai penyata kewangan.

Ramai juga di luar sana yang berminat untuk meningkatkan taraf kewangan masing2. So ramai la yang berpusu2 masuk dalam stock market, beli rumah sewa, beli unit trust. Tapi tak ramai yang berjaya. Lagi ramai yang gagal ada la. Kenapa ramai yang gagal? refer pada post aku yang sebelum ini, maklumat yang kita terima tu penting. Dan untuk memproses maklumat yang kita terima tersebut, memerlukan kita sekurang2nya ada asas kewangan. So kalau yang gagal tu, kebanyakannya membuat pelaburan dengan hanya menilai pendapat dan bukan fakta. Lepas tu kalau nak buat pelaburan tapi terma return on investment (ROI) , Cash on Cash Return (COCR), Price per Earning (p/e) etc pun tak tahu apa benda, macam mana nak melabur? memang konpem la kena sembelih dengan market.

Secara rumusan, untuk membuat sesuatu pelaburan, kita perlu membuat kajian terlebih dahulu. Dan untuk membuat kajian pula, kita perlu ada asas ilmu yang cukup. Baru la kita boleh membuat keputusan yang bijak dan secara tidak langsung, mengurangkan risiko2 yang ada.

another wisdom words to share :

" there is no such thing as risky investment, there are only risky investors. Investor who do not know what they are doing. "

sekian...

Wednesday, June 24, 2009

Seminar Alcatel Lucent/Exinda

Pagi ni aku dijemput untuk menghadiri satu seminar ICT. Kira macam product briefing jugak la. Venue die kat hotel Ritz Carlton kat Jalan Imbi. Bangunan bersambung dengan Star Hill. Tempat shopping orang kaya2.Aku memang first time sampai hotel ni. Perghh kagum beb. Memang tersangat la nampaknye tempat orang kaya2 berkumpul. Lantai pon marble ni. Untung betul aku.

Seminar tu tade la apa sangat. Tapi aku cuba la dengar jugak tanak la nampak sangat datang utk makan je. Makan die jangan citer la. Nama pon hotel mahal. Makanan pon superb la. Sedap ooo. Kalau nak bayar sendiri memang mimpi la. Baik duit tu aku beli makanan lain. Dapat lagi banyak ahaha.

Yang bestnyer seminar ni, lepas habis talk sumer, organizer buat cabutan bertuah. Korang nak tau apa hadiah die? Iphone 3G 16GB. Ada dua unit. Malangnya aku tak dapat la. Kalau aku dapat iphone tu sure aku dah melompat sakan. Ada la dua mamat lain dari company apa ntah yang menang iphone tu. Jeles betul aku. Sampai sekarang tak hilang lagi jeles tu. Aku bukannyer tak mampu nak beli iphone tapi perasaan die tak sama kalau dapat menang. Dapat free lagi sonot hehe.

Back to the seminar's topics. Ada dua product yang diorang citer. Satu Bandwidth Manager (Exinda) dan satu lagi firewall BRICK (Alcatel Lucent). Product Exinda ni memang company aku dah lama pakai. So nothing to shout about. Product memang bagus pun. Firewall brick ni plak masih dalam proses percubaan. Sekarang tengah buat Proof of Concept(POC) kat putrajaya. Dari segi architecture nampak macam agak secure sebab diorang claim guna military punya architecure. Tak kisah la janji testing kat putrajaya ni sukses. Aku dah cukup pening dok handle project tu. Tak habis2 lagi.

Oh ya! Next week aku nak lari dari dunia keje. Mau cabut ke obersea. woohoo...kalau sapa2 call aku tak dapat tu paham2 la ye :P

Tuesday, June 23, 2009

Chap 5: Improve your Financial Information

Bab 5 ni pun panjang jugak kalau nak dihuraikan. Tape kita ambil skit2 dulu. Kalau sumbat semua pon boleh pening dibuatnya.

Bermula pada tahun 1980an, pada ketika lahirnya teknologi komputer, kita secara rasmi telah berpindah dari zaman perindustrian ke zaman informasi. Kalau pada zaman perindustrian, orang yang kaya adalah pemilik2 tanah, lombong, kilang2 etc. Pada zaman informasi pula, tak perlu nak jadi tokey lombong dan kilang untuk jadi kaya. Orang2 yang ada informasi merupakan orang2 yang kaya raya pada zaman ni. Contoh yang mudah adalah seperti bill gates (microsoft), tokey google, tokey facebook, tokey yahoo (nama2 diorang aku tak kenal, korang cari sendiri la kat internet). Apa yang diorang ada sampai boleh jadi kaya macam tu? diorang ada informasi. Dengan hanya bermodalkan idea dan informasi yang betul, langit adalah had pada kekayaan yang boleh diperolehi. Ini bermakna, semua orang boleh berjaya dengan syarat kita memiliki informasi yang betul.

Tapi dengan adanya zaman informasi ini, kita juga dibelenggu oleh satu masalah yang baru iaitu terlalu banyak informasi. Kita menghadapi cabaran untuk menentukan sama ada informasi yang kita terima itu bagus atau tidak. Di sini lah ramai antara kita yang kecundang.

Untuk pergi lebih jauh dalam topik ini, kita perlu tahu membezakan antara dua perkara iaitu fakta atau pendapat. Dari segi definasi, kita mudah membezakan dua perkara tersebut. tapi bila tiba part nak menilai informasi yang kita terima, ramai yang gagal.

Jika seseorang mengatakan pada kita " weh sahabat, aku dapat info cakap yang stock syarikat xx ni akan naik next week. Sebab diorang cakap syarikat tu nak keluarkan produk baru yang pasti meletup. Baik ko beli stock syarikat tu sekarang. Kalau tak melepas!". Statement tersebut biasa kita dengar kan? kalau kita ingat ada satu ketika dahulu, ramai yang gile main stock. Majority beli dan jual mengikut maklumat2 seperti ini. Dan di akhir cerita, ramai jugak yang frust menonggeng(rugi besar2an bila market crash) sebab mereka membeli berdasarkan 'pendapat' dan bukan fakta. Instead mereka mengkaji lapuran kewangan syarikat tersebut, mereka membeli mengikut khabar angin.

Akan tetapi jika ada pula yang berkata " aku rasa rumah ni bagus untuk investment. ROI die dalam 8% setahun. Cash on Cash return pula 30% setahun. Ini bermakna dalam 3 tahun je kita dah balik modal. Tahun2 kemudiannya kita dah ambil untung. " Maklumat ini pula kita boleh katakan sebagai fakta sebab ada perkiraan yang kukuh telah dibuat berdasarkan maklumat2 yang telah sedia berlaku.

Orang yang bijak adalah orang yang tahu membezakan maklumat di antara fakta atau pendapat dan membuat keputusan setelah mengambilkira faktor2 tersebut. Bukan mengikut sebarangan sahaja terhadap semua maklumat yang diterima.

Aku teringat satu petikan kata2 hikmah yang applicable untuk mana2 jenis pelaburan pun.

" the bulls and bears makes money, the pigs get slaughtered"

Renung2kan...

to be continued...

Monday, June 22, 2009

Kekalahan di Mega Auction

Sabtu lepas aku ada join bidding untuk 2 unit rumah di Mega Auction hotel Renaissance, KL. Satu unit kat bandar tasik permaisuri dan satu lagi kat area kepong. Aku tak pergi pun auction tu sebab ada aktiviti gotong royong kat rumah tok su aku kat klang. So terpaksa aku wakilkan en faris untuk bidding tu. Janji jumpa kat restoran pelita untuk paskan bank draft dan ic.

Sekali dapat call dari faris kata unit bandar tasik permaisuri tu kena call off. Alangkah kecewanya sebab mmg target nak menang yang tu. Unit kat kepong tu kira macam backup je. So terpaksa la tumpu kat unit kepong tu. Unit kepong tu mmg RP murah. Baru rm36200 je untuk unit low cost. Ok la tu sbb sewa pon boleh dapat dalam rm450. Kira sendiri la ROI die. busuk2 bole dapat +ve cashflow dalam rm150 sebulan. Sapa nak kasi kan.

Anyway on the bidding session, aku kalah jugak untuk unit kepong tu. Max aku dalam rm42 k je. Last price rm46K. Aku mmg malas nak letak tinggi sebab low cost je. kalau tinggi sangat dah tak untung dah. Tapi rm46 k tu masih untung lagi tu. Tape la bukan rezeki aku. Orang lain punya risk tolerence lagi tinggi so die la yg menang.

Lepas mendapat berita kekalahan tersebut dari faris, kecewa jugak la rasa hati sbb langsung tade hasil dari mega auction tu. But aku pk positive sbb banyak lagi peluang auction yang ada di masa akan datang. The next day aku usha2 pon dah ada unit yang aku target. So faris, tunggu je la bank draft dari aku lagi. hehe...

Sunday, June 21, 2009

Chap 4 : Leverage your money

Actually topik ni agak besar untuk dipadatkan dalam satu posting. Menjadi satu cabaran jugak la nak cuba untuk tulis isi penting sahaja. Kalau salah tulis, memang susah nak paham.

Kita mula dengan definasi dahulu. Aku pun tak pasti transalation untuk perkataan leverage ni. Tapi secara kasarnya, ia bermaksud mendapatkan lebih dengan sumber yang kurang. So lepas kita dah go through Financial IQ #1 hingga #3, kita sudah pasti ada lebihan duit yang boleh digunakan untuk pelaburan. Dan untuk melabur, kena ada caranya. Kalau hanya mengumpul duit skit2 pastu simpan dalam ASB dan mengharapkan dividen sahaja, pasti berjanggut la nak tunggu. Memang dalam perkiraan nampak seronok, simpan 1k sebulan dalam ASB tanpa diusik, dalam 20 tahun akan datang kita akan dapat ratus2 ribu dalam simpanan. Tapi sanggup ke kita nak tunggu sampai 2o tahun baru kita boleh menikmati duit kita tu? Tak tau la u all, tapi aku tak sanggup. Aku nak enjoy duit aku sementara aku masih muda dan sihat. Kalau kaya tapi badan sakit2 pun tak guna juga.

Ok back to the story. Untuk melabur, kita perlu bijak menggunakan konsep leverage. Kalau untuk stock dan seangkatan dengannya (Forex, CPO, futures etc), aku tak berapa pandai nak citer tentang leverage. Aku boleh bagi contoh mudah iaitu dengan pelaburan hartanah. Di Malaysia, untuk membeli sesuatu hartanah, kebiasaanya kita hanya perlu menyediakan 10% sahaja dari nilai hartanah tersebut. Bakinya 90% kita akan membuat pinjaman bank. Jika kena caranya, kita mampu untuk memiliki hartanah tersebut dengan hanya menggunakan 10% duit kita sahaja tadi berbanding jika kita perlu membayar sehingga 100% harga hartanah tersebut. Untuk memudahkan pemahaman, aku bagi contoh:

Let say kita beli satu unit apartment :

harga rumah : rm85000
Deposit : rm 8500
legal fees, repair etc etc : rm5000
total duit kita : rm135000

jumlah pinjaman : rm 72500
kadar faedah : BLR -2.05 (BLR sekarang dalam 5.55% so effective rate ialah 3.55%)
Jangkamasa loan : 30 tahun
Bayaran bulanan : +- rm 430

Sewa : rm700
maintanence etc : rm100

So +cashflow = rm700 -rm100- rm430
= rm170

Ini bermakna, kita akan menerima duit extra sebanyak rm170 setiap bulan dari rumah ni. Memang nampak sedikit tapi actually kita dah tak perlu keluar duit satu sen pon lagi selepas kita belanja rm13500 pada mula2 membeli rumah ni. At the end of the loan tenure, kita akan mendapat rumah bernilai rm85k dengan hanya membayar sebanyak rm13500 sahaja. Contoh ini agak simple untuk memudahkan pemahaman . Kalau kes sebenar, rumah tersebut akan naik nilainya selepas 30 tahun.

Ini merupakan satu contoh leverage yang mudah. Ada banyak lagi contoh2 leverage yang boleh kita gunakan diluar sana. Tapi leverage yang paling hebat ialah otak kita sendiri. Thats y penting kita sentiasa belajar dan improve ilmu kita. Lagi tinggi ilmu kewangan kita, lagi tinggi return pelaburan kita.

Saturday, June 20, 2009

New Pics of Ema

Baru2 ni sepupu wifey telah mengambil gambar ema untuk dibuat portfolio. Untung ada sedara yang minat photography ni. Ema jadi model free. Boleh dapat gambar yang lawa2. Nak harap kan ayah die ni amik gambar, memang jadi hampeh la jawabnya. huhu..




credit to : http://didi.peekepiccas.com/

Chap 3 : Budget

Selepas kita telah memahami konsep financial IQ #1 (make more money) dan # 2 (Protect your money),sekarang kita kena tahu pula macam mana nak buat budget dengan kewangan kita. Budget nie penting kerana tanpa budget yang sempurna, aliran kewangan kita akan jadi tunggang langgang.

So apa tu budget? kalau dari pemahaman aku yang tak seberapa ni, budget ialah menguruskan sumber yang terhad dengan cara yang paling berkesan. Kebiasaannya , tanpa budget, kita tak tahu atau tidak dapat mengesan bagaimana cara kita berbelanja. Kita hanya berbelanja mengikut tuntutan semasa.

Biasa pada hari gaji, kita sudah mencongak2 untuk menyelesaikan segala bayaran bulanan hutang2 yang ada seperti installment rumah, kereta, perabot2 yang dibeli secara ansuran etc etc. Bil2 pon banyak yang nak kena bayar. Kemudian baki dari gaji tersebut barulah digunakan untuk belanja harian seperti makanan, pakaian, hiburan dan lain2. Bila ada lebihan baru lah kita simpan untuk diri sendiri. Actually cara ini bukan satu teknik yang betul. Kita sentiasa cuba untuk membayar orang lain dahulu dan tidak membayar pada diri kita sendiri (dlm bentuk simpanan). Sepatutnya kita kena menganggap bayaran kepada diri kita sebagai satu jenis perbelanjaan juga.Selepas kita membayar diri kita sendiri (digalakkan menyimpan 20 -30 peratus dari gaji) barulah bakinya kita guna untuk membayar orang lain. Disini lah peranan budget. Kita perlu kenalpasti mana belanja yang penting dan mana yang boleh dikurangkan atau dielakkan.

Selagi kita kekal membayar pada diri kita dahulu sebelum membayar orang lain, kita telah berada dalam landasan yang betul. Setelah beberapa lama, duit simpanan kita itu pasti akan cukup untuk digunakan dalam kecemasan dan juga untuk digunakan dalam pelaburan akan datang.

Selepas ini kita akan ke financial IQ # 4 iaitu leveraging your money. Teknik untuk mendapat lebih dengan menggunakan sumber sendiri secara minima.

Friday, June 19, 2009

Mega Auction 20 june

Esok aku akan masuk utk bidding kat Mega Auction. Auction akan dibuat di hotel Renaissane kat Jalan Ampang. Start Kol 11am.

Ada 2 rumah aku nak try masuk. Satu kat Bandar Seri Permaisuri dengan satu lagi kat area Kepong. Iallah kalau ada rezeki, dapat menang dua2 rumah. Perghh pecah rekod beb. Dalam setahun beli 3 bijik rumah. Wohhooo...tak dapat ku bayangkan..Syok betul berangan muehehe...

Tuesday, June 16, 2009

2nd Chap : Protecting Your Money



Sambungan dari post sebelum ini..

Financial Intelligence #2 ini dinilai dari peratusan pendapatan kita yang berjaya kita simpan untuk diri kita sendiri. Susah jugak nak terangkan sebenarnya so cara yang paling mudah aku bagi contoh la.

Case 1 : Seorang individu earn 100k per year dan bayar 30% dalam bentuk cukai kepada kerajaan

case 2 : seorang individu earn 100k per year jugak tapi hanya banyar 10% dalam bentuk cukai kepada kerajaan.

Dalam ke dua2 kes tersebut, individu case 2 memiliki financial intelligence yang lebih tinggi dari individu case 1 sebab die boleh melindungi income die dari dikenakan cukai yang tinggi.

Ini bukan bermakna aku tidak menyokong kita membayar cukai. Cukai tu penting untuk menggerakkan segala perkara dalam negara kita. Tapi ini tidak bermakna kita perlu membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Dan untuk mencapai objektif tersebut, kita perlu tahu jenis income yang kita perolehi. Untuk membincangkan pasal jenis2 income, aku akan cuba cover di post yang lain.

So siapa sebenarnya yang cuba untuk mengambil duit kita? mereka2 ini bukanlah pencuri atau perompak atau orang jahat. Malah ada diantara mereka merupakan golongan2 yang dekat dan kita sayang. Akan tetapi kalau kita tidak bijak mengawal, mereka2 ini lah yang boleh membuat kita kehilangan income.

Aku kategori kan diorang ni seperti di bawah :

1) Kerajaan

Kerajaan mengambil duit kita dengan cara cukai. Ada macam2 cukai sekarang yang aku sendiri pon takleh nak senaraikan. Terlalu banyak. Tapi yang paling senang ialah cukai individu yang tiap2 tahun kita buat e filing tu. Orang yang pandai mampu untuk memilih cukai apa yang perlu dibayar dan berapa jumlah yang perlu dikeluarkan. Orang yang tidak pandai pula tidak mampu berbuat apa2 tentang cukai yang dikenakan.

2) Bank

Kalau kita teliti, bank sebenarnya mengenakan banyak fee dan caj2 terlindung ke atas pengguna mereka. Dan mereka melakukannya dengan cara yang sah. Kalau betul2 dikira, jumlah yang mereka ambil sebenarnya sangat banyak dan agak melampau. Malah mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengambil duit dari kita kerana kita sendiri yang menyerahkan duit kita pada mereka.


aku ada jumpa contoh2 bank charges dan fee dari blog seorang rakan.



(dipetik dari http://knamgis.blogspot.com/2009/05/fee-charges-housing-loan.html)

3) Perniagaan

Perniagaan mengambil duit kita dengan cara memperdayakan kita untuk membeli barang2 yang tidak perlu. Dengan begitu banyak pengiklanan sekarang, kita akan terikut2 untuk berbelanja dengan banyak dan ini memang tujuan mana2 perniagaan pun iaitu untuk membuatkan kita berbelanja. Orang yang tinggi financial intelligent akan berjaya untuk mengawal diri dan berdisiplin dalam berbelanja

4) Orang2 yang kita sayang

Ini termasuk la keluarga kita, isteri dan anak2, rakan2 etc. Memang tidak dinafikan bila tiba pada golongan2 ini, kita tidak akan berkira untuk berbelanja dengan niat untuk menggembirakan mereka. Tidak ada salahnya kalau kita berbelanja untuk mereka selagi tidak termasuk dalam kategori membazir.

5) Tindakan undang2

Kes ini biasanya melibatkan orang2 yang kaya. Bila seseorang individu tu kaya, ramai yang akan cuba untuk mengambil duit individu tersebut dengan cara tindakan saman. Untuk melindungi diri, orang yang bijak tidak akan meletakan asset2 nya menggunakan nama dia sendiri sebaliknya asset2 tersebut dilindungi oleh syarikat2 sdn bhd yang memiliki liabiliti terhad. Aku sendiri pun tak berapa clear tentang cara ni.Nanti kalau aku dah paham cemana, aku explain lagi.

So tiada gunanya kalau kita pandai buat duit tapi tak pandai melindungi duit kita tu. Macam mencurah air atas daun keladi. At the end of the day, kita tade apa2 pun.

Financial Intelligent # 3 ialah budget. Aku akan cerita di post yang baru...

Friday, June 12, 2009

Making more money

Ni rule pertama dalam senarai 5 perkara financial IQ yang aku tulis sebelum ni. Rasanya semua orang bole fikir benda ni. Paling asas. Nak kaya mesti pandai cari duit. Ada sesetengah orang berniaga dan bila berjaya, duit die banyak.Ada juga yang study tinggi2 pastu cari keje yang bayarannya lumayan. Actually terpulang pada masing2 ikut kesesuaian dan keselesaan. Yang penting kita kena earn more money. Make sure dengan cara yang halal la. bukan pergi merompak menipu dan seangkatan dengan nya. nanti rezeki tu tak berkat.

Macam aku yang keje makan gaji nie, tak banyak ruang untuk aku cari pendapatan lebih. Satu cara yang jelas ialah dengan keje keras, tunjuk kat bos yang kita ni rajin dengan harapan dapat naik pangkat seterusnya gaji pon naik la kan. Selain tu aku bole juga pursue education (amik master etc) supaya aku boleh demand gaji lebih. Tapi ikut jiwa aku mmg tanak naik pangkat dan belajar untuk naik gaji. So cara lain yang aku bole buat ialah sama ada cari part time bisnes, buat sales ( tak kisah la sales apa2 pun. unit trust pon boleh, insurance pon bole, janji dapat income extra), atau pon wat part time job.

Lebih2 lagi kalau kita hidup kat kl ni. Setakat pendapatan rm2k sebulan boleh la hidup kalau bujang. kalau dah kawin, mmg sesak jugak la hujung2 bulan tu. Nak tanak kita kena sentiasa aktif untuk dapatkan income lebih. Otak kena rajin digunakan. Jangan setakat berpuas hati dengan apa yang ada nanti kita jadi malas untuk memajukan diri.

Ok, katakan la kita dah mmg pandai cari duit. Tiap2 bulan kita earn berkepuk2. Tapi adakah itu bermakna kita memiliki financial IQ yang tinggi? Bergantung kepada keadaan. Kenapa aku cakap macam tu sebab pandai buat duit sahaja tak cukup kalau kita tak pandai jaga duit kita. Haa kat sini la datang financial IQ#2 iaitu protecting your money. Yang ni aku akan citer kat post baru..

Tuesday, June 9, 2009

Berita sedih...

Semalam aku telah kehilangan seorang nenek (belah ayah aku). Nenek aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital sungai buloh. Pada masa tu semua ahli keluarga terdekat (anak2 dan cucu2) ada disamping nenek bergilir membaca yasin etc. Suasana memang sangat sedey. Aku sendiri pun sebak sangat tengok nenek aku terlantar di atas katil menunggu ajal.

Doktor kata keadaan nenek dah terlalu uzur. Ada beberapa organ dalaman yang dah hampir rosak dan tak berfungsi. Doktor dah takleh buat apa2 dah untuk selamatkan nenek. Doktor just mintak ahli keluarga buat persiapan yang sepatutnya. Memang seday sangat la. Aku perasan yang paling effected ialah Ayah dan pakcik2 aku. Bayangkan la, masing2 menunggu dengan penuh kusyu melihat pada monitor yang tunjuk status heartbeat dan blood preasure nenek. Perlahan2 angka2 tu drop. Memang sayu sangat la.

Paling tak tahan masa heartbeat nenek tunjuk figure 0. masa tu kitorang dah tau nenek dah takde. Masa aku tgh menaip ni pon aku rasa sebak lagi. Masih dok teringatkan peristiwa semalam.

Alhamdulillah jenazah nenek dah selamat dikebumikan di shah alam. Cuaca pon sejuk dan hujan renyai2. Semoga roh nenek dicucuri rahmat.

Alfatihah....

Bulan 6 yang memeningkan

Kalau korang perasan(sapa2 yang kaki beli rumah lelong la), bulan 6 nie banyak betul rumah2 yang best nak dilelong. harga RP pon kaw2 nye. Aku dah ada shorlisted beberapa rumah dah. Tapi yang peningnya aku takleh nak sambar semua. Resource limited. Duit deposit tu bole la aku gagahkan, tapi part nak secure loan tu yang aku tak berani. Sekarang pun aku punya financial structure tak berapa kukuh. Banyak lagi nak kena arrange bagi proper.

Aku takut kalau tak kena gaya, application utk loan kena reject. Ngeri ooo..tak pasal2 burn je deposit rumah tu. bukan nye skit, beribu riban. Bila pk2 balik, paling maksimum aku boleh beli pun 2 bijik rumah yang total harga tak lebih rm100k. kalau lebih, ada risiko loan tak lepas. Pening2...

Tips of the day

Kalau korang perasan, aku ada letak satu gadget yang bagi tips2 kewangan setiap hari. Tapi hari ni aku tgk tips tu, rasa macam tak setuju plak. Kalau korang miss, ni tip die :

"Your career is your most valuable asset. Manage it with a higher priority than you would with any other investment. Remember that without this asset, you couldn't survive."

Aku tak setuju la bila die kata your career is your most valuable asset? ye ke? baik ganti dengan 'health'. yang tu baru betul. bila health tak cantik, kaya raya macam mana pon tak guna. tul tak?

Tape aku maintain lagi gadget ni. kalau ada lagi tips2 yang pada aku tak betul, mmg nak kena buang la jawabnya..

Sunday, June 7, 2009

Financial IQ VS Financial Intelligence

Ok sambungan...

Apa beza antara Kepandaian Kewangan ( Financial Intelligence) dan IQ Kewangan (Financial IQ). Kalau sekali imbas nampak macam tade beza kan? tapi actually dua benda tu berbeza tapi berkaitan antara satu sama lain.

Financial Intelligence

--> Satu bahagian dari kepandaian kita untuk menyelesaikan masalah masalah kewangan. Sebagai contoh, seseorang yang memperolehi pendapatan sejuta setahun sudah tentu memiliki kepandaian kewangan yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain yang memperolehi pendapatan rm30 k setahun.

Financial IQ

--> Kayu pengukur tahap kepandaian kewangan seseorang individu. Sebagai contoh, Seseorang yang memperolehi pendapatan rm3k sebulan dan boleh menyimpan rm1k sebulan untuk dilaburkan memiliki financial IQ yang lebih tinggi berbanding seseorang yang memperolehi pendapatan rm3k sebulan dan di akhir bulan memiliki negative cashflow (perbelanjaan melebihi pendapatan.)

Setiap individu memiliki kepandaian kewangan. Akan tetapi sesiapa yang berjaya mengawal kewangannya secara baik memiliki financial IQ yang lebih tinggi dari orang yang tidak mampu mengawal kewangannya sendiri.

Saturday, June 6, 2009

Tingkatkan Pengetahuan Kewangan (Financial IQ)

Kelmarin aku pergi OU. Masa tengah2 jalan tu terserempak plak dengan jualan buku murah MPH. Aku ni mmg gile buku skit. Kalau orang nak kata aku ni ulat buku pun aku tak kisah. Apa nak malu kan? Benda baik. Lain la orang kata aku ni penagih dadah ke, perompak ke, memang la aku bengang. Back to the story, aku dapat gak sambar 3 buku yang dah lama aku nak beli. 1 buku kewangan dan 2 lagi buku pasal personaliti.



So for this post, aku rasa nak share pasal buku kewangan tu. Tajuk die " Increase Your Financial IQ" by Robert T Kiyosaki. This is his latest book kalau tak silap aku. Buat masa ni aku kasi summary content je dulu. Nanti bila ada masa aku elaborate tajuk2 utama dalam buku tu.

Robert cakap Financial IQ ni terdiri dari 5 aspek dan setiap individu yang ingin berjaya dalam kewangan diri mesti meningkatkan ilmu dalam ke lima2 aspek tersebut. Those 5 aspects are :

1) Making more money
2) Protecting your money
3) Budgeting your money
4) Leveraging your money
5) Improving your financial information

Selain dari aspek2 tu, aku rasa aku pun kena cerita tentang apa tu Financial IQ dan juga tentang konsep integriti. nanti aku create post baru untuk setiap topik tu.

Aku ada satu soalan. Kenapa dalam dunia ni ada orang kaya dan orang miskin. Apa yang membezakan antara 2 golongan ni? Adakah kerana nasib? kerana orang kaya jahat dan mengambil harta orang miskin?

Kalau nak tau jawapan nya, haa tengok la tajuk di atas. Kalau korang agree, korang akan lebih bagus dari 90% of the world population in term of financial position. Iallah...

Monday, June 1, 2009

Belum ada rezeki

Kelmarin aku ada cuba nak bid satu rumah lelong dekat apartment DTR (desa tun razak). RP rm55K. Not a bad deal i would say sebab rumah tu dah siap bergrill dan ada tiles. Lot tepi plak tu so kira ada privacy.

Untuk bidding ni aku telah melantik satu solution untuk wakilkan aku ( Thanks mr Faris) . Sebab on the bidding day aku kena pergi putrajaya ada keje adhoc. Tak dapat nak lari g bidding sendiri. Aku target harga sampai rm60 K je sebab MV pon around rm70k. Tade la tinggi sangat.

Rupanya2 ada 4 bidder yang berminat dengan unit tu. Memandangkan budget aku rendah, aku kalah dengan mamat lain yang dari awal memang tak turun tangan langsung. Macam main psikologi plak. So Faris decide to back down sbb dah cecah budget aku.

Walau apa pun, aku nk cakap terima kasih la dengan si Faris ni. Walau pun dia tahu kalau aku menang unit ni, bank tak kasi komisen, die tetap nak tolong. Nanti next time aku nak masuk bidding lagi, aku lantik ko jadi agen aku. (tp kalau aku menang, komisen share la skit ngan aku ek hehe. bole la cover belanja repair rumah)

note : keje jadi agen lelong rumah macam best gak kan? hmm..

The Three Direction

Aku teringat satu ketika dulu, waktu aku g kursus motivasi organized by company tempat aku keje. Salah satu isu yang dibangkitkan oleh rakan2 sekerja ialah ketidakpuasan hati dengan top management. Tak kira la direct bos atau bos peringkat tinggi. Kira ada communication breakdown antara level management dengan working level.

Senang je motivator tu kasi cadangan. Dia kata ada 3 cara nak setelkan hal tu iaitu :

Cara pertama : Cuba sedaya upaya untuk mengubah keadaan. Kerja keras untuk naik pangkat dan bila dah berjaya berada di atas, buat la perubahan mengikut azam semasa berada di working level.

Cara kedua : Kalau tak mampu cara pertama, ubah la diri. Terima keadaan seadanya dan cuba untuk menyesuaikan diri. Jangan bising2 kondem2 top management salah la, gaji ciput la, bonus tade la etc etc. buang tenaga dan masa je.

Cara ketiga : Kalau memang tak boleh nak terima keadaan seadanya , sila2 lah bawak diri tu keluar dari situ. Pi la cari benda lain nak buat ( aku tak cakap cari keje lain, sbb ada kemungkinan benda yang sama akan berlaku juga. nanti jadi macam katak asyik lompat2 keje).

Secara rumusannya, kalau tak puas hati dengan keadaan di tempat keje,

CHANGE THE SYSTEM, IF CANNOT, CHANGE YOURSELF, IF CANNOT ALSO, BERAMBUS!!

HUHAHUHAHUHA